Friday 19 April 2013

Panas !!! Dap bakal ber'zina' dengan PAS pada #PRU13 #GE12 #TolakPR

Sedih !! Kesian manusia ini tak lama lagi dalam jangan terkejut gambar DAP boleh gantung dalam rumah.

PAS akan membenarkan DAP untuk menggunakan simbol partinya iaitu bulan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti sekutunya itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau sudah pun menyatakan perkara itu kepada Setiausaha DAP, Lim Guang Eng termasuk Presiden parti, Datuk Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dan mengadakan konsesus dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kalau sampai esok (Jumaat) simbol itu tak boleh guna, DAP di Semenanjung akan bertanding dalam pilihan raya menggunakan simbol PAS iaitu bulan.

"Dan bagi Sabah dan Sarawak, DAP sanggup menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat," katanya pada majlis makan malam Pakatan Rakyat bersama masyarakat Cina di sini, malam Khamis.

Turut hadir ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan calon Parlimen PAS-Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan.

ROS pada Khamis tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1996.

Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan boleh menggunakan menggunakan lambang Roket pada PRU-13.

Beliau yang dikenali sebagai 'Mat Sabu' mempersoalkan tindakan ROS yang tidak mengiktiraf parti sekutunya DAP itu pada saat-saat akhir.

"Keputusan baru (diumumkan) tengah hari tadi (Khamis). Kalau pun nak buat keputusan, kenapa tidak buat masa dua tiga minggu dulu?

"Ini sehari sebelum penamaan calon. Ini buat kepada parti politik yang besar, zalim atau tidak," katanya.

Beliau mendakwa, keputusan yang dibuat oleh ROS itu disifatkan sebagai suatu permainan politik kepada sebuah parti yang lama.

"Saya yakin perbuatan ini menyebabkan seluruh rakyat Malaysia akan bersatu pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Pssst !!! Lebai Malang, Pak Kadok, si Luncai memang kena dengan tatok-tatok PAS.

Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment