Tuesday, 30 July 2013

Joseph Maary Tunjuk Isyarat Apa tu ? @PDRMsia #rakyatnews


Isteri tahanan lokap N. Dharmenderan yang mati dibunuh, Joseph Maary (kiri) kelihatan berang terhadap tertuduh Inspektor S Hare Krishan yang didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, Selasa atas tuduhan membunuh Dhamendran pada 21 Mei lalu.

Sebelum ini, polis menjejaki Hare Krishnan selepas gagal hadir bertugas sejak 15 Jun bagi mendapatkan kenyataannya berhubung kematian Dhamendran di lokap Cawangan D9, Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Pada Isnin, pegawai polis itu menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama peguamnya selepas dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes kematian Dharmendran. Tiga lagi anggota polis yang terbabit dalam kes itu didakwa di Mahkamah Majistret bulan lalu.

Mstar

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#HinaIslam: Kalimah syahadah pada Risalah iklan Courts Mammoth dicetak terbalik. @inspirasiislami #rakyatnews


Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di sini, sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu. cerita ni berlaku kat Kuantan

Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.

Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai.

"Kami tidak mengetahui kaligrafi tersebut dicetak secara terbalik kerana menyangka hanya kaligrafi biasa, sehinggalah dibaca melalui cermin, barulah jelas kelihatan satu kalimah syahadah.

"Kami begitu menghormati kalimah tersebut dan langsung tiada niat mempersendakannya, kerana itu kami tidak lagi mengedarkannya kepada pelanggan," katanya ketika disoal siasat pegawai Jaip, di sini, semalam.

Katanya, mungkin hanya sesetengah pelanggan mempunyai risalah tersebut kerana Courts Mammoth sempat mengedarkannya pada hari promosi bermula.

"Namun mungkin ada yang menerima risalah tersebut daripada pengedar kami yang sah menghantar dari rumah ke rumah," katanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Mohd Anis Mohd Azmi berkata, Jaip turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai bahan cetakan iklan mengandungi kaligrafi secara terbalik itu menyimpannya sahaja.

"Walaupun risalah iklan itu salah disebabkan sengaja atau tidak ketika dicetak, ia sama sekali tidak boleh diedarkan, namun mereka yang memiliki juga jangan membuangnya.

"Jika mereka yang memiliki risalah tersebut bertindak membuangnya merata-rata, ia boleh dianggap satu penghinaan kerana tertera nama Nabi Muhammad SAW," katanya.


Justeru itu katanya, Jaip akan berurusan terus dengan ibu pejabat syarikat Courts Mammoth untuk mendapatkan maklum balas lebih tepat serta perbincangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Sumber.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 29 July 2013

Jangan nak' bermimpi "Miss Word" di tunjukan jalan keluar. @inspirasiislami #rakyatnews #HinaIslam


Jika sebelum, Peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'Sara Amelia Bernard salah seorang peserta, mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali telah memaklumkan kepada penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim bahawa empat finalis yang beragama Islam tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Menurut Lim, Che Mat telah memanggil beliau untuk memperjelaskan mengenai undang-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan. Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

"Keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih," kata Lim.

"Peserta-peserta lain gembira dan ceria. Mereka sudah pun memulakan program Miss Malaysia World," tambahnya.

"Sedih bila mendapat tahu bahawa keempat-empat mereka tidak dapat menyertai pertandingan ini. Mereka cantik dan mempunyai banyak ciri yang berpotensi. Mereka mempunyai peluang untuk menjadi duta bagi negara kita," kata Lim.

"Saya berharap mereka dapat mempertimbangkannya semula sekiranya terdapat kemungkinan terdapat sebarang perkara yang boleh dilakukan," kata Lim.

Lim berkata, finalis yang digugurkan daripada program Miss Malaysia World itu bagaimanapun dijemput sebagai tetamu bagi acara berkenaan.

KK : cuma nak sarankan jer... Jangan nak ambil 'port' plak Dato' kalau dah cantik banyak lagi kerja dan aktiviti yang boleh dilaakukan bukan setakat sertai miss word tu jer... Banyak lagi peluang pekerkaan. Gunakan anugerah kecantikan yang dikurniakan tu..agar tidak melanggar garis panduan sebagai seorang muslim.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lagi Kes Tembak : "Malaysia sudah hendak jadi macam selatan Thailand " #rakyatnews


Inilah nilai harga yang perlu dibayar, apabila kerajaan memasuhkan ISA dan akta Hasutan salah satu punca berlakunya jenayah berat. Akta yang sepatutnya menghalang pebuatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara dan orang awam.

Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta.

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.

Walaupun kedua-dua akta terserbut telah digantikan serta penambahbaikan dilakukan namun penguatkuasaan serta masih lagi lemah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menjijikan !! Pasangan GAY mohon restu di #fb @inspirasiislami #rakyatnews


Inilah remaja melayu yang berani meminta izin di facebook agar hubungan sejenis yang jijik mereka di restui oleh masyarakat mungkin mereka tidak tahu jika undang-undang islam dilaksanakan jika mereka di tangkap melakukan sex ala gay diorang maka hukumnya dibunuh kedua-dua sekali.

