Thursday 18 April 2013

[Video] “Saya tidak percaya (itu Mustafa Ali), dan minta dia siar lebih banyak," #PRU13 #GE13 #TolakPR.




SHAH ALAM: PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan bersabit video seks yang dikaitkan dengan Datuk Mustafa Ali, kerana “maruah beliau lebih tinggi” daripada rakaman itu, kata presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Hadi Mustafa Ali
“Tak perlu mesyuarat. Kita banyak masa untuk benda lain,” kata beliau. 
“Tak jatuh (kredibiliti) kerana maruah beliau lebih tinggi daripada itu. Tuhan tahu,” tambah Hadi. 
Ditanya bagaimana PAS boleh mencapai pendirian itu kerana wajah lelaki dalam rakaman video itu mirip dengan Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS, Hadi berkata: “Dunia sekarang boleh buat macam-macam.” 
“Saya tidak percaya (itu Mustafa Ali), dan minta dia siar lebih banyak, (supaya) dapat pahala pada Mustafa.” 
Rakaman video 11 minit itu memaparkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita dan memberinya wang selepas persetubuhan itu. 
Semalam polis Terengganu merampas 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD rakaman berkenaan di kawasan perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat, Kampung Alor Lintang, Besut. 
Ia dipercayai bertujuan diedarkan kepada penduduk di kawasan tersebut dengan meletakkannya di hadapan pagar rumah penduduk. 
Hadi berkata rakaman video itu tidak akan menjejaskan kredibiliti PAS, malah kesan adalah sebaliknya. 
“(Rakaman) itu boleh meninggikan lagi PAS. Bila orang tahu tak benar, dia siar, orang tahu (video itu) tidak benar,” katanya. 
Justeru Hadi kata tidak ada keperluan untuk membuat sidang akhbar bagi membuat sebarang penafian kerana ia “bukan perkara besar”. 
“Orang tahu parti PAS ini siapa. Kita (akan) sembahyang hajat.” 
Mustafa enggan mengulas mengenai rakaman itu dan berkata sebarang kenyataan akan dibuat menerusi firma guaman yang dilantiknya. - SUMBER
Panas !!!!!! Peringatan dari Ustaz Kazim. 




No comments:

Post a Comment