Tuesday, 2 July 2013

Hujah berfakta : @UnitMediaBaru (UMB) bukan pasukan 10 orang blogger yang pandu BMW



Ada orang bertanya kepada saya, mana lebih baik RM 10 juta untuk 10 orang blogger atau RM 100,000 untuk 100 orang facebookers? Jawapan saya, jika 5 tahun dulu mungkin RM 10 juta untuk 10 orang blogger, tetapi selepas PRU13, mungkin lebih baik RM100,000 untuk 100 orang facebookers tanpa menafikan blogger juga masih ada peranan dalam pertempuran siber hari ini.

Kenapa?
Sumber : 

Zaman sudah berubah. 2008 adalah era kegemilangan blog dan portal media, tetapi 2013, medan tempur sudah beralih kepada media sosial.

Sebab itu bila BN memberi terlalu banyak perhatian kepada blogger dan portal berita, akhirnya  kesemua blogger dan portal media ini rupanya gagal menyaingi kelicikan dan penipuan 3,000 orang tentera berbayar Red Bean Army, baik blog dan portal bahasa Melayu, mahupun portal dan blog bahasa Inggeris, apa lagi jika blog tersebut hanya menyumbang kurang daripada 5 artikel sepanjang tempoh kempen PRU13.

Ia bukan kegagalan satu kumpulan, tetapi kegagalan sistemik dinosour-dinosour yang  merasakan bahawa kita masih bertempur dalam tahun 2008. Jangan tuduh satu-satu kumpulan sahaja yang gagal. Muhasabah dan nilai sendiri perhatian yang telah pemimpin dan bekas pemimpin BN berikan kepada kita semua walaupun ada di antara kita yang menolak daripada dilabelkan sebagai ahli UMNO dan BN. 

Itu adalah mukaddimah tentang satu lagi artikel yang akan ditulis dalam masa terdekat. Ini pula adalah siri ketiga artikel tentang Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO bagi membetulkan kekeliruan pihak yang mempunyai salah tanggapan tentang UMB akibat serangan pihak yang diarah menyerang UMB.
Apakah falsafah UMB?

Menyokong UMB bermaksud menyokong penggiat media siber pelbagai platform, terutama yang tidak diberikan perhatian oleh kepimpinan parti.

Bermula sebagai kumpulan kecil blogger, facebooker, penggerak multimedia kreatif yang sudi bergerak di bawah platform Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, jumlah penggerak UMB bertambah dari satu tahun ke tahun kepada satu organisasi yang disertai oleh oleh 49 blogger dan aktivis media sosial sepenuh masa dan 175 orang blogger dan aktivis media sosial yang membantu secara sambilan di seluruh negara. Di bawah BNYCT, UMB turut dibantu oleh hampir 1,000 orang sukarelawan siber.

UMB mempunyai pasukan siber di Pulau Pinang, Kedah, Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya. UMB lebih banyak memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang walaupun di negeri tertentu, penggerak UMB tidak mendapat sokongan yang baik daripada pemimpin dan agensi negeri tersebut.

UMB mengendalikan organisasi multi-platform yang terdiri daripada pengendali blog, portal, facebook, twitter, saluran you tube, radio internet, live streaming, multimedia kreatif dan penggerak operasi khas.

Anggota UMB berpengalaman mengendalikan operasi Pilihan raya Kecil Manek Urai, Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 di peringkat pusat, negeri Pulau Pinang, negeri Kedah, Wilayah Persekutuan, P125 Putrajaya dan P146 Muar

Anggota UMB juga berpengalaman mengendalikan operasi khas seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0, 901, KL112, Sambutan Ambang Merdeka PR, Himpunan Lynas, Himpunan Hijau, Perhimpunan Agung UMNO, program-program, konvensyen dan muktamar parti pembangkang.

Selain itu anggota UMB berpengalaman mengendalikan dan membantu kempen seperti Persidangan Meja Bulat PTPTN, Tweet Merdeka, 1M4U, Himpunan Sejuta Belia dan Himpunan Jutaan Belia, Peluasan Penggunaan Twitter.

Anggota UMB turut berpengalaman membantu hebahan dan gerak kerja mahasiswa dan Pilihan Raya Kampus.

Blogger dan aktivis media sosial UMB juga mempunyai berpengalaman mengendalikan latihan latihan siber. 

