Muslihat serta perancangan licik adalah agenda "jahat" yang di dalangi mereka yang tamakan kuasa serta kedudukan. Kesiap-siagaan pihak berkuasa bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa proses pembungan undi (PRU13) kali ini, harus di petingkatan. Pendedah di bawah haruslah di pandang serius oleh pihak yang berkenaan.
Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim hari ini tampil mengemukakan bukti wujudnya perancangan untuk menimbulkan kekacauan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dikatakan akan didalangi oleh PKR dan BERSIH.
Menurut beliau, maklumat serta dokumen yang diterimanya menunjukkan terdapatnya satu strategi licik untuk menggangu kelancaran pilihan raya dengan mencetuskan kekacauan yang akan menjejaskan imej dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di mata umum.
"Kami telah menerima maklumat gangguan tertentu dan dokumen berkaitan yang menunjukkan terdapat rancangan jahat pihak tertentu pada hari mengundi PRU13 yang akan datang.
"Maklumat dan dokumen ini mendedahkan suatu strategi licik untuk mengganggu PRU13 dengan mencetuskan kekacauan dan akibatnya merosakkan imej SPR untuk melemahkan keyakinan umum terhadap integriti proses pengundian demokrasi kita," katanya pada satu sidang media di Hotel Eastin, Petaling Jaya.
Tunku Aziz berkata pihaknya difahamkan terdapat agen-agen yang menerima latihan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Tindak Malaysia untuk mencetuskan kekecohan itu.
“Kami difahamkan yang sesi latihan telah diberikan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong, dikenali sebagai PACABA, oleh sebuah NGO digelar Tindak Malaysia.
"Salah satu aspek khas sesi latihan ini ialah berkaitan dengan mengajar pengundi bagaimana untuk menjaga kesulitan undi mereka iaitu dengan memohon supaya kertas undi mereka ditukar kepada kertas yang lain," ujarnya lagi.
Jika permintaan pengundi itu ditolak oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM), agen undi yang bertugas pada hari tersebut diajar untuk menyokong permintaan tersebut dan memberikan tekanan terhadap KTM.
“Orang yang menghadiri latihan tersebut diajar untuk menjadi lebih vokal dan berani untuk mencabar kerani yang bertugas dan juga KTM dengan menyatakan ianya satu kesalahan pilihan raya sekiranya mereka enggan melayan permintaan pengundi.
“Agen undi yang bertugas itu juga telah dilatih untuk menyokong permintaan seumpama ini oleh pengundi dan membuat bantahan terhadap KTM yang akan membantu memberi tekanan kepada KTM,” jelas beliau.
Semua ini kata Tunku Aziz, direka semata-mata untuk mencipta pandangan negatif terhadap SPR dengan membangkitkan kemarahan umum.
Tunku Aziz turut menampilkan bersamanya satu dokumen berkepala surat PKR bertarikh 15 Disember 2012 yang menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan ketidakpuasan terhadap SPR pada hari pengundian.
Langkah-langkah yang dinyatakan di dalam dokumen tersebut adalah seperti berikut:
- Wujudkan kekecohan di Pusat Mengundi. Cuba dengan sebaik mungkin untuk orang ramai berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan.
- Wujudkan kumpulan pengundi yang melakukan kekecohan. Protes sebanyak mungkin walaupun nampak remeh, tetapi wujudkan rasa benci pengundi kepada SPR.
- Pastikan barisan mengundi menjadi panjang dan tidak terkawal.
- Beri tekanan berterusan kepada KTM (mereka hanyalah kalangan guru yang bekerja sementara untuk SPR – sebahagian besar adalah penyokong kuat kita).
Kawasan Parlimen yang ditumpukan untuk kekecohan ialah Gombak, Lembah Pantai, Permatang Pauh, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bagan Serai, Bukit Katil, Muar, Pandan dan Sabak Bernam di mana unit media baru mereka akan membangkitkan kemarahan menggunakan media baru.
Sehubungan itu, Tunku Aziz mencabar pemimpin-pemimpin setiap parti politik di negara ini menandatangani deklarasi umum menyatakan ikrar mereka untuk tidak akan terlibat dengan sebarang kekecohan semasa PRU13 berlangsung 5 Mei depan.
“Kami mencabar semua parti politik yang bakal menyertai pilihanraya untuk menandatangani deklarasi umum bahawa mereka tidak akan dalam sebarang keadaan sama ada secara langsung atau tidak terlibat dalam sebarang tindakan untuk mengganggu proses pengundian pada hari mengundi.
“Hari ini kami akan menghantar jemputan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) atau wakil beliau, Presiden PAS atau wakil beliau, Pengerusi DAP atau wakil beliau dan Presiden PKR atau wakil beliau untuk upacara menandatangani deklarasi tersebut pada hari Sabtu, 13 April pada pukul 11 pagi di Eastin Hotel, Petaling Jaya,” katanya.
No comments:
Post a Comment