Tuesday, 1 January 2013

Tahukah anda : Rupanya Guru Kungfu Wong Fei Hung Ulama Hebat!!



Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jaguh Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China. Dalam filem itu, watak Wong Fei Hung dimainkan oleh pelakon terkenal Hong Kong, Jet Li.Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, ahli Perubatan, dan ahli bela diri legenda yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun kerajaan China sering berupaya mengaburkan identiti Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila dibahasa arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu perubatan tradisional, serta ahli bela diri tradisional Tiongkok (wushu / kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu peringkat tertinggi. Ketinggian ilmu bela diri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Kedudukan Harimau Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik bela diri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa mempedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih.

Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Kerajaan Ch’in yang rasuah dan penindas. Kerajaan Ch’in ialah Kerajaan yang merobohkan kekuasaan Kerajaan Yuan yang memerintah sebelumnya. Kerajaan Yuan ini dikenali sebagai satu-satunya Kerajaan Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat pertahankan diri sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan handalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembunuhan oleh pemerintahan Kerajaan Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan Kerajaan penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, England, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya menghalau pendudukan Kerajaan Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan bela diri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan ilmu pertahankan diri semakin sukar ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktikal namun cekap yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jaguh pelabuhan berbadan tegap dan kejam di Canton.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai ujian. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu kejadian pergaduhan dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah kerana isteri-isterinya meninggal dalam usia muda. Setelah isteri ketiganya meninggal dunia, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli bela diri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar bela diri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenali sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid.

SUMBER.

Siapa Pelakon Paling "Laris" ditahan pihak berkuasa.




Hari ini, berita hiburan Malaysia dihangatkan dengan penangkapan seorang artis wanita berimej seksi bersama teman lelakinya yang dikatakan positif dadah. Menurut Harian Metro, pelakon filem Anak Pontianak yang juga berkarier sebagai model berusia 26 tahun yang terkenal dengan pelbagai kontroversi ini ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di sebuah kondominium mewah di Damansara Damai jam 5.30 petang kelmarin.

Pelakon kontroversi langsing ini ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bersama kekasihnya, seorang pengganggur yang juga berusia 26 tahun, kerana memiliki dua pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu rumah pelakon ini selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka enggan bekerjasama apabila tidak mahu buka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri. Selepas pegawai polis mengetuk pintu, pelakon ini membuka pintu tapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis.

Selepas beberapa lama menunggu, polis terpaksa memecah masuk melalui pintu depan dan melakukan pemeriksaan. Polis menemui seorang lelaki dalam bilik tidur, manakala pelakon wanita terbabit bersembunyi dalam bilik lain.

Pasangan ini menjalani ujian saringan awal dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin.

Sebelum ini, pelakon wanita ini pernah mengaku mengambil dadah jenis ketamin ketika diarahkan menjalami ujian saringan air kencing dalam satu sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

Pelakon seksi ini juga telah mencetuskan kontroversi ditahan bersama rakannya dan mengaku mengambil dadah jenis syabu dalam operasi yang disertai anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan berhampiran Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mereka direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Semoga berita ini dijadikan pengajaran buat selebriti lain dan kita semua agar menjauhi dadah. Bila dah terkena, barulah menyesal. Tapi pelakon ni memang tak serik-serik. Apa nak jadi daa... Budiey

[Gambar] Apa yang terakam di Kamera ketika @ustazfathulbari mai Kupang. @abuaqifstudio


Sekitar Ceramah UFB di DUN kupang.

Ustaz Fathul Bari Bin Mat Jahya. 



Pengajurn En. Ishak Bin Mat
Penyelaras DUN Kupang.


PENCERAMAH : USTAZ FATHUL BARI BIN MAT JAHYA (UFB)

TARIKH : 29 DISEMBER 2012 (SABTU)

JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN DEWAN TAMAN SRI HARAPAN, KUPANG.




