Wednesday, 30 January 2013

Tahniah dan menggemparkan !!!! Mahpuz Omar Semarakan Kasih ahli PAS BALING. #TukarKedah @Nikabdulaziz



Tahniah le kerajaan PAS Kedah yang makmur dengan pendapatan balak yang meningkat...terjeger biji mata..ish!..ish! andainya jadi milik aku...alangkah bahagianya...bolehlah rumahku yang macam mahligai itu ku tukarkan menjadi istana. 


Tapi lain pulak jadi bila seorang yang yang bernama Mahpusss.... DATANG ke Baling.... apakah rakyat, jika ingin bersama pemimpin perlu membayar ??????????

seharusnya pemimpin perlu prihatin terhadap rakayat....bukanya kebas duit rakyat....Itulah yang terjadi JIKA PEMIMPIN PAS mai Baling. 

Setiap tatok Pas yang ingin bersama pemimpin di kenakan RM 5 sebagai Tiket untuk masuk kedalam dewan mendengar Pembohongan MAHPUZ BEEEN yang berkelulusan DARJAH enam jer.....

Mampus la mcam ni.... 
Cuba buka mata wahai Puak-puak PAS kedah khususnya di Baling, Pokok Balak dok kerkah bagai Yakjuk dan makjuk.... Habis gondol Bukit depa tarah...
UNTUNG BALAK DARI 8 JUTA KE 38JUTA
HASIL 2010 RM456.21 juta
SURPLUS 2010 RM22.50 juta
CUKAI TANAH RM104.06 juta
BANTUAN DARI KERAJAAN PUSAT RATUSAN JUTA TAPI BELANJA SIKIT,YANG LEBIHNYA UNTUK BAYAR GAJI PEKERJA
DAN BERJUTA JUTA LAGI,KIRA PUAK PAS NI MEMANG PANDAI BERBISNES LA KOT
.

kemana keuntungan balak tu disalurkan...tanya ahli hampa hat miskin, ibu tunggal, OKU..orang sakit di kampung-kampung dapat tak, siapa dok bagi bantuan kat depa lani.

" @NazmiFaiz2112 Perlu Mohon Maaf Kerana tuduhan melampau " Tengku Norshufilla


Kota Bharu: “Saya mahu dia (Nazmi) mohon maaf secara terbuka kerana mengaibkan saya,” kata model sambilan Tengku Norshufilla Tengku Muhammad Shubli, 21, atau Tengku Fiella, bekas teman wanita pemain bola sepak Nazmi Faiz Mansor, 19, yang didakwa pemain itu kononnya menjalin hubungan dengan pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.
Harian Metro semalam melaporkan Nazmi menerusi Twitter dipercayai miliknya, menuduh Tengku Fiella curang dan menjalin hubungan sulit dengan Aidil. Kenyataan yang disiarkan pada jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.
Menurut Tengku Fiella, dia kini bukan lagi teman wanita Nazmi kerana sudah memutuskan hubungan dengan pemain bola sepak kelab SC Beira-Mar, Portugal itu, tiga minggu lalu.

Katanya, selepas memutuskan hubungan, Nazmi ada menghubunginya, tetapi dia tidak menjawabnya sehingga Nazmi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan mahu memalukan serta memburukkan namanya.
“Saya ada melihat Twitter Nazmi yang memburukkan saya sebelum dia memadamnya.

sumber : mymetro


Tuesday, 29 January 2013

Penyertaan Nasharudin Ke Gaza Model Kerjasama Hamas & Fatah - Dr Mahathir #1Malaysia

Kita doakan agar YB Ustaz Nasharuddin Md Isa, ahli Parlimen Bachok diberi hidayah dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan Negara.

Kesudian YB ustaz untuk mengikuti rombongan PM di padang sinis sehinggakan di singgikirkan dari Majlis Syura PAS.


KUALA LUMPUR: PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, Selasa.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada PAS, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tahniah !!! Perlantikan @Abby_Abadi112 Sebagai #CyberTroopersALLAH

Abby Abadi meroyan lagi... Baguslah jika PAS tidak nampak minah gedik bertudung ni sebagai satu liabiliti kepada mereka kerana Abby akan mengundang rasa menyampah pengundi kepada PAS, terutamanya pengundi wanita.


Kali ini Abby mengiktiraf satu gelaran baru kepada cacai2 PAS yang meraban di internet & media sosial sebagai 'CyberTroopers ALLAH'... WOW!! Itu gelaran untuk kumpulan yang menyokong nama ALLAH diperlekehkan dalam bible?? Jom kita lihat beberapa contoh fitnah yang dilakukan oleh so-called-cybertroopers-ALLAH



Mungkin Abby tak faham makna sebenar cybertroopers hingga melabelkan ALLAH juga punya cybertroopers. Biasalah kalimah ALLAH pun sanggup mereka gadaikan demi politik sempit. Untuk mengembangkan minda Abby secara mudah, cybertroopers bermaksud seseorang yang melakukan propaganda putih (baik), kelabu (sederhana) dan hitam (jahat) di alam siber untuk mempengaruhi persepsi dan membuatkan seseorang memilih berpihak bersama mereka. Sanggupkah Abby membuat propaganda hitam (jahat) atas nama ALLAH???

