Showing posts with label artis dan sukan. Show all posts
Showing posts with label artis dan sukan. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Mana pergi "maruah" mat yo sebagai seorang suami, biarkan bini maki hamun "orang tua" @MyMeleTOP @johordarultazim


 Video memperlihatkan isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Shahrul Idlan Talahan atau nama popularnya Mat Yo sedang bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan.

Dipercayai ianya berkaitan dengan masalah parking kereta.

Isteri Mat Yo berkeras tidak mahu mengalihkan keretanya hinggakan memaki hamun pengawal tersebut dengan kata-kata kesat.
Akibatnya ramai orang yang membalas perbuatan isteri Mat Yo tersebut dengan kritikan pedas di laman sosial.


Mat Yo pula kelihatan hanya melihat sahaja pertengkaran tersebut? Apa dah jadi dengan Mat Yo.. Takut bini..ker.. sanggup membiarkan bini berkelakuan macam tu... Mana tanggungjawab sebagai seorang Suami..."

apa-apapun kita tunggulah penjelasan dari Mat yo...

Sunday, 18 August 2013

Rita Rudaini tuduh Zaquan jahil ilmu agama, tak tahu erti malam lailatulqadar. #MeleTOP #JDT @jdtonline1


kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

"Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

"Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka," kata Zaquan.Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

"Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. "Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku," tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

"Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

"Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

"Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

" Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

"Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?," ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai.

Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 3 December 2012

Panas !!! Gambar terbaru kekasih Wan Zack Haikal #HarimauMalaya




Gambar Terbaru Kekasih Wan Zack Haikal Kekasih Wan Zack Haikal Nur Izzati Mohd Rashid. Inilah beberapa gambar terbaru kekasih pemain hebat negara, Wan Zack Haikal yang semakin cantik dan menawan. 


Sedikit biodata ringkas, Nur Izzati dilahirkan pada 3 September 1993 (19 tahun) dan berasal dari Jengka, Pahang. Dia merupakan anak sulung daripada dua beradik. Nur Izzati amat meminati seni dan sudah memiliki beberapa buah lagu yang dicipta sendiri seperti Bukan Sombong, 3 Langkah, Akan Aku Nanti, Cintaku Hanya Padamu.




Thursday, 25 October 2012

[Gambar] : wow !!! Bakal Isteri Khairul Fahmi (Apex), Leuniey Natasha wat ape tu !!!!



Apa yang mahu dikata lagi? Sememangnya bakal isteri Khairul Fahmi, 23, adalah seorang gadis yang cantik dan OHBULAN! sendiri suka melihat raut wajah gadis kelahiran Kelantan ini.
Nampaknya khabar gembira sudah semakin hampir. Teka-teki mengatakan pasangan ini akan berkahwin pada hujung tahun ini semakin terjawab. Melalui laporan Kosmo! hari ini, Khairul Fahmi & Leuniey, 21, bakal bernikah diantara 28 Disember sehingga awal Januari 2013. Berita gembira ini dikongsi oleh bapa Apek, Che Mat Hussain yang turut menjelaskan bahawa tarikh sebenar akan diputuskan oleh Khairul Fahmi sendiri.
“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan. Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.
Berbalik pada Leuniey, gadis cantik berusia 21 tahun ini haruslah dicontohi oleh ramai orang muda. Disebalik segala kontroversi yang berlaku, Leuniey atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri merupakan seorang pemilik butik pengantin dan tidak hairanlah jika kita lihat Leuniey rapat dengan Ezuwan Ismail, seorang pereka fesyen yang hebat.
Apa pun, mari lihat foto-foto Leuniey selepas ini yang diambil dari laman Instagram-nya.
Tunang Khairul Fahmi?

9bc4b1aa0fd711e29c1122000a1de9ee_7
fe62acda094d11e2a8d122000a1c0290_7
A6BYrbGCYAAqdmu

Leuniey
sumber

Saturday, 6 October 2012

Adakah Ini Kekasih Safee Sali?



Gambar: Adakah Ini Kekasih Safee Sali?
Gambar: Adakah Ini Kekasih Safee Sali? - Persoalan adakah benar Julia Hana merupakan kekasih kepada pemain bola sepak popular ini terjawab apabila Safee Sali memberikan kata penafian kepada media hari ini.

Menariknya, untuk mengukuhkan penafian tersebut Safee Sali mengakui yang beliau kini sedang bercinta dengan seseorang tetapi enggan mendedahkan identiti gadis tersebut.

Cabaran ini kami terima dan seorang pembaca kami di Jakarta, Indonesia telah mengirimkan dua keping gambar yang di’dakwa sebagai Safee Sali bersama teman wanita beliau.

Mereka berdua di’lihat mesra berjalan sambil berpimpin tangan di sekitar Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.

Gambar: Adakah Ini Kekasih Safee Sali?
Menurut sumber kami, gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di’sana.

“Cukup saya kata kekasih saya bukan Julia Hana. Dia (kekasih) bukan juga artis atau orang ternama. Pada masa ini, biarlah hal ini peribadi menjadi hal peribadi dan tidak dikongsi dengan masyarakat,” ujar Safee Sali kepada Utusan Malaysia hari ini. – Roti Kaya

kk_ dah jadi sekarang... Ramai ahli sukan nak kawen dengan Artis.. POPULARKAN..

Tuesday, 18 September 2012

Teropong : PANAS !! Bila Artis Kahwin Ahli sukan.



“Buat Apa Berjumpa, Sudah Terlambat” – Rita Rudaini Jawab Kenyataan Ayu Raudhah

Menerusi laporan Harian Metro semalam, pelakon cantik Rita Rudaini telah membalas semula kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ayu Raudhah minggu lalu, di mana Rita memaklumkan bahawa segala perbualannya di akauan Twitternye sebelum ini langsung tiada kaitan dengan Ayu Raudhah. Malah segala perbualan tersebut ditujukan kepada suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang juga pemain skuad bola sepak kebangsaan.
Selain itu, Rita Rudaini turut melahirkan rasa hairan kenapa perlu Ayu Rudhah terasa dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya di Twitter sedangkan dia tidak berniat untuk tujukan kata-kata tersebut kepada Ayu.
“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.
“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.
“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.” Ujar Rita kepada Harian Metro.
Disamping itu, menerusi laporan lain di Kosmo Online, Rita Rudaini menyatakan yang dia tidak mahu brjumpa dengan Ayu Raudhah. Seperti mana kenyataan yang pernah Ayu Raudhah keluarkan sebelum ini yang dia sudi bertemu dengan Rita sekiranya perkara tersebut boleh menjernihkan kemelut yang melanda antara mereka.
“Buat apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!” Ujar Rita Rudaini dengan tegas.
Dalam masa yang sama, Rita turut memaklumkan bahawa selepas dia manghadapi masalah rumah tangga dengan Aidil, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Ibu kepada dua orang anak ini turut memberitahu, dia lebih rela mendiamkan diri, ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan pasti dia akan mendapat mesej berbaur ugutan.
Sebagai rujukan, kemelut rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan dijangka bertambah hangat apabila tuntutan hak penjagaan dua orang anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan bakal dibicarakn di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.