AJK/urusetia Keselamatan

Kuanter risalah/ pihak pengajur turut mengedarkan
Buku "Kafirkah aku"

YB Dato Azmi, ADUN Bayu bersama UFB


Penyelaras DUN Kupang Encik Ishak Mat bersama UFB

YB Dato Azmi berucap mewakili Dato' Azeez Rahim.








Salah seorang yang hadir
sedang bertanyakan soalan.

Demi ISLAM : Klik disini untuk melihat Video tersebut















Gempar !! Terbaru Video Seks Tersebar Menjelang Lawatan @anwaribrahim Ke Jakarta. #PKR


DULU BUNCIT YANG NI KURUS......MUKA SAMA..TAPI YANG KUALITI HD maaaaa......!!!

Menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke sini pada awal Januari 2013, telah tersebar luas menerusi internet terutama BalckBerry Video Sexnya dengan seorang wanita Cina tetapi ada kelainan dari yang tersebar di Malaysia.

Kelainannya adalah tepat seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri yang tersiar dalam Suara Keadilan 26 Disember iaitu “Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis.”
Penyebaran ini meluas terutama sekali di kalangan para wartawan dalam dan luar negara yang berpusat di Jakarta, pemimpin-pemimpin agama Islam dan juga rakan-rakan rapat Anwar sendiri.
Anwar dijangka akan berucap kepada wartawan-wartawan luar negara (FR) di Jakarta pada 10 Januari depan, tetapi lokasinya belum diumumkan kerana menurut penganjurnya ditakuti ada pihak-pihak yang mahu mensabotaj majlis itu kerana merasakan Video itu memalukan orang Islam, terutama penyokong-penyokong Anwar di Indonesia.
Seorang wartawan Indonesia terkemuka dari Media Tempo yang melihat Video itu memberitahu, “Hebat sekali pukulannya Pak,dia bisa jadi Phonographic Actor.”
Penyebaran Video terbaru ini berlaku begitu pantas berikutan kenyataan yang dibuat oleh wartawan Zainuddin Maidin (Zam) di wawancara di TVOne Indonesia, mengatakan Anwar sebagai seorang homosexual dan juga pengembang pluralisme agama.
Sementara itu, seorang pegawai perhubungan Pak Gus Dur dalam dialog secara langsung dengan Zainuddin Maidin di stesen TV yang sama, pada kali kedua yang disaksikan oleh lebih 100 juta orang di Indonesia, telah menafikan anggapan Zainuddin bahawa semua orang Indonesia menyokong Anwar dan mensifatkan ini sebagai paranoid.
Di Kuala Lumpur Suara Keadilan keluaran 25 Disember, menyiarkan ucapan Anwar Ibrahim di suatu perhimpunan Jelajah Merdeka Rakyat di Petaling Jaya baru-baru ini menyatakan bahawa UMNO dan BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapanya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13.
Menurut Anwar, video baru itu ada dua visi, iaitu “dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, sekarang muka macam Anwar, tetapi perut pun dah dikempiskan.”
Video Anwar perut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sendiri dan orang ramai mengkagumi kepantasan kerja kumpulan media PKR yang dapat bertindak seperti kilat bagi mengelirukan orang ramai dibandingkan media team UMNO.
Beberapa orang pakar perang saraf menganggap, bahawa cara penyebaran Video Sex Anwar Ibrahim itu adalah tidak bijak kerana dilancarkan oleh “Datuk T” yang diketahui sebagai musuh Anwar dan berkepentingan politik dan wang, berbanding penyebaran Video Sex Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek yang lebih berkredebeliti dan berkesan kerana tidak nampak tangan yang menyebarkannya.
Bagaimanapun sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya. Kesannya yang paling buruk akhir-akhir ini, ialah pengikut-pengikut Pas telah mulai memisahkan diri dari program Jelajah Merdeka Rakyat PKR. Di Dungun Terengganu baru-baru hanya beberapa gelintir manusia sahaja yang hadir.


Tidak Puas Hati lambat dilayan punca lelaki mengamuk.







Amuk di kedai nasi kandar
Seorang pekerja dapur restoran yang cedera ditetak.

Amuk di kedai nasi kandar



KULIM - Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.

Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.

