Tuesday 23 April 2013

Krisis #PRU13 Abang tak akan undi adik sebagai Calon PAS #GE13 #TolakPR #TukarKedah


 KK nak story sikit pasal Brig. Jen. (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) rasanya korang memang dah tahu latar berlakang beliau. Najmie Ahmad, Nakhaei Ahmad dan Juga Allahyarham Suhaimi Ahmad (Bekas ADUN PAS Kupang) adalah satu keluarga. 

Kalau Abang pun dah tak nak bagi undi kat adik, apatah lagi rakyat Baling kita pakat Tolak PAS + DAP +PKR = ISLAMA TERGADAI. Maka dengan itu kita Undilah Calon Barisan Nasional seperti yang di sarankan oleh Abang kepada Najmi. 







Bekas Naib Presiden PAS mahu BN dapat mandat di Baling


Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad menegaskan beliau tidak akan mengundi adiknya, Datuk Najmi yang dicalonkan PAS bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Beliau yang menjadi pengundi di kawasan itu menyatakan iltizam berkenaan kerana mahu memastikan BN mendapat mandat kukuh untuk terus memerintah, sekali gus menjamin kepentingan agama, bangsa dan negara. 
Nakhaie tekad tak  undi adik
Katanya, beliau tidak menghalang hasrat Najmi bertanding mewakili PAS walaupun tidak setuju dengan perjuangan parti itu yang semakin celaru dan mengelirukan umat Islam. 


Bebas amal fahaman politik

Ini kerana, katanya mereka berada dalam keluarga politik dan bebas mengamalkan fahaman politik berbeza. 

“Kami adik beradik tidak campur dalam soal politik kerana masing-masing ada pandangan sendiri. Najmi ada meminta pandangan saya sebelum ditawarkan menjadi calon tetapi dia tetap memilih untuk menerima tawaran PAS. 

“Malah, adik saya yang ke-11, Musaddaq juga dijangka bertanding mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak tetapi itu tidak menghalang hubungan kekeluargaan antara kami, hubungan kami tetap mesra walaupun mereka tahu pendirian saya yang menyokong BN,” katanya kepada BH. 

Najmi, 62, yang juga bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) diumumkan sebagai calon menggantikan penyandang Datuk Taib Azamudden Md Taib yang mengalami masalah kesihatan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Selasa lalu. 

Sebelum ini, abang Nakhaie, Zawawi pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Terap sebelum tewas kepada Datuk Ghazali Ibrahim pada PRU 2004 dengan majoriti 2,172 undi. 


Pendirian jelas 


Nakhaie yang keluar PAS pada 1988 sebelum menyertai UMNO setahun selepas itu berkata, beliau mempunyai pendirian yang jelas dalam memilih parti dan sehingga kini beliau tidak yakin dengan kemampuan dan janji pakatan pembangkang termasuk dalam isu moral pemimpin mereka.
“Sampai sekarang saya tidak boleh terima perjuangan pembangkang, walaupun adik saya menjadi calon PAS, saya tetap pangkah BN,” katanya.

BH


No comments:

Post a Comment