Thursday 25 April 2013

Apa keistimewaan Pakci yang berbaju Hijau ? #TolakPR #GE13 #PRU13 #Vote4BN


Tariman Karsomo, 89 Berada di Barisan Hadapan
bersama jentera Pemuda semasa Proses Penamaan Calon.
Meniupkan semangat untuk Pemuda menyokong Barisan Nasional.


Tidak pernah gagal mengundi

Seorang warga emas tidak pernah gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi sejak kali pertama pilihan raya diadakan sehinggalah pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.

Tariman Karsomo, 89, dari Kampung Jawa Batu, Kuala Ketil berharap dapat menunaikan tanggungjawabnya itu pada PRU kali ini demi untuk masa hadapan negara.

Menurutnya, PRU kali merupakan yang paling bermakna berbanding 12 PRU yang pernah dilaluinya sebelum ini.

“PRU kali ini memang lain. Semangat dan keseronokannya pun lain. Dulu tidak semeriah seperti kali ini. Disebabkan itu, saya amat berharap dapat menunaikan tanggungjawab bagi yang ke-13,” katanya kepada Sinar Harian.

Ayah kepada tiga anak itu berkata, antara PRU yang paling diingatinya adalah pada 1969 iaitu semasa peristiwa 13 Mei.
Tidak pernah gagal mengundi
“Itulah satu-satunya PRU yang paling saya ingat disebabkan berlakunya pertumpahan darah antara kaum. Selepas itu, PRU seterusnya tenang sehinggalah PRU ke-12.

“Walaupun PRU13 tidak ada pertumpahan darah, semangatnya lain. Tidak hairanlah ada yang mengatakan PRU kali ini adalah ibu kepada PRU,” katanya.

Katanya, antara perbezaan ketara musim PRU dulu berbanding sekarang adalah gerak kerja yang dilakukan oleh penyokong parti.

“Dulu, kami tidak kira duit. Memang betul-betul berjuang untuk kemenangan. Semua keluar duit sendiri. La ni nak kena ada duit minyak, duit rokok dan macam-macam lagi. Saya pun kesian tengok calon la ni. Duit keluar macam air.

“Tapi, itu dulu. Saya faham, zaman dan berubah. Dulu, kami naik gerek (basikal) saja. Tak pakai minyak petrol. La ni, semua kena pakai duit. Kalau tak ada, susah nak gerak jentera,” katanya yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Jawa.

Ditanya mengenai gerak kerja calon dulu berbanding sekarang, Tariman berkata, dulu setiap calon akan bawa pengundi ke tempat pengundi.

“Pengundi dok rumah saja. Orang kuat calon yang akan jemput. Kalau pengundi ada motosikal sekalipun depa jemput. Kiranya, sapa jemput dulu, depalah untung sebab dapat la bagi penerangan atau kempen kat pengundi itu,” katanya. Petikan : SinarHarian

No comments:

Post a Comment