"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.

"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.


Amuk di kedai nasi kandar
Gambar CCTV menunjukkan lima orang mengamuk

di sebuah restoran nasi kandar di Kulim, kelmarin
.
Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.

"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.

Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu. 

sinar harian

Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung


Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung
Abang terkejut Lihat adik Mati tergantung - GUA MUSANG : “Saya dakap seerat-eratnya sebaik melihat dia (arwah) tergantung, dengan harapan dia masih selamat, tetapi meninggal dunia beberapa minit selepas itu.” kata Che Mat Daud, 65, bapa kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chiku 2,yang mati tergantung, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang di rumahnya di Tanah Rancangan Felda Chiku 2, ketika pelajar tersebut berada dalam bilik tidur seorang diri.

Katanya, ketika itu dia baru pulang dari bekerja sebagai tukang rumah dan mangsa bersama abangnya sahaja yang berada di rumah.
Che Mat berkata, dia menyedari kejadian berkenaan ketika terdengar jeritan kuat daripada abang mangsa, Mohamad, 22, yang terkejut melihat adiknya tergantung dalam bilik tidur.
“Saya pulang dari kerja, terus menunaikan solat Asar dan keluar semula dari rumah untuk membersihkan kereta sambil memeriksa bateri kerana ingin ke luar lagi.
“Ketika sedang melakukan kerja, saya terdengar suara kuat abang mangsa yang menjerit, lalu saya bergegas naik ke rumah menuju ke bilik,” katanya.
Menurut Che Mat yang juga peneroka Felda, hanya beberapa minit selepas dia memotong tali yang menjerut leher anaknya, terus meninggal dunia dan gagal diselamatkan.
“Setahu saya, dia (arwah) tidak bercinta dengan mana-mana budak perempuan hingga sanggup bertindak demikian, tetapi yang saya tahu dia berkeadaan muram selepas kemalangan jalan raya sejak lima bulan lalu,” katanya.
Che Ma berkata, arwah pernah terbabit dengan kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangi dirempuh sebuah kereta dan kepalanya terhantuk di permukaan jalan.
“Bermula dari situ, dia anak bongsu daripada 13 beradik, tidak lagi ceria dan kerap berkurung dalam bilik, tetapi dia memang bersedia untuk bersekolah semula di tingkatan lima apabila persekolahan dibuka Januari ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan motifnya dalam siasatan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Rancangan Felda Chiku 2, pagi semalam. 

[video] @ustazfathulbari tenang menjawab pesoalan yang di bangkitkan. #GEMPUR #TukarKedah @abuaqifstudio


Ketenangan  UFB ketika menjawab setiap soalan serta hujah yang di soalkan oleh orang ramai. Apa yang menariknya keberanian serta kikhlasan UFB membuka sesi ceramah beliau untuk orang ramai bertanyakan soalan ataupun hujah demi perpaduan ISLAM. Membuatkan Majlis ceramah tersebut medan perbincang yang menarik.

UFB sendiri telah dimaklumkan oleh urusetia, bahawa kemungkinan ceramah beliau akan di ganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dengan setiap tuturkata serta dalil dan nas yang di lemparkan membuatkan ramai penonton terpegun dan tidak berganjak dari tempat duduk.


jom tengok antara soalan yang di jawab oleh UFB:-

Ramai Umat Islam kini tanpa menyedari akan hukum meraikan perayaan agama lain sebenarnya boleh merosakan akidah sebagai seorang yang beragama Islam.



Sebagai seorang yang beragama Islam, kita tidak boleh ambil mudah akan isu meraikan perayaan agama lain dan bagi yang bukan beragama Islam perayaan kepercayaan agama yang di anuti mereka tidak pernah di halang di Malaysia.

Bagi yang masih samar akan hukum meraikan perayaan agama lain, Ustaz Fathul Bari melalui ceramah perdananya di Kupang, Baling telah mengulas panjang lebar apabila di tanya oleh seorang penduduk Kupang " Apakah Hukum Meraikan Perayaan Agama Lain" 

sekitar ceramah UFB