Thursday, 31 January 2013

Hadi Awang jadi Bomoh temberang. "Versi apa yang dia bacakan" sebab "Kalimah Allah" dia dah gadaikan. #KL112 @abby_abadi112


Tudia....... aku tak nak cerita lebih-lebih pasal mamat yang dok jampi tu.. tapi aku cuma nak tau juga apa  versi apa yang dia baca " merujuk kepada isu terkini kalimah Allah".

Nak jadi tok bomoh pulak.... aduhai hadi awang awat tak ajak sahabat seperjuangan ostat Lim Gang eng yang sama berjuang untuk membenarkan "kalimah Allah" di gunakan oleh mereka yang bukan islam.

Pandai pula hadi awang berdoa memhon pertolongan Allah S.W.T tetapi bagaimana pula dia bersekongkol dan menyokong puak Kristian dengan melacurkah kalimah tersebut. untuk digunakan oleh penganut agama lain.

KK.... cELARU-CELARU mu ni.... dehhhhh

Gempar !!! @NajibRazak Janji Litar Lumba di #HimpunanOrangMudaKedah jika BN tawan Kedah pada #pru13 #TukarKedah #BNPilihanOrgMuda #BNYjobsFair13



Peluang Orang muda di kedah untuk melakukan perubahan serta membantu Barisan Nasional kembali memerintah Negeri Kedah amatlah di harapkan. Keperinhatinan PM terhadap golongan muda serta belia sentiasa ada didalam setiap agenda pembangunan negara.  

Pada PRU13 nanti, PM mengharapkan golongan muda dapat menggunalan kebijaksanaan serta kewarasan akal untuk melakukan perubahan di Kedah dengan membenarkan BN kembali menerajui kerjaan negeri serta mengekalkan Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.




PM Janji Bina Litar Lumba Di Kedah
ALOR SETAR: Pembinaan sebuah litar lumba buat golongan muda di Kedah merupakan antara perkara yang akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) khusus untuk negeri ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata kerajaan negeri sedia ada pernah berjanji untuk membina litar lumba untuk orang muda tetapi sudah hampir lima tahun memerintah, litar itu masih belum dibina.
"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara saudari kita akan masukkan dalam manifesto di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang," katanya pada Program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini Khamis.
Beliau berkata ada juga cadangan daripada Majlis Belia Negeri Kedah supaya kerajaan membantu golongan muda yang hendak berkahwin dalam hal kursus pra-perkahwinan.
"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti.
"Banyak lagi hendak dibuat...tunggu manifesto yang akan kita lancarkan khusus untuk Kedah. kita akan tunjuk kepada rakyat. Masa dah tiba...lima tahun dah cukup, masa perubahan sudah sampai," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang mendengar suara orang muda dan di bawah kerajaan BN, hari esok akan lebih baik.
Katanya kerajaan BN mempunyai dasar yang serasi dengan golongan muda dan dasar transformasi kerajaan adalah untuk menyediakan legasi dan peninggalan untuk orang muda.
Najib berkata kerajaan BN tidak menyuruh orang muda melakukan perkara yang merosakkan negara.
"Saya baru balik dari bumi Gaza, Palestin. Saya boleh lihat keruntuhan sebuah negara tetapi dilakukan oleh musuh mereka. Jangan pula kita rosakkan negara kita sendiri. Kita akan jadi negara maju dalam masa tujuh tahun akan datang. Inilah janji kita," katanya.
Hadir sama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi Umno Negeri Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Naib Ketua Puteri Umno Shahanim Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah Badrul Hisham Hashim.
Menerusi Program Himpunan Orang Muda itu yang bermula hari ini sehingga Sabtu, beberapa program diatur seperti BN Youth Job Fair melibatkan 83 syarikat yang menawarkan lebih 4,500 pekerjaan, pameran oleh agensi kerajaan dan swasta serta gerai niaga. BERNAMA

Peluang Orang Muda rampas Kedah #BNPilihanOrgMuda dan #BNYjobsFair13

Embedded image permalink

Lebih 30k anak Muda Kedah menyatakan sokongan ke PM !!




Ayohhhhh !!!! Pemuda dan Pemudi kita serbu BN Youth Job Fair yang BERMULA ESOK (31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013). Jom !!! Temujanji kita di sana. Pelbagai acara dan program menarik disusun untuk kepuasan anda.
Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Karnival Kerjaya, yang di inspirasikan oleh Pegerakan Pemuda Barisan Nasional. Keperihatinan sayap pemuda BN kepada golongan Belia dan pemuda mencetuskan ilham menganjurkan satu Karnival Kerjaya 
sebagai salah satu platform terbaik untuk mencari kerja. 

Gempar !!! Nenek sanggup Jual kerana Wang. @inspirasiilami

Nenek dijel 14 tahun, denda RM30,000 jual 3 bayi

SHAH ALAM - Nenek kepada 30 cucu menerima padah apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 atas kesalahan memperdagangkan tiga bayi yang berusia lima bulan ketika kejadian, empat tahun lalu.


Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas mengenetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang yang melepaskan dan membebaskan Lian Kim Wan, 60, dari tuduhan tersebut.Beliau juga memerintahkan hukuman penjara tambahan tiga tahun sekiranya gagal membayar denda.

Abdul Alim dalam penghakimannya, perbuatan Kim Wan memperdagangkan bayi jelas membuktikan yang tertuduh ingin mendapatkan kehidupan mewah.
Katanya, Kim Wan juga mempunyai satu jaringan yang sangat bajus yang membolehkan dia melakukan jenayah itu.

"Punca kejahatan adalah wang. Ketika awak fikir awak akan mengembirakan pasangan yang tidak mempunyai anak, awak telah menghapusklan susur galur bayi itu.
"Tetapi ia sebenarnya adalah satu kehidupan rekaan dimana mereka percayakan itu merupakan ibu bapa sebenar mereka," katanya.

Abdul Alim berkata, bukan sahaja Kim Wan sahaja perlu diherat ke mahkamah tetapi orang yang membeli bayi tersebut juga perlu dipersalahkan dan patut didakwa.
"Siasatan juga perlu dijalankan bagi membolehkan si pembeli bayi ini untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya.

Pada 13 April tahun lalu Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Azhaniz Teh Azman Teh sebelum ini membebaskan Kim Wan di peringkat pembelaan selepas mendengar bela diri ibu kepada 11 orang anak itu.
Kim Wan bersalah atas dua tuduhan memperdagangkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan  masing-masing berusia 5 bulan di rumah 3 Jalan Jenaris 2/1, Taman Jenaris 2, Hulu Klang, jam 8 hingga 9 petang, 31 Julai 2009.

Wanita itu juga bersalah memperdagangkan seorang lagi bayi lelaki di tempat sama, jam 8 malam, pada 3 Ogos 2009.
Dia bersalah mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukan penjara 20 tahun dan denda.Sebelum itu, peguam Muhammad Affendy Mohd Yusof merayu supaya anak guam tidak dipenjarakan kerana selain usia lanjut, wanita itu turut menghidap pelbagai penyakit.
"Kakinya juga dimasukkan besi menyebabkan tertuduh sukar bergerak," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kesalahan ini membabitkan tiga bayi yang baru berusia lima bulan.

Hariss juga memohon hukuman penjara yang dikenakan secara berasingan kerana ia melibatkan mangsa berlainan.


Sinar. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 30 January 2013

Gempar !!! Ada lagi ke kawasan pembalakan "baru" di Weng, Baling.#TukarKedah @@McTheoryCroniez


Errr... Terkejut juga bila kk dapat panggilan dari seorang sahabat dari kampung Weng, Mukim Siong Baling.
Beliau menyarankan kepada Team Media Kedah (TMK) untuk mededahkan Pembalakan di kawasan tersebut.

Dari tinjauan awal yang KK lakukan memang ada kesan pembalakan di Kawasan tersebut. Secara rambang kemungkinan ia berlaku dalam 2 bulan lepas.

Apa-apa kk sedang mengumpul maklumat berhubung Pembalakan di kawasan tersebut. Kerana ia terletak di antara sempadan Daerah Baling dan Sik.

Bukan KK nak mencari salah sesiapa tetapi, sejak Puak Regim PAS menerajui Kedah. Banyak kawasan balak di terokai. Kalau dulu di Baling kita nak tengok Lori balak pun susah tetapi sekarang dah naik 'cemuih'.

O.klah nanti kk dapat maklumat terbaru berhubung pembalakan di kawasan weng KK akan update.

Ermmmm... Sejak pembongkaran isu balak dan tanah di gunung Inas. Banyak respon serta maklumat dan permintaan dari masyarakat yang perihatin diterima. Terima kasih kepada semua infomer yang sudi kongsi 'kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan oleh regim PAS kedah'.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !!! Peluang terbaik Untuk mereka yang inginkan 'tranformasi' untuk berjaya #BNYJobsfair13 @McTheoryCroniez @tunfaisal @khairykj #DEMIRAKYAT.

Mulanya di sini !!!!

Bertempat di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar, Karnival Kerjaya, yang di inspirasikan oleh Pegerakan Pemuda Barisan Nasional. Keperihatinan sayap pemuda BN kepada golongan Belia dan pemuda mencetuskan ilham menganjurkan satu Karnival Kerjaya
sebagai salah satu platform terbaik untuk mencari kerja.

BN Youth Job Fair menawarkan peluang pekerjaan selain bidang kemahiran bagi memenuhi keperluan pasaran kerja.Karnival kerjaya ini diadakan bersempena satu himpunan bersejarah Anak Muda Kedah bersama PM 1 Malaysia, Dato' Sri Najib Razak.

Tambahan pula, lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan. jawatan kosong dalam pelbagai bidang ditawarkan sempena penganjuran sebagai platform mencari maklumat pekerjaan berbanding hanya mencarinya di dalam Internet.

"Ia bukan satu kunjungan yang sia-sia bagi anda semua. Banyak ilmu dan maklumat yang boleh di perolehi.
Ayohhhhh !!!! Pemuda dan Pemudi kita serbu BN Youth Job Fair yang BERMULA ESOK (31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013). Jom !!! Temujanji kita di sana. Pelbagai acara dan program menarik disusun untuk kepuasan anda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan.

LAHAD DATU –  Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.

"Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. "Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu," katanya.- Harian Metro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.