Sunday 14 April 2013

Jangan Cepat Melatah : Ramalan PR akan tewas di Kedah dan Selangor. #TolakPR #BetterNation #GE13 #PRU






Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan. - Bernama

Seharunya PAS memang patut tewas di Kedah,

Ada juga orang-orang biasa yang cakap tiada beza keadaan sosial rakyat jelata tiada beza antara pemerintahan BN dan PAS - ini suatu yang bahaya. Malah di dalam keadaan tertentu, jika dahulu masalah pengutipan sampah hanya berlaku di Alor Setar, namun kini beberapa majlis perbandaran menghadapi masalah sampah kerana kerenah kontraktor yang dipertanggungjawabkan. Jika diikutkan YB Mahfuz satu ketika dahulu, memang bertan-tan sampah dapat dilonggokkan di hadapan majlis-majlis bandaran kini.

Ada yang tak puas hati kerana Kerajaan Kedah tidak mengawal maksiat-maksiat yang ditegah Islam seperti hingga kini masih ada premis judi (nombor ekor), karaoke, arak dijual secara berleluasa di pasaraya di mana pekerja-pekerja Islam terlibat dalam mengangkut ke para-para jualan, juruwang-juruwang masih mengambil bayaran wang bagi arak ini dan mengisi ke beg-beg plastik. Malah terdapat juga rumah-rumah urut haram yang wujud walaupun di bawah pengetahuan majlis perbandaran, namun tidak dapat dilaksanakan penguatkuasaan kerana keengganan penguatkuasa dan polis membenteras aktiviti tak bermoral itu. Jadi bagi ahli PAS ini amat memedihkan mata memandangkan perjuangan kami adalah untuk kehidupan Islam.

Ada tak puas hati kerana MB Kedah suka melatah bila ahli melaporkan kegusaran mereka tentang kekecewaan mereka terhadap pentadbiran PAS di Kedah. Malah lebih menyedihkan teguran yang diberikan dibalas balik kononnya penegur menegur kerana agenda peribadi, ingin jawatan dan nama sebagainya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui, namun ada penegur telah berputus asa. Sedangkan penegur kebanyakkannya menegur atas landasan Islam, yang membolehkan rakyat menegur pemerintah, jika ahli tidak boleh menegur maknanya tiada beza antara UMNO dan PAS. Malah mereka menegur kerana sayangkan Islam yang dibawa oleh PAS yang pada pandangan mereka kian hanyut atau terlalu lambat di dalam masa yang semakin beredar. Komen 

No comments:

Post a Comment