UMB berusaha melahirkan seramai mungkin aktivis siber kerana berpendirian perang siber tidak boleh dimenangi hanya oleh 10-15 orang blogger elit dan terpilih semata-mata. Lebih ramai yang tahu, lebih bagus walaupun tahu, jika lebih ramai pejuang siber dilahirkan, akan ada lebih banyak persaingan.

Selain latihan, UMB turut menjalankan program-program pendampingan seperti Tweet-Up, Teh Tarik dan Coffee Corner.

UMB juga mempunyai pengalaman membantu latihan dan operasi jentera komponen BN Sarawak semasa PRN Sarawak dan jentera Pergerakan Pemuda parti komponen semasa PRU13.

UMB berterima kasih dan menghargai perhatian pemimpin tertinggi yang menjadikan UMB sebagai salah kumpulan dari sejumlah kumpulan yang membantu operasi war-room siber BN dalam  PRU13.

Jelasnya, berdasarkan perjalanan perjuangan UMB, UMB bukan tentang hanya 10 ke 15 orang blogger, sebaliknya kumpulan yang tidak lokek berkongsi ilmu dan peranan dengan seramai mungkin aktivis media siber asalkan mereka sanggup bekerja di bawah KPI dan peraturan yang ditetapkan oleh UMB. Walaupun begitu. saya akui, ada kalanya, sebagai blogger atau cybertrooper, adakalanya mereka terlupa dan terlanggar peraturan sedia ada.

Mereka ini merupakan pasukan penggerak di negeri-negeri yang pernah bernaung di bawah UMB sepanjang tempoh PRU13.


Terima kasih atas khidmat yang telah diberikan untuk UMB, ada yang sejak 2009 lagi. Terima kasih juga kerana sanggup bersusah payah bersama UMB walaupun tahu anda tidak mungkin dapat memandu kereta mewah ataupun bertukar kereta baru dengan compensation yang diberikan oleh UMB.

KK : Terima kasih kepada UMB yang pernah mengajar dan memberi bimbingan kepada KK. Jasa dan pengorbanan warga UMB amatlah di hargai dalam membantu kemengan BN di Negri Kedah. kepada MC dan rakan dalam TMK jommmmm kita teruskan perjuangan  dan memberi "kompas" kepada pemimpin di kedah........

#Parlimen2013 :@azalina 'guna' khidmat @rafiziramli untuk menentang Shahrizat Abdul Jalil.


Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai Umno terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang boleh membantunya.       

Azalina pada Jumaat lepas dilaporkan mengakui kesediaannya untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno itu pada Pemilihan Agung Umno hujung tahun ini, membayangkan pertembungan sengit bagi merebut jawatan tertinggi sayap parti itu.

Ini memandangkan Shahrizat turut mengesahkan hasrat untuk mempertahankan jawatan itu yang dimenanginya pada 2009, selepas berdepan pertandingan hebat ketika menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Shahrizat sebelum ini "terpalit" dalam kontroversi NFC (National Feedlot Corporation) kerana perbadanan itu diterajui suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan ironinya kontroversi itu meletus setelah Rafizi membuat beberapa pendedahan berkaitan NFC.
Dalam pada itu, Azalina yang terkenal dengan sikap tegas dan lantang turut membidas cubaan anggota Parlimen pembangkang untuk mempolitikkan isu bantuan kerajaan kepada rakyat.

Kali ini dakwaan Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bahawa kerajaan tidak memberi layanan sama kepada rakyat di negeri pembangkang berbanding yang ditadbir Barisan Nasional (BN) ditempelak Azalina dengan menyifatkan anggota Parlimen itu "lambat faham".

"Pada Kota Bharu (Takiyuddin), saya ingin menyebut duit BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang diberi oleh kerajaan BN, tidak kisah rupa, sokongan politik, jantina...asalkan dia (rakyat) tidak mampu (mengikut syarat kelayakan), kerajaan bantu.

"Saya sebagai wakil rakyat BN tidak pernah bertanya penerima BR1M sama ada dia sokong Umno, Pas, DAP atau PKR. Semua rakyat disamakan asalkan rakyat itu memerlukan bantuan. Jadi Kota Bharu, saya minta maaflah, mungkin kefahaman Kota Bharu ini agak lambat setahun," katanya.

