Monday 29 April 2013

Gempar #PRU13 !!! Perdana Menteri @NajibRazak 'nak mai' Kupang, Kedah. #TukarKedah #TolakPR #GE13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN .

Jom rakyat Baling dan kawasan sekitarnya kita pakat 'p' sambut kedatangan Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 30 hb APRIL 2013, SELASA jam 11:00 pagi. Bertempat di Padang Awam KEDA, Kupang Kedah.

Perdana Menteri 1 Malaysia akan menyampaikan "Amanat khas untuk rakyat Baling".

Rakyat yang cintakan Keamanan dan kemakmuran kita bersama pemimpin yang disayangi dan disanjungi DS Najib. Jangan lupa temujanji kita esok di Pekan Baru Keda Kupang ( tapak pasar malam ).


Salam 1Malaysia,
 
Hari ini menandakan bermulanya minggu terakhir berkempen bagi musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Pada hari mengundi nanti, setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan kepercayaan agama, akan keluar untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi dan memilih pentadbir negara untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Sejak tempoh berkempen bermula pada 20 April lalu, saya telah turun padang ke beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Sabah, Sarawak dan Johor termasuk negeri saya, Pahang untuk menerangkan kepada rakyat mengenai kandungan Aku Janji kami di Barisan Nasional (BN). Perjalanan kempen saya akan diteruskan ke seluruh negara sehingga hari mengundi nanti. Anda boleh mengikuti perjalanan kempen saya setiap hari di sini.
 
Calon-calon BN di kawasan anda juga kini sedang bekerja keras untuk menerangkan kepada masyarakat di kawasan masing-masing mengenai Aku Janji BN dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di negara ini. Oleh itu, saya berharap anda semua akan memberikan sokongan kepada calon-calon BN ini dengan menghadiri ceramah dan kempen mereka di kawasan anda. Selain itu, ikutilah juga perkembangan semasa calon-calon di kawasan anda dengan mengikuti laman sosial mereka seperti Facebook dan Twitter yang sebahagiannya boleh didapati di sini.
 
Sokongan anda kepada BN amat diperlukan dan dihargai kerana ia akan membolehkan kita semua untuk terus bersama-sama berganding bahu dan bersatu padu bagi memastikan masa depan Malaysia terus terjamin. Berilah BN mandat anda agar kami dapat terus berkhidmat untuk anda.
 
Najib Razak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment