Saturday 13 April 2013

Gempar #LahadDatu ! #Majalah3 papar peristiwa pencerobohan berdarah di @tv3malaysia #OpsDaulat #PeaceSabah


Majalah 3 Papar Misi Op Daulat

Saluran TV3 pada Sabtu akan memaparkan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam Op Daulat iaitu misi menangani penceroboh Kiram di Lahad Datu, Sabah menerusi rancangan Majalah 3.
TV3 dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat berkata, rancangan tersebut yang akan disiarkan pada pukul 9 malam, Sabtu (malam ini) itu membawa penonton melihat bagaimana pasukan polis, tentera serta agensi lain menjayakan operasi berkenaan.
Majalah Tiga turut meninjau kehidupan penduduk yang ditempatkan di pusat penempatan sementara seperti penduduk Tanjung Labian, Tanjung Batu, Sungai Bilis, Tanduo dan Sungai Nyamuk.
Krew Majalah 3 membuat liputan terbaik agar masyarakat Malaysia mendapat gambaran sebenar apakah yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
“Krew Majalah 3 iaitu Mohd Said Abdullah Thani dan Jebat Rosli turut meninjau ke perkampungan Felda Sahabat 16 bagi melihat kehidupan masyarakat yang sudah mampu meneruskan aktiviti seperti biasa,” kata kenyataan itu.
Rancangan istimewa ini juga akan memaparkan kecekalan penduduk kampung yang terlibat dalam mempertahankan semangat perjuangan dan patriotik di kalangan seluruh rakyat demi Malaysia.
"Pihak TV3 berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat menonton rancangan ini supaya mereka benar-benar faham situasi sebenar yang berlaku untuk menghapus pengganas Kiram ini," katanya
MStar.

No comments:

Post a Comment