Sunday, 3 February 2013

Panas !!!! DERMA untuk masuk Syurga ciptaan [PAS]


Pas semakin masyuk la.. asal ceramah je mustiderma wajib dikeluarkan oleh pentabsub



PAS memang terkenal dengan ungkapan DERMA Jihad. Menurut ulama PAS, dermamereka adalah untuk dana akhirat.

Makin hangat !!! Perbuatan @Nikabdulaziz "singkirkan" Ustaz Nasha terima Ostat Karpal. @pas





Ustaz nasha adalah antara anak didik allahyarham ustaz fadzil nor, pengorbanan dan jasa ustaz nasha sewaktu menjadi setiausaha pusat dan Timb.presiden patut dihargai.

Sewajarnya PAS mengambil sikap keterbukaan terhadap pendekatan yg lebih sederhana dan lebih produktif.





Nasha: Saya rasa seperti dizalimi

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa berkata beliau berasa seolah-olah dizalimi apabila mursyidul am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kedudukannya sebagai ahli PAS turut terlucut sepertimana jawatannya dalam Majlis Syura Ulama.

Dalam wawancara yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia hari ini, Nasharudin berkata kenyataan Nik Aziz itu juga keterlaluan kerana didakwa "mengiaskan saya seolah-olah telah murtad".

"Saya merasakan seperti dizalimi dalam konteks itu di mana kiasan yang dibuat terhadap perkara tersebut dilihat saya agak keterlaluan dengan mengiaskan saya seolah telah murtad, dan mengkiaskan saya dengan isu penceraian dan sebagainya.

"Sedangkan sekali lagi saya masih belum menerima hitam putih kedudukan sebagai ahli PAS," katanya dalam wawancara dengan akhbar milik Umno itu.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz kelmarin yang berkata isu surat rasmi itu tidak timbul kerana "lafaz cerai" sudah dilakukan.

"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," kata Nik Aziz seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian semalam.

nasharudin mat isa interview 060607 defined
Mengulas lanjut, Nasharudin berkata beliau berhak diberikan surat pemecatan memandangkan PAS sebelum ini memberi surat pelantikan ke jawatankuasa tersebut.


"Sangat tidak adil kerana saya hanya mengetahui perkara tersebut melalui media ketika baru pulang dari Dubai.


"Media ini bukan merupakan medium rasmi untuk kita menyampaikan perkara tersebut," katanya yang akur dengan keputusan pelucutan jawatan berkenaan.

Beliau yang kini merupakan ahli biasa PAS turut mengulas mengenai peluangnya untuk bertanding dalam pemilihan parti akan datang.

"Bagi saya kalau ada usaha untuk menyekat saya untuk bertanding dalam apa-apa jawatan dalam parti, itu bukan hak individu untuk menyekat saya.

"Tetapi terpulang kepada ahli dan kawasan sebab dalam PAS ini semangat syura itu bukan sahaja ada dalam Majlis Syura Ulama tetapi semangat itu juga ada dihidupkan dalam kalangan ahli di peringkat bawahan," katanya.sumber Mkini.

p/s : Kalau ikhkas dakam meperjuangakan islam, Tidak semestinya kita berapada dalam PAS.

Panas !!! Suami tak bantah pakej urut batin

Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ 
dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak 
sampai melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah 
pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami 
tiada pendapatan tetap.
Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur 
ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.



Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan 
urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata 
untuk mendapatkan pulangan lumayan.
Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan 
seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, 
baru-baru ini.
sumber : mymetro

Gempar !!!! Kematian Ustaz Taib @tianchua sebar fitnah. @PAS #KL112




Terdahulu Tian Chua menyebarkan berita kematian palsu di twitter yang menyatakan "Baru terima berita bahawa: Mantan Imam Besar Negara Utz Taib Azamudin telah kembali ke rahmatullah. Takziah kpd keluarga.


Inilah sikap pemimpin pembangkang suka menyebarkan fitnah dan berita palsu... 

Murahnya Tian Chua mudah terpedaya dengan khabar angin! Ini soal kematian bukan boleh bawa main-main... Seharusnya Tian Chua memeriksa dahulu akan kesahihan berita tersebut, tak perlulah jadi orang pertama yang menyampaikan berita kematian ini. 