Malah, Azalina secara sinis berkata Takiyuddin juga mungkin tidak mendengar perbahasan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh), minggu lepas yang menyebut bahawa Kelantan di bawah pentadbiran Pas, mendapat agihan peruntukan lebih tinggi daripada Kerajaan Persekutuan berbanding negeri-negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN). - Bernama

KK: kahhh..kahhhh Ramfizi memang patut 'dilembu'kan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Monday, 1 July 2013

"'Saya ada ramai teman lelaki' dan banyak kali sudah...... ?" @inspirasiilami

"sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak "

'Saya ada ramai teman lelaki'

" saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah 
banyak kali melakukan hubungan seks"



" Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.



“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.


"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.


Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.


Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.


Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.  


Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.


Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.


Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.


“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.


"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.


Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.


Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur. 


Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama." 

penyelesaian...

Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan seperti kata-kata perumpamaan ini "jika kita berkawan dengan anak penjual minyak wangi akan mendapat bau wangi tapi kalau kalau kita berkawan dengan anak penjual kambing kita akan mendapat bau busuknya" atau berpunca pada sikap diri sendiri yang mencuba sesuatu benda baru tapi memikirkan kesannya pada diri kita. Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain masalah ini tidak selesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama antara kita seperti kata perumpamaan ini "bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh". Oleh itu hendaklah kita bekerjasama sesama kita tanpa perlu menunding jari antara kita.

Hebat !! @UstazAzharIdrus JADI CALON #PRKBESUT ? #UAI


Inilah manusia yang ketika ini yang paling mencuri tumpuan apabila Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang ura-uranya bakal dicalonkan PAS untuk bertanding disitu. Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut




SEJAK kerusi DUN Kuala Besut kosong beberapa hari lepas setelah kematian penyandang kerusi itu, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar akibat kanser dan komplikasi paru-paru, beberapa nama telah disebut-sebut akan dicalonkan di kawasan tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan.
Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan.
Pencalonan UAI ini (kalau benar) memang satu berita yang sangat kita nantikan.  Cuma masalahnya, UAI tidak berminat dengan politik, malah menolak untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas atas tiket PAS, atas alasan yang beliau sendiri sahaja faham.
Menurut sumber yang dekat dengan penceramah popular tersebut lagi, UAI tidak mahu menerima nasib yang sama seperti beberapa orang penceramah sebelumnya yang hilang karisma setelah menceburkan diri dalam politik.
Antara yang dimaksudkan ialah Ismail Kamus, Harun Din dan beberapa orang yang lain lagi.
Itupun kalau menang, kalau kalah?  Sumber yang sama turut mengatakan UAI beranggapan dia tidak mampu untuk pergi  lebih jauh dalam politik dan lebih selesa mencari makan dengan berceramah ke seluruh Negara.
Begitupun, beberapa pimpinan tertinggi PAS Terengganu dan Pusat, dikatakan telah/akan berjumpa dengan UAI untuk memujuknya menjadi calon PAS di Kuala Besut, berikutan kawasan tersebut yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO.
PAS mengharapkan kepada populariti UAI untuk setidak-tidaknya mengurangkan majoriti 2,434 yang diperolehi Allahyarham Dr. Rahman dalam PRU13 yang lepas.  Bagaimanapun, perkara itu (mengurangkan majoriti BN) juga bermaksud UAI dipaksa menghadapi kemungkinan untuk kalah.
Cuma persoalannya sekarang, adakah UAI bersedia mengorbankan statusnya sebagai penceramah terkenal untuk semata-mata mengurangkan majoriti BN (bersedia untuk kalah)?
Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS Terengganu untuk memujuk UAI menjadi calon PAS di Kuala Besut. Sumber
KK : Ustaz ni... HEBAT sehebat kuasa KUDAnya

Terkini !! Keadaan Bekas MB Kedah Azizan Razak. #HanyaDikedah

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP
"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP

GEORGETOWN - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menziarahi bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih dirawat di Unit Rawatan rapi
(ICU) Hospital Pulau Pinang  (HPP) di sini.

Gambar : - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi oleh isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (kanan) semasa baginda berkenan melawat Tan Sri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Baginda yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus tiba di HPP pada 11.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad ICU itu.

Ketibaan Tuanku Hajah Haminah disambut isteri Azizan, Puan Sri Faekah  Sheikh Hamzah dan anak-anaknya.

Sementara itu, anak Azizan, Rahmah, 33, berkata bapanya memberi respons dan sentiasa senyum selepas Tuanku Hajah Haminah bertanya khabar beliau.

"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Rahmah berkata mereka sekeluarga tidak bercadang memindahkan bapanya ke hospital lain kerana pasukan perubatan HPP menasihatkan supaya beliau dirawat di situ sehingga sembuh sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Dari segi perkembangan kesihatannya, ia bertambah baik namun masih  dipantau rapi doktor di sini. Ingatan ayah juga masih kuat dan kenal sesiapa yang melawatnya," katanya.

Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Limau,  menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan yang juga, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah melepaskan jawatan  Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Antara pemimpin yang telah melawat Azizan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak Datuk  Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

GEMPAR !! Mat Sabu bakal dipecat dari PAS #TolakPR #HanyaDiKedah @inspirasiislami



Mat Sabu adalah pemimpin yang akan dan akan pecat dari menjadi ahli PAS sekiranya PAS betul-betul telus melaksanakan hukuman tegas ke atas ahlinya jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Mat Sabu terkenal antara pemimpin tertinggi gerakan Syiah di Kedah, dan rangkaian Syiah itu dikatakan berkembang agak pantas setelah PAS memenangi negeri Kedah serta Mat Sabu mendapat jawatan Timbalan Presiden parti. 5 Ciri-Ciri Penganut Syiah 

Ini kerana orang-orang yang waras tidak mungkin 'mampu' mendengar ceramah kosong dan lawak bodoh Mat Sabu lebih dari lima minit. Namun, inilah hakikatnya parti PAS, iaitu dianuti oleh orang-orang yang kurang waras belaka.

Video !! VIDEO Kekejaman Rejim Syiah

ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas (Syura), Zaharuddin Mohammad berkata, antara syarat menjadi ahli Pas ialah mesti berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
“Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,” katanya ketika menjawab pertanyaan peserta Forum Post Mortem PRU13 Menuju PRU14 diadakan di Komplek Pas Kedah di sini, kelmarin.

Sebelum ini, seorang pemimpin kanan Pas didakwa terbabit dengan ajaran Syiah, yang turut menjadi faktor kekalahan PR di Kedah.
Menurut sumber dalaman, Syura sudah memanggil pemimpin berkenaan untuk membuat pengakuan sama ada terlibat atau sebaliknya dengan Syiah.

Beliau berkata, beberapa hari lalu pemimpin itu sudah menandatangani surat pengakuan bahawa tidak terbabit dengan sebarang aktiviti Syiah seperti yang diuar-uarkan.

Kerajaan negeri sebelum ini memohon kerjasama golongan ulama dan masyarakat setempat dalam menangani isu penyebaran ajaran Syiah yang berlaku di negeri ini.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, semua pihak perlu memainkan peranan kerana ia merupakan ancaman terbesar akidah yang harus dikekang.

Menurutnya, golongan ulama lebih arif untuk mengenal pasti individu terlibat dan maklumat itu boleh dijadikan panduan agar orang ramai lebih berhati-hati manakala pusat pengajian agama diminta menyalurkan maklumat mengenai penyebaran ajaran itu jika dikesan di kawasan mereka.

kk : Looohhhh !!! PAS yang sesat dan menyesatkan..

Rumah @Khairykj dirompak.


Rumah Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Jalan Setiabistari, Bukit Damansara dipecah masuk tiga pencuri pada tengah hari Sabtu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata dalam insiden yang berlaku pada pukul 5.30 petang, suspek memasuki rumah Khairy dengan memanjat tembok pagar dan kemudiannya masuk mengikut pintu hadapan yang tidak berkunci.

Trio berkenaan menaiki kereta Proton Waja. "Menteri dan isterinya tiada di rumah dan hanya tinggal pembantu rumah beliau ketika kejadian berlaku.

"Pembantu rumah berkenaan sangat takut untuk berbuat apa-apa. Dia hanya mampu melarikan diri dan bersembunyi dalam bilik utama," kata Ku dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata jumlah kerugian masih disiasat.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno turut mengesahkan insiden berkenaan pada laman sosial Facebook miliknya pada Ahad, serta merakamkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakanya kerana prihatian dengan kejadian tersebut.

"Syukur tiada siapa yang cedera, saya menyerahkan isu ini kepada pihak polis.

"Insiden ini satu peringatan kepada semua bahawa jenayah merupakan satu masalah yang seirus di negara kita. Ia merupakan isu yang benar dan bukannya persepsi semata-mata," katanya.

Sumber Mstar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.