PADA saat artikel ini ditulis, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali khabarnya sedang menimbangkan dengan serius untuk meletakkan jawatan dari parti tersebut dan mengambil tindakan undang-undang ke atas PKR yang di dakwa terlibat dalam penyebaran video lucahnya yang tersebar meluas sekarang.
Laman ini berpandangan, agak tidak wajar Mustafa menyaman PKR hanya kerana penglibatan seorang dua ahli parti tersebut dalam menyebarkan video ini dari rumah ke rumah. Mustafa lebih baik menumpukan kepada pemimpin dalam PAS sendiri yang mengaturkan semua ini sehingga berjaya.
Bagaimanapun kalau Mustafa nak meneruskan juga, itu adalah haknya dari segi undang-undang, tidak ada siapa yang berminat nak menghalang kalau itulah keputusannya.
Cuma kami di suarapakatanrakyat.com ingin menjelaskan bahawa PKR tidak seharusnya dilibatkan dalam perkara ini kerana parti tersebut tidak terlibat secara langsung. Yang terlibat ialah salah satu dari 3 golongan yang sedang membentuk PAS sekarang, iaitu golongan yang dikenali sebagai ‘Anwarinas’.
Istilah itu (Anwarinas) adalah istilah UMNO tapi kita gunakan sebab pemimpin PAS mudah untuk kenalpasti PAS siapa pemimpin yang terbabit dan mengambil tindakan susulan.
Dua lagi golongan dalam PAS ialah Golongan Ulama (Pro Kerajaan Perpaduan) dan Golongan Pro Nik Aziz.
Golongan Anwarinas ini bukan ahli PKR pun tapi mereka mahu memastikan golongan yang pro kerajaan perpaduan dalam PAS ini dihapuskan, bermula dengan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa.
Tindakan ini diambil kerana sudah wujud gerakan dalam PAS yang tidak akan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.
Langkah pertama gerakan itu telah berjaya apabila PAS membolot 3 kerusi parlimen negeri di Perlis tanpa terlebih dahulu merujuk kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
Langkah kedua, dengan mengarahkan ahli Parlimen dari golongan mereka yang menang, supaya tidak menyokong perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Maka itulah, golongan Anwarinas ini berusaha keras memastikan pemimpin dari golongan yang pro Ulama ini tidak dicalonkan dalam pilihanraya akan datang.
Sumber turut memaklumkan kepada laman ini, golongan ini telah berjaya mendapatkan ‘orang hubungan’ Mustafa dengan perempuan dalam video tersebut.
Dari situlah segalanya bermula.
Justeru, PAS perlu menyiasat pembikinan video ini dari aspek tersebut. Penafian tidak berguna kerana video tersebut terlalu jelas untuk dinafikan begitu sahaja. Jangan sampai rakyat hilang keyakinan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Sumber : freemalaysiakini
No comments:
Post a Comment