Sunday 14 April 2013

Kes Tetak #PRU13 : Pasangan Adik Beradik Antara Yang Diburu Berhubung. #GE13

KEMAMAN: Sepasang adik beradik merupakan antara empat suspek utama yang sedang diburu setelah dipercayai terbabit dalam kes tetak berhubung pemasangan bendera parti di Kemaman pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah mengenal pasti keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga30-an yang merupakan penduduk tempatan.

"Kita juga masih mengesan seorang lagi individu yang juga dipercayai penduduk tempatan," katanya.

Menurutnya, pasangan adik beradik itu pernah ditahan dan didakwa Rabu lalu kerana mencetuskan pergaduhan dan pertengkaran dengan membuat bising di markas parti politik.

Mahoharan meminta kesemua suspek menyerah diri bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 11 malam itu, seorang pekerja parti yang berusia lingkungan 40-an cedera parah setelah ditetak dengan parang dan dipukul dengan kayu oleh lima individu ketika mangsa bersama rakannya sedang memasang bendera parti.

Mangsa dilapor dalam keadaan stabil di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

Kes disiasat di bawah seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

-BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment