Tuesday, 30 April 2013

#PRU13 : Jangan Ulangi Kesilapan Pilih Parti Pembangkang Pada PRU12 - @NajibRazak #TukarKedah #TolakPR #GE13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN .

Pakcik ini menangis bila dapat bersalam dengan PM 

Rakyat di kawasan yang dikuasai pembangkang diminta tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) apabila memilih calon parti pembangkang sebagai wakil rakyat mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata selepas lima tahun, mereka dapat melihat sendiri kegagalan wakil rakyat pembangkang dan kerajaan negeri pimpinan pembangkang termasuk di Kedah, tetapi mereka masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan pada PRU13, Ahad ini.

"Kalau dah silap boleh betulkan pada 5 Mei ini (PRU13). Dulu tersasar, terpesong takpe, buat silap sekali takpe, jangan dua kali buat silap," katanya pada majlis Perjumpaan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Padang Keda, Pekan Baru Keda, Kupang dekat sini Selasa.

Najib berkata umat Islam di Malaysia juga tidak boleh melihat Islam daripada sudut yang sempit kerana Islam itu luas dan syumul.

"Islam itu akhlak...Islam itu kebajikan, Islam itu ilmu. Islam bukan terletak pada bulan (lambang PAS) yang besar tu. Itu senang sangat. Ada bangunan cat hijau, tak cukup bangunan pagar pun hijau. Itu hanya lambang.

"Kita mesti ada agenda untuk bangunkan Islam. Islam suruh buat baik. Kalau nak tegur dengan baik. Jangan nak maki hamun, aibkan orang dan pecah-belah masyarakat. Itu bukan Islam, itu jahat namanya," katanya.

Najib berkata kerajaan yang bertanggungjawab akan membina sebuah peradaban dan kerana itu BN melaksanakan agenda transformasi nasional bagi mencapai hasrat itu.

"Berbeza dengan Pakatan Rakyat, banyak tabur janji tapi janji kosong. Dia bohong. Ini tak boleh pakai. Kalau nak buat perubahan kena ada wawasan, dan kena ada kemampuan untuk menterjemahkan agenda menjadi realiti dan kenyataan," katanya.

Beliau berkata ketika ini harga getah di pasaran jatuh dan sebagai kerajaan yang mempunyai kemampuan kewangan telah meminta Risda memberi bantuan RM500 kepada semua pekebun kecil untuk meringankan beban mereka.

"Sebab itu hari ini rakyat lebih yakin kepada kita (BN)," katanya.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment