Showing posts with label umno67. Show all posts
Showing posts with label umno67. Show all posts

Saturday, 25 January 2014

APA YANG DAIM NAK LAGI ? Cuba Cetuskan Perang @NajibRazak Vs Tun Mahathir.



Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Krisis jati diri atau untuk "kocek sendiri" Dimana ianya membabikan keluarga yang besar UMNO Malaysia. Sikap "angkat bakul" serta menghentam "kormo" kempimpinan. Gunakanlah akal dan pertimbangan yang waras, seharusnya yang dikurniakan "kebijaksaan" untuk menilai penulisan tersebut jangan terima mentah-mentah.



Malah lebih malang sekali, seorang otai, yang KK sangat "tabik spring" seperti  Kadir Jasin sanggup digunakan Tun Daim untuk mengkritik pentadbiran Najib yang kononnya sekarang ni sangat teruk dan perlu dibuat sesuatu untuk diselamatkan.

Walaupun kita tahu Tun Mahathir agak lantang dalam menegur kerajaan sekarang ni, namun kita percaya Tun Mahathir takkan terlibat dalam permainan Kadir dan Tun Daim. Maknanya suara mereka berdua tidak ada kena mengena langsung dengan Tun Mahathir. Sumber : @mctheory

Tun Mahathir takkan keluarkan statement yang menghina para blogger UMNO. Negarawan terbilang tersebut, diantara blogger pro kerajaan paling awal yang membuat blog. Malah beliau juga menjadi pelopor kepada blogger pro kerajaan sekarang ni.


Janganlah perasan yang diri tu dah hebat sangat hingga nak "menghentam" sembrano.Yang jadi persoalan adalah "tujuan" perang yang dilrancang oleh pihak tertentu dengan matlamat tertentu, TUJUANNYA itu mungkin satu "MENJATUHKAN".


Apakah punca Tun Daim Zainuddin tidak berpuas hati terhadap Najib Tun Razak sehingga menggunakan khidmat wartawan pencen bernama Kadir Jasin bagi merealisasikan impiannya ?




Friday, 17 January 2014

AL-KISAH #maharajalawakmega : Pemimpin UMNO/BN #SyokSendiri BAKAL MEMBAWA MALANG. @NajibRazak @TengkuAdnanREAL @KhairyKJ


Gambar Blog APA
INI Kisah tentang kita.. kita yang mulakan dan kita juga yang akan memacu sampai ke nokhtahnya..kita harap pengakhiranya penuh dengan sinar dan kejayaan tapi malang sekadar cerita malang yang penuh dengan kemaluan... Dimana 'telur' kita... jom lah layan cerita tun faisai ni...

Sikap syok sendiri pemimpin UMNO/BN baru-baru ini juga menyebabkan UMNO kalah dalam perang persepsi. Kes-kes saman yang ditarik balik merupakan tindakan-tindakan tidak bijak pemimpin UMNO/BN yang akhirnya seolah-olah ibu pejabat UMNO dikendalikan oleh sejumlah badut.




Terbaru, fenomena Politik Kangkung yang dimainkan oleh pembangkang membuktikan ibu pejabat UMNO dan Pejabat Perdana Menteri banyak kelemahan dalam tindakan dan pendekatan mereka.

Pemimpin-pemimpin UMNO di ibu pejabat janganlah syok sendiri dalam pembentukan jentera komunikasi dan jentera siber. Nasihat percuma kepada Datuk Abu dan Datuk Rauf, kerja ini bukan kerja main-main. Buatlah groundwork yang betul dan buatlah cadangan pelantikan demi kebaikan UMNO dan bukan atas kepentingan politik sempit dan kumpulan tertentu. Pilihlah jentera di atas sebab sejauh mana mereka boleh memberi nilai tambah terhadap UMNO/BN dan bukan kerana kita hendak menyusun orang-orang kita dan orang yang boleh kita kawal demi kepentingan peribadi kita.

