Tuesday 23 April 2013

#PRU13: Ahli Politik "kaki kencing" bakal di bogelkan. #GE13 #TolakPR


Memang sah ahli politik "kaki kencing"... habis dikencingnya tinggal macam tu jer.. ikut perangai "boss" nya juga. Setelah tidak pernah membantu dan menabur bakti setelah di angkat jadi ahli parlimen. Apa yang dijanjikan semua dusta. hidup penuh dengan skandal dan tipu daya. begitulah sikap pemimpin taruhan PAS di Putrajaya. 

Blogger mahu dedah ‘watak’ sebenar Husam

Beberapa blogger propembangkang mahu mendedahkan ‘siapa sebenar’ Datuk Husam Musa yang banyak mungkir janji ketika menjadi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan.

Kumpulan blogger terbabit yang sebelum ini rapat dengan calon PAS Parlimen Putrajaya itu, mahu membantu BN dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan mendedahkan salah laku Husam ketika menjadi wakil rakyat. 

Calon BN Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata antaranya termasuk bekas orang kanan Husam, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai ‘Kickdafella’. 

Dedah penyelewengan 

Selain itu, katanya, beberapa lagi bekas blogger propembangkang juga mahu mendedahkan penyelewengan yang pernah dilakukan Husam. 

“Baru-baru ini saya didatangi sekumpulan rakan rapat yang pernah bekerja dengan Husam di Kelantan, mereka kini tidak lagi bersama beliau dan mahu membantu saya mendedahkan kepada pengundi Putrajaya siapa Husam sebenarnya. 

“Mereka sudah beri penerangan kepada jentera saya, saya harap mereka sendiri akan turun padang dan boleh beri penerangan siapa sebenarnya Husam. Beliau (Husam) memang nampak bergaya tetapi beliau ada watak yang berbeza. 
“Kita pun naik hairan kenapa rakyat Kelantan ‘buang’ beliau dari negeri itu dan terpaksa pula datang bertanding di Putrajaya,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini semalam. 

Tengku Adnan berkata, apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemimpin pembangkang berkenaan hinggakan ramai dalam kalangan kenalan rapatnya sudah mula meninggalkannya. 

Katanya, situasi sama berlaku pada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila rakan karibnya dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Sidek Baba turut menjauhkan diri selepas mengenali siapa sebenarnya ketua pembangkang berkenaan. BH

Pssstttt :- agak-agak hampa la... apa pulak versi pemimpin pas ini.. tak kan ada video lagi....

No comments:

Post a Comment