Sunday 3 February 2013

Panas !!! Suami tak bantah pakej urut batin

Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ 
dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak 
sampai melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah 
pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami 
tiada pendapatan tetap.
Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur 
ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.



Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan 
urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata 
untuk mendapatkan pulangan lumayan.
Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan 
seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, 
baru-baru ini.
sumber : mymetro

No comments:

Post a Comment