Meletakkan Dr Novandri ditempat kedua Jabatan Media Sosial (JMS) memang menjolok mata dan politically incorrect. Ini memberikan gambaran bahawa Presiden dan Timbalan Presiden telah diberi nasihat yang salah kerana:- Klik disini berkenaan #SyokSendiri Pemimpin UMNO/BN.

sumber : Tun Faisal


"KERAJAAN JANGAN JADI BARUA" #SyokSendiri ! LUAHAN HATI KEPADA PEMERINTAH @NajibRazak @TengkuAdnanREAL @KhairyKJ


Apa lagi yang boleh menghalang luahan rasa oleh rakyat Malaysia, sekurang kurang nya luahan ini datang nya dari  wakil NGO yang mahukan kerajaan melakukan sesuatu untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka. 


SUMBER by 

Tuesday, 24 December 2013

UMNO sudah tidak relevan lagi ? @NajibRazak @tv3malaysia @BeritaHarian @myberita

KETIKA parti ultra kiasu Selangor sibuk dengan mahu menarik sokongan orang Melayu bagi menidakkan sokongan Melayu terhadap Umno, sepatutnya Umno memikirkan bagaimana untuk menangkis strategi tersebut, agar orang Melayu tidak terpengaruh dengan ultra kiasu.

Ini tidak, rakyat pula diuar-uarkan dengan kenaikan harga tol tidak lama lagi oleh kerajaan yang dipimpin Umno. Saya menjadi semakin keliru. Apakah makna tagline Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Apakah rakyat hanya didahulukan ketika menjelang pilihan raya? Selepas itu, dikemudiankan.

Nasihat kerdil saya, yang bukan pakar ekonomi kepada kerajaan, uruskan ekonomi negara ini dengan baik dan telus. Carilah jalan apa sekalipun untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi bukan dengan membebankan rakyat marhaen seperti kami. Bebankan orang kaya yang bertambah kaya.

Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini. Saya bimbang, PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah.

Ingatlah! Bila taraf hidup tinggi, nilai wang makin kecil, kuasa membeli terbatas, macam-macam perkara negatif boleh berlaku. Manusia sanggup membunuh, menjual diri, dan berbagai perkara negatif lain, apabila perut kosong.

Jika dengan kenaikan tol, lebuh raya menjadi semakin efisien, tidak berlaku kesesakan, tidak mengapa juga. Ini tidak, lebuh raya semakin sesak. Peliknya, ketika tidak musim perayaan pun sesak juga.

Apakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Boleh dikatakan semua harga barang telah naik selepas PRU13. Apakah benar sinonim BN bermaksud Barang Naik? Cuba bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Barang-barang di sana masih murah berbanding kita di sini. Hari ini, nak makan tengah hari jika tidak ada RM10, tak makanlah jawabnya.

Kerajaan sepatutnya bertindak menyemak sekali lagi perjanjian antara syarikat konsesi jika benar berlaku perjanjian berat sebelah.

Peliknya, kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura.

Apakah syarikat konsesi tersebut tidak berhati perut langsung untuk melaksanakan CSR? Berpada-padalah buat untung. Begitu juga ultra kiasu yang sudah menjadi kaya-raya hasil bantuan kerajaan. Takkan terus menerus mengalirkan wang keluar negara.

Syarikat konsesi lebuh raya sudah semestinya membuat duit saban hari melalui perjanjian tersebut. Ditambah pula dengan papan iklan sepanjang utara-selatan, barat dan timur. Ini tidak termasuk dengan sewa gerai di kawasan rehat yang menawarkan pelbagai barangan makanan dan sebagainya kepada pengguna lebuh raya.

Respons daripada menteri bertanggungjawab begitu memualkan. Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik.

Katanya, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. Ini bukan jawapan negarawan. Nasihat saya, jangan pandirkan diri bila dah jadi menteri. Sepatutnya bila dilantik jadi menteri, daya intelektual kita makin bertambah.

Dalam Islam, menurut Imam al-Ghazali, menyediakan kemudahan asas, adalah tanggungjawab pemerintah. Kemudahan asas ini tidak sepatutnya diniagakan kerana kesannya akan dirasai oleh rakyat, bukan pak menteri. Pak menteri banyak menikmati keistimewaan lain bila dilantik jadi menteri. Termasuk semua bil utiliti.

Banyak negara maju (termasuk negara Islam lain) menyediakan kemudahan asas dengan kadar caj rendah. Misalnya, pendidikan, kesihatan, pengangkutan, air, elektrik dan sebagainya. Ini adalah asas yang bersifat daruriyyat. Tanpanya manusia tidak boleh (sukar) untuk hidup.

Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga. Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari. Sekali baiki boleh tahan setahun.

Ingatan saya kepada Umno BN, jangan biarkan hati Melayu semakin terluka. Tidak mustahil Melayu akan beralih kepada parti ultra kiasu.

Kempen mereka sedang berjalan. Jika satu hari nanti ultra kiasu cenderung kepada Islam, saya bimbang ketika itu, Umno sudah tidak relevan lagi, kerana mereka sudah ada Pas. Hari ini Melayu masih bersama Umno kerana tawar hati dengan Pas bersama ultra kiasu, penentang Islam.

Ridhuan Tee

Sunday, 8 December 2013

@ustazfathulbari : PERANGAI PEMBANGKANG DAH MACAM "YAHUDI" #PAU2013




"Nabi berdoa kepada ALLAH selama 14 bulan mintak agar kiblat ditukarkan ke Masjidil Haram. Dan akhirnya ALLAH memakbulkan permintaan nabi."

Namun ternyata Yahudi mula mempersoalkan adakah solat kaum muslimin terdahulu adakah sah ataupun tidak.


Beliau berkata sedemikian sebagai respon kepada sikap pembangkang sejak akhir-akhir ini yang meletakkan ekslusiviti ISLAM hanya pada pembangkang.


"Ini sikap yahudi, dan tolong jangan bersikap sedemikian rupa". ujarnya.

YAHUDI !!!



Dalam ucapannya, pemegang Ijazah Sarjana Muda (Hadis) dari Universiti ISLAM Madinah, Ijazah Sarjana (Master Hadis) dari Universiti Yarmouk, Jordan dan Doktor Falsafah (PHD Hadis) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menceritakan perihal kaum Yahudi yang mempersoalkan kiblat kaum Muslimin masih lagi menghadap Baitulmuqaddis.

Saturday, 7 December 2013

@KhairyKj: Isu ketirisan dan rasuah buat anak muda marah. #pau2013

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan isu pembaziran, ketirisan dan rasuah sepertimana yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara membangkitkan rasa marah anak muda.‎

Khairy berkata pendedahan Ketua Audit Negara itu jika tidak dapat dijawab dan dikenakan tindakan kepada mereka yang terlibat boleh menyebabkan anak muda menjauhi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, anak muda mahu melihat semua perkara yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara dijawab dengan jelas dan tindakan dikenakan terhadap mereka yang terbabit.

"Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan adanya berlaku pembaziran, ketirisan dan rasuah dan mereka (anak muda) mahu kita (UMNO dan BN) menjawab isu ini.

"Kalau tidak dapat menjawab mengenai pembaziran, ketirisan dan rasuah ia boleh membangkitkan kemarahan anak muda, jadi kita perlu jawab dan tindakan perlu diambil kepada mereka yang bersalah," katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Khairy juga dalam ucapannya menekankan kepentingan bagi seluruh pemimpin dan ahli UMNO untuk terus mendekati anak muda kerana undi golongan muda dijangka akan terus meningkat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau sekali lagi menegaskan tugas mendekati anak muda tidak seharusnya menjadi tanggungjawab Pergerakan Pemuda UMNO semata-mata sebaliknya menjadi tugas UMNO keseluruhan.

Katanya, UMNO perlu menjuarai isu anak muda seperti masalah kesempitan hidup yang banyak dialami oleh golongan tersebut terutama di bandar.

"Kita dapat lihat, kalau di bandar dulu ada restoran yang jual segelas (teh tarik) 80 sen, tapi hari ini sudah naik, ada yang RM1.60 segelas.

"Ada kajian yang menunjukkan di bandar, anak muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan selepas bayar duit kereta, duit rumah dan makan-minum, mereka (anak muda) tidak ada sesen pun untuk simpanan.

"jadi kita (UMNO) perlu berusaha mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan muda ini baik di bandar dan juga di luar bandar," katanya.

Khairy turut menyentuh isu diskriminasi syarikat-syarikat bukan bumiputera terhadap anak muda Melayu yang bekerja di syarikat tersebut.

Katanya, perkara tersebut perlu diberi perhatian kerana bukan sedikit jumlah anak muda yang terpaksa berdepan masalah diskriminasi di syarikat-syarikat milik bukan bumiputera.

"Kita boleh lihat, masalah diskriminasi oleh syarikat-syarikat bukan bumiputera ini merupakan satu perkara yang serius.

"Kalau ada kelayakan yang sama pun, anak muda bumiputera tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kerja mereka di syarikat-syarikat milik bukan bumiputera," jelasnya.

Menyentuh isu perumahan terhadap anak muda pula, Khairy meminta supaya kerajaan memandang serius masalah yang dihadapi anak muda.

Beliau merayu agar kerajaan menambah jumlah Rumah Transit terutama di kawasan bandar untuk anak muda kerana jumlah yang diperuntukan masih tidak mencukupi.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


Mahasiswa Timur Tengah Kecil Hati Kerajaan Masih 'Anaktiri' Bidang Agama‎. #pau2013


‎Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, namun dalam beberapa perkara, bidang agama masih dianaktirikan oleh kerajaan.

Mengemukakan pandangan ini ialah wakil mahasiswa Ahmad Shahir Shafie yang berkata lebih ramai anak muda akan tertarik dengan Umno jika bidang agama diangkat sebagai bidang profesional.
"Hanya bidang-bidang seperti kedoktoran, kejuruteraan, undang-undang dan sebagainya diiktiraf sebagai bidang profesional.
"Apa salahnya jika bidang agama seperti Usul Fiqh, Fekah, tafsir dan hadis diangkat sebagai bidang profesional...Barulah golongan-golongan agama akan bersama dengan Umno," katanya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari ketiga Perhimpunan Agung Umno 2013 di sini, Sabtu.
Beliau yang merupakan ahli Kelab Umno Luar Negara berkata golongan mahasiswa yang mengambil jurusan agama sering dipinggirkan kerajaan dalam beberapa perkara.
Beliau memberi contoh pinjaman pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah dimansuhkan untuk pelajar-pelajar di beberapa negara termasuklah di Mesir dan Jordan.
"Sedangkan MARA ditubuhkan untuk membantu orang-orang Melayu.
"Siapa lagi yang akan 'mengaji' bidang agama, bukankah pelajar Melayu?," katanya.
Mahasiswa yang sudah lapan tahun mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir ini berkata beliau sendiri berpengalaman seolah-olah menjadi anak tiri, selain tidak ditawarkan biasiswa.
Katanya, pendekatan kerajaan amat berbeza dengan pembangkang dalam hal ini apabila pembangkang sering turun padang dan mendekati mereka di sana.
"Saya sebenarnya amat kecil hati bila pemimpin kita ke Timur Tengah untuk majlis-majlis eksklusif sahaja. Kami yang ingin bertemu pemimpin-pemimpin hanya dapat sambut di 'gate' lapangan terbang Kaherah sahaja. Bila ingin bercakap, menyuarakan perasaan, tidak dapat.
"Yang jadi juara bidang agama adalah pihak sana (pembangkang) kerana anak-anak muda seperti saya terutama di Timur Tengah lebih tertarik dengan cara mereka menarik (perhatian) kami khususnya dalam bidang agama," katanya.
Pun begitu katanya, mahasiswa di sana tetap berdiri teguh di belakang Umno dan kerajaan.
Selain itu, dalam memperkasakan pendidikan agama, beliau turut mencadangkan agar lebih banyak sekolah tahfiz dan sekolah menengah kebangsaan agama ditubuhkan kerana telah terbukti masyarakat hari ini lebih cenderung menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.
Mstar.

Wednesday, 4 December 2013

"Poster gambar dilukis bertanduk seolah-olah syaitan-@ustazkazim #pau2013


Selepas pelbagai spekulasi dan tohmahan yang diterima pendakwah, Mohammad Kazim Elias terhadap perlantikan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini, beliau hari ini tampil memberikan penjelasan.

Menurut Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, beliau tetap dengan pendirian untuk menolak tawaran menjadi MT Umno disebabkan tiga perkara iaitu komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Biarpun keputusan yang dibuat itu muktamad, Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu tetap terbuka untuk memberikan idea dan cadangan yang membina kepada perdana menteri terhadap agenda transformasi agama di dalam Umno.

Mohammad Kazim berkata dalam pertemuan selama sejam dengan Najib di bangunan Parlimen, perdana menteri memaklumkan tawaran untuk melantiknya sebagai anggota MT Umno dibuat selepas mendapatkan pandangan empat Mufti.

"Perdana menteri memberitahu pelantikan saya adalah untuk memberi nasihat kepada ahli-ahli Umno dan memperkasakan agenda umat Islam dari peringkat sekolah rendah hingga menengah.

"Saya nampak perdana menteri sangat terbuka dalam hal agama dan meminta saya merangka satu sistem pendidikan terbaik bagi membentuk generasi muda menjadi orang yang lebih baik," kata Mohammad Kazim, yang merupakan antara sembilan orang yang dilantik ke jawatan itu pada 29 Nov lepas.

Beliau bagaimanapun tetap kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

"Saya belum lagi beri jawapan mereka dah maki hamun. Macam mana orang Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam boleh kata macam tu? Sepuluh tahun saya berkecil hati dengan mereka kerana membuat tohmahan buruk terhadap saya.

"Masa Kedah diperintah Pas saya digam walaupun bukan ahli Umno. Poster gambar saya dilukis dengan bertanduk seolah-olah syaitan. Kemuncaknya mereka kata saya anak babi menyebabkan saya ambil keputusan meninggalkan Pas," katanya. 

- Bernama

Saturday, 30 November 2013

MASYAALLAH !! Jawapan Ustaz Kazim Elias mengenai perlantikan beliau sebagai MT #UMNO .@NajibRazak


Harap pihak yang mengkritik dan mengeluar-kan perkataan bebaur kesat dan fitnah berpuas hati dengan jawapan dari UKE ini. KALAU orang alim sokong n masuk PR tak plak.. 

Kita pun agak terkejut dengan perlantikan Ustaz Kazim lantas membuat penjelasan panjang lebar di laman Facebooknya.
Ada pula macai PR yang meroyan...


Saturday, 11 May 2013

Umno Parti Kukuh Tapi Perlu Perbaiki Kelemahan- @NajibRazak #PRU13 #BetterNation #NajibMyPM #UMNO67


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memotong pulut kuning sempena sambutan ulang tahun Umno yang ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Turut hadir bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Datuk Seri Hisamuddin, Datuk Seri Hamid Zahidi dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.


Selepas 67 tahun penubuhannya, Umno masih kekal sebagai sebuah parti yang kukuh dan berjaya tetapi perlu memikirkan kelemahan parti jika ingin mendapat sokongan berterusan daripada rakyat.


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata, parti itu yang diberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang perlu merendah diri dan menghormati kehendak rakyat.

"Kita berkumpul di sini sebagai sebuah parti yang kuat. Keputusan pilihan raya menyaksikan kita memenangi 88 kerusi Parlimen, prestasi yang meningkat berbanding hanya 79 kerusi pada 2008.

"Mari kita perbaiki kelemahan parti, terima kasih kepada mereka yang setia bersama kami dan mencari jalan untuk memenangi hati rakyat yang belum menyokong kita pada pilihan raya umum ke-14 nanti," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke-67 di sini.

Majlis itu turut dihadiri bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Najib berkata Umno yang mengekalkan pemerintahan untuk lebih enam dekad boleh dianggap sebagai parti politik paling berjaya di dunia.

Beliau turut mengulangi bahawa Umno bukan parti rasis tetapi sebuah parti yang inklusif dan sederhana."Kami menjamin keadilan kepada semua pihak yang mempunyai hak tanpa mengira sesiapa saja sebagai rakan kongsi kita. Kami akan mempertahankan polisi yang adil saksama dan sederhana," katanya.

Najib turut berikrar bahawa Umno dan Barisan Nasional tidak akan membenarkan 'politik oportunis' Pakatan Rakyat untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan.

"Walaupun kami menerima cabaran sengit pada pilihan raya lalu, akhirnya, rakyat Malaysia memutuskan mereka inginkan kesinambungan dan kestabilan," katanya.

"Ini akan membenarkan Umno untuk menjadi sebuah parti politik Melayu, Islam dan Malaysia yang lebih dinamik, inklusif dan berwawasan supaya parti ini boleh menjadi universal dari segi perjuangan tanpa melupakan matlamat asal," katanya.

Sumber : Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.