Setelah mendapat kecaman dari pengikutnya di twitter Tian Chua terus 'delete' tweetnya... Macam biskut... tak berani nak bertanggungjawab diatas apa yang telah dilakukannya...
sumber bro jinggo.

Berikut kenyataan Ustaz Taib di sinar harian.

Taib Azamudden: 'Saya masih hidup'


GEORGETOWN - “Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.”
Muka depan Sinar Harian Edisi Utara 3 Februari 2013

Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya pasti ini semua sebab pilihan raya makin dekat. Mereka tidak senang dengan saya sebab saya mempunyai pengikut yang ramai. Bagi saya perbuatan ini adalah primitif dan tidak bertamadun.

“Saya tidak tuduh sesiapa tetapi spekulasi yang dibuat agak keterlaluan. Saya belum meninggal dunia, malah doktor cakap lagi empat hari saya dah boleh keluar (hospital),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, beliau kini sudah mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat namun masih diawasi oleh ahli keluarga.

“Saya dah boleh jalan sendiri berbanding masa mula masuk hospital dulu. Dulu, kaki dan tangan kiri saya langsung tidak boleh bergerak tetapi berbeza dengan sekarang.

“Keseluruhannya, nak urus diri sudah mampu saya lakukan sendiri antaranya mandi, makan dan solat,” katanya.

Taib Azamudden berkata, walaupun baru pulih dari serangan angin ahmar, semangat perjuangannya tidak pernah luntur malah tidak pernah terfikir untuk berundur dari politik.

“Saya tidak pernah bercadang untuk berundur malah semangat saya sentiasa tebal untuk meneruskan perjuangan parti.

“Saya di dalam bidang politik ini bukan untuk bermusuh dengan sesiapa tetapi untuk perjuangan. Bagi saya, kawan tetap kawan, keluarga tetap keluarga walaupun berbeza fahaman politik,” katanya.

Taib Azamudeen juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawatnya dan mendoakan serta melakukan solat hajat untuk kesihatan dirinya.

Sementara itu, anaknya Afnan Hamimi berkata, bapanya semakin sihat. Penjelasan Afnan Hamimi itu sekaligus menangkis dakwaan dalam laman sosial mengatakan ayahnya meninggal dunia lewat malam semalam. Kesihatan Taib Azamudden, 62, beliau beransur pulih dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini selepas serangan angin ahmar.

Afnan, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang berkata, beliau dan keluarganya kesal dengan penyebaran khabar angin yang tifdak betul itu.

“Kami sekeluarga menerima banyak panggilan yang mahukan pengesahan tentang perkara itu (kematian).

“Ingin saya tegaskan di sini, bapa saya semakin pulih dan sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Menurutnya, bapanya baru menjalani rawatan fisioterapi dan kelihatan semakin bertenaga.

“Beliau juga semakin ceria dan lebih bersemangat untuk terus kembali ke medan perjuangan bagi meneruskan tanggungjawab kepada ummah dan amanah ALLAH yang belum selesai,” katanya.

Ahad lalu, Taib Azamudden diserang angin ahmar ketika menunaikan solat Dhuha di rumahnya di Baling.

Beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami ‘minor strok’. Sebelum itu, beliau sebelum itu dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi Kardiologi (CCU) di sebuah hospital swasta di negeri ini dan kemudiannya dipindahkan ke wad biasa dan dijangka keluar hospital dalam tempoh seminggu ini.

Tudia !!!! di serbu terlalu ghairah nak masuk kedai barang percuma #KKR1M @1Malaysia



Gempar !!! Kedai Kain diserbu pelanggangnya apabila menawarkan pembelian beli satu percuma satu. Keadaan hampir tidak terkawal apabila anggota RELA dengan mudah sahaja dibolasi oleh sebahagian yang berpusu menusuk masuk ke kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M).

Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahului rakyat , sentisa menepati janji telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat hidup dalam keadaan selesa. Sebuah Pusat Jualan Kain, ya g dikenali dengan Kedai kain Rakyat 1 Malaysia dengan singkatanya KKR1M di tubuhkan di Baling. Ini adalah Lokasi keempat di Malaysia bermula di Hulu Langat, UTC Kuala Lumpur, Bagan Datoh, Prak dan yang terbaru di Baling yang terletak di Belakang Bilion Batu 42 Pulai. Ini adalah Cawangan pertama di Negeri Kedah.