Sumber Kat sini  #CyberTroopersALLAH???

Gempar !!! Derhaka ! Derhaka ! Isteri Curang sanggup terima Anak Sungai derhaka.


Gempar dan mengejutkan, semasa pemeriksaan penguatkuasa mendapati sepasang kekasih sedang hangat "bercekerama" di daam kenderaan. Keadaan yang sungguh dasyat, mengambar mereka tidak dapat menahangelora nafsu yang sedang memuncak.

Selepas di periksa dan keterangan mereka di ambil, perempuan yang di tahan bersama seorang lelaki itu sudah sudah mempunyai suami. Manakala Identiti lelaki adalah seorang blogger. Identiti terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber  Haramkahdaily.net 

Sambung baca di Blog Kedah ke ke KL

Rahsia !!!! nyummhhhh kenikmatan yang perlu anda ketahui.


pehhhhh.... Melekat beb... tak tahan, bila kita melihatnya.

Durian, si raja buah beraroma tajam yang manis isinya..Buah tropika ini kaya dengan fitonutrien, antioksidan, protein, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh..Durian menawarkan sejumlah manfaat kesihatan bagi mereka yang memakannya..Berikut merupakan beberapa khasiat yang terdapat dalam durian di bawah ni..




1. Meningkatkan kesihatan kulit 
Di sebalik rasanya yang lazat, durian kaya dengan Vitamin C. Setiap pangsa durian mengandung 80% nilai harian (DV) vitamin C yang diperlukan tubuh. Vitamin ini penting dalam pembentukan kolagen iaitu protein dalam kulit, tulang, tendon, ligamen, dan pembuluh darah. Vitamin C juga membantu mengembangkan resistensi terhadap virus dan radikal bebas. 



2. Melancarkan sistem pencernaan 
Durian kaya zat thiamin/ vitamin B (61%) yang merangsang nafsu makan, serta menghasilkan asam klorida dalam lambung sehingga menyihatkan sistem pencernaan. 



3. Mengatur kadar gula darah 
Kandungan Mangan (39%) dalam durian membantu pengaturan kadar gula dalam darah dan mencegah anemia. Buah ini juga menjadi sumber folat yang baik, yang diperlukan tubuh untuk memproduksi sel-sel darah merah (RBC).



4. Membantu melawan depresi 
Vitamin B6 adalah nutrisi penting dalam produksi serotonin, zat kimia neorotransmitter yang mempengaruhi keadaan hati. Kekurangan vitamin ini dalam tubuh boleh menyebabkan depresi. Durian memiliki kandungan Vitamin B6 hingga 38%. Selain itu, tingginya kadar asam amino triptofan dalam durian juga dapat mengurangkan kecemasan dan insomnia [sukar tidur]. 



5. Menghindari sembelit 
Durian kaya serat (37%) dan karbohidrat kompleks yang menyerap air dan mengembang dalam saluran pencernaan; menjadikannya efektif mempercepat proses sekresi [rembesan]. 



6. Meringankan sakit kepala 
Mengunyah durian juga membantu meringankan sakit kepala. Riboflavin atau vitamin B (29%) dalam durian membantu mengobati migrain. Selain itu durian juga memiliki sejumlah manfaat lain. Antaranya, kandungan Kaliumnya (30%) yang baik untuk tulang, Tembaga (25%) yang bermanfaat dalam penyerapan hormon, Folat (22%) yang baik dalam menjaga kehamilan dan Magnesium (18%) yang bermanfaat untuk mengendurkan saraf dan otot.



Sumber: OrangMuo

Aidil Zafuan tuntut @NazmiFaiz2112 Mohon Maaf Kerana tuduhan "melampau" beliau "bersekedudukan". @ASTROARENA


Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online yang dihubungi di sini petang pada Isnin.
Salah satu status pada Twitter Mohd Nazmi yang mencetuskan kontroversi.
Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja.
Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya tetapi sempat disalin oleh pihak mStar Online.
Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut.
Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.
"Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu.
“Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda.
"Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun," ujarnya.
Nazmi membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya pada malam Isnin.
Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.
Sementara itu Tengku Fiella yang merupakan gadis kelahiran Kelantan berkata Mohd Nazmi merupakan seorang yang kuat cemburu dan meminta semua pihak tidak mengambil serius kenyataan itu.
“Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri belum matang dan mungkin dalam keadaan tertekan dengan kelab di portugal,” katanya seperti dilaporkan portal rotikaya.com. pada Isnin.
Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.
"Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini," katanya.

sumber : Mstar