Perasmian dilakukan oleh YB Dato' Paduka Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir, pada tanggal 2 Feb 2012. KKR1M yang di wujudkan menwarkan harga kain serendah 70% lebih murah dari harga asal atau di pasaran tempatan. Pengunjung tidak perlu ke Nilai 3 Negeri Sembilan untuk mendapatkan harga terendah. Di KKR1M menwarkan harga lebih dan hampir sama. Ini dapat memeberi peluang kepada rakyat untuk lebih selesa membeli belah dengan pilihan kain.

En. Mohd Nor Bin Mohd Amin, selaku CEO KKR1M dan juga merangkap pengerusi Peluang Karisma Sdn. Bhd. Berkata" KKR1M menjamin harga lebih murah dengan pilihan terkini disamping itu juga membantu kaum bumiputera untuk berniga.









[Gambar ] Gempar !!! Kompleks Rakan Muda Baling, Kecoh kerana wang #BR1M2.0 @1Malaysia @janji_ditepati



02 Feb 2012_ Seawal Jam 8.00 pagi, Kompleks Rakan Muda Baling di serbu hampir 2500 orang penerima BR1M. Kebijaksanaan Petugas yang terdiri NGO dan 4 sayap kepimpinan UMNO Baling melancarkan pengagihan BR1M. Antaranya Belia MAYC Daerah Baling, JKKP DUN Kupang, Mayang (wanita UMNO), Puteri dan pemuda UMNO. Mereka ini di ketuai oleh Penyelaras DUN Kupang, En. Ishak Bin Mat serta Pengerusi MAYC Kawasan Baling En. Syamsol Bin Moin. Kehadiran sukarelewan untuk membantu kelancaran BR1M2.0 menunjukan semangat kesukerelaan yang tertanam dalam hati. Ia Juga menunjukan para belia dan juga rakyat Baling sentiasa menyayangi dan Bersama kerjaan Malaysia. 

Pemberian BR1M 2.0 adalah kesinabungan dari BR1M edisi Pertama yang di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pemberian ini di Ilhamkan oleh Datuk Sri Najib selaku perdana Menteri Malaysia. Ia bertujuan menghargai sokongan Rakyat terhadap Kerajaan BN. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) juga diharapa dapat membatu golongan berpendapatan rendah untuk membantu mereka menyediakan keperluan selesa.

Pemberian BR1M adalah harapan dan impian kerajaan untuk membantu Rakyat . Ia juga sering disalah tafsir pembakang yang mempertikai menjalankan fitnah konon kerjaan untuk memacing Undi. Helah pembangkang serat Fitnah mereka seringkali memakan diri. Belainan pula sikapa pembangkang yang seringkali gagal melakasanakan apa yang mereka janjikan dan omongkan. Ini berlaku di beberapa buah negeri yang mereka tadbir.



















Saturday, 2 February 2013

Bila Hadi Awang di bawah telapak kaki Kapal Singh. #KL112 @nikabdulaziz

Bangsat !!! Betul si OKU ni.. Sekali lagi Karpal Singh menggunakan kuasanya untuk 'menyanggah' keputusan Majlis Syura PAS berhubung Isu Kalimah Allah. Nampar PAS semakin 'kabur' dalam misi untuk meng'Islam' kan Pakata.


Karpal Kecewa Kenyataan Abdul Hadi Berhubung Isu Kalimah Allah

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, adalah salah untuk menyatakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah diterima baik oleh orang bukan Islam termasuk pemimpin DAP.

Dalam hal ini, beliau kecewa dengan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri AbdulHadi Awang, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar yang memetik Abdul Hadisebagai berkata larangan ke atas orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu telah selesai dan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara itu yang dibuat Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa satu pertemuan ringkas dengannya di Pulau Pinang Isnin lepas.

Beliau menegaskan tiada sebarang perkara dibincangkan berhubung isu itu apabila beliau bertemu Nik Abdul Aziz pada pertemuan tidak rasmi itu.

Katanya, Majlis Syura Ulama PAS tidak sepatutnya berpegang teguh dengan pendiriannya kerana ia bercanggah dengan pendirian pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Karpal Singh berkata, DAP tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS sebaliknya berpegang kepada pendirian yang diambil pakatan pembangkang selepas Penasihat DAP Lim Kit Siang, Abdul Hadi dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR, bersetuju bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh orang bukan Islam.

- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.