Tidak hairan mengapa pasangan ini berani 'meraung' di laman sosial dan mendedahkan hubungan mereka. Kerana di Malaysia ada seorang 'Mr Mansuh' ataupun dikenali juga dengan al-juburi. Kenyataan-kenyataan media yang dibuatnya seperti ketika disoal wartawa di luar negara disini .Kita tidak boleh menganggap undang-undang Kuno itu sebagai relevan. Kita harus mengkajinya semula. Antara kata-kata yang diluahkan Anwar dalam ucapannya. Jika diperhatikan dalam video tersebut.

Walaupun samar-samar sudah cukup untuk membuktikan bahawa Anwar adalah seorang tokoh LGBT dan sememangnya seorang biseksual dan homoseksual.

Janganlah kita hendak menyokong mereka yang homoseksual (gay) ini. Walaupun nafsu serta keinginan mereka begitu. Tetapi ia berdosa besar.

KK : Kembali ke jalan yang benar.... Jangan diikut nafsu sonsangtu...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#ramadhan : "Warkah Sadis Guru Besar SK Seri Pristana" . Pemfitnah tetap dimaafkan. #rakyatnews #demirakyat

Mohamad Nasir Mohd Noor

Maksudnya : 

Daripada Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW :” 7 golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH SWT pada hari tiada naungan melainkan di bawah naunganNYA, Iman yang adil, pemuda yang hidupnya di dalam ibadah…” 

(Riwayat Imam Bukhari) 
Memaafkan dan ihsan terhadap perbuatan keji orang lain terhadap kita. Para pemimpin biasanya terdedah kepada pelbagai kecaman dengan beraneka ragam manusia. Selalunya gangguan dan serangan ditujukan kepada orang yang dipimpin melalui diri pemimpin. Jadi, wajiblah pemimpin menghiasi dirinya dengan sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan asalkan tidak membawa kepada kerendahan, kehinaan ataupun kerosakan yang menimpa maslahat syariat. 


Klik disini : Gempar #ramadhan: Pelajar Makan dalam 'Tandas' Gambar tersebut pertama kali dimuatnaik di Facebook oleh Guneswari Kelly, ibu kepada salah seorang murid dan kemudiannya disensasikan oleh blog.

WARKAH DARIPADA GURU BESAR SK SERI PRISTANA : 

En Mohamad Nasir b. Mohd Noor.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan-rakan fb semua..

Terlebih dahulu saya rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada kalian yang menyokong serta menyuntik semangat dan azimat dalam isu terhangat kini kononnya saya telah memaksa murid-murid bukan islam makan di dalam tandas semasa bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tiada siapa pun dapat menghalang lidah-lidah manusia menghamburkan kata-kata di laman-laman fb dan twitter bagi menghentam dan mengutuk saya semahunya berhubung isu dan kemelut tersebut.

Setelah beberapa ketika saya menyepikan diri bagi mengubati hati yang terhiris luka angkara fitnah dan tomahan yang melanda akhirnya saya terpaksa keluar dari kepompong dan persembunyian bagi menghargai perjuangan murni rakan-rakan fb yang telah menghidupkan semangat saya setelah mati seketika.

Tetiba saya dikejutkan oleh kelahiran Laman Kami Menyokong Encik Mohamad Nasir b. Mohd Noor : Headmaster of SK Seri Pristana di dunia maya oleh kumpulan yang amat prihatin terhadap kemelut dan dilema dihadapi."Rohku bagaikan kembali kepada jasadnya". (TERIMA KASIH KEPADA PENGENDALI LAMAN INI)

Kepada pelayar-pelayar fb yang menghentam dan mengutuk habis-habisan, anda semua tetap dimaafkan kerana anda semua tidak pernah pun berada di lokasi ini(SK Seri Pristana) untuk melihat dgn mata kepala anda sendiri apalagi untuk membuktikan situasi dan kronologi yg berlaku sehingga kini.

Anda mungkin mendapat info yang tidak tepat, mengelirukan dan salah sama sekali.Barangkali info yang diberi oleh orang yang menyebarkannya adalah dari sumber yang salah atau orang yang berkepentingan diri.Sandainya lidah-lidah yg menghentam dan memfitnah tidak mahu berhenti sampai bila-bila sekalipun(hembusan nafas yang terakhir) fikirlah sehabis baik...................

(i)Pastikah anda mempunyai kesempatan untuk memohon maaf kepada 1350 orang murid-murid beragama islam di SK Seri Pristana?

(ii)Pastikah anda boleh berjumpa dan memohon maaf kepada 80 orang warga pendidik di SK Seri Pristana sebelum anda menghembus nafas terakhir?

(iii)Bolehkan anda memohon maaf ibu-bapa dan penjaga murid-murid SK Seri Pristana atas keterlanjuran dan mengaibkan maruah ibu-bapa dan penjaga yang menghantar anak di sekolah ini?

(iv)Anda semua tidak perlu menemui saya untuk memohon maaf.Saya sudah maafkan anda semua.

Kepada isteri dan anak-anakku. Ku Najiha Ku Jaafar, Syahril Da Rocha(Melbourne), Mohd Syukrinazren(Cyberjaya), Farah Asyikin(London), Suhaimi Nasir(Egypt), Faziera Diana(Jordan) dan Farina Alisya. Bersabarlah menghadapi dugaan dan sesamalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar ditunjukkan kebenaran.

Saya memohon maaf jika kandungan warkah dan peringatan saya di atas menyebabkan perasaan anda terhiris serta terguris. Semoga ALLAH SWT memberi keampunan dan berkat sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.Mudah-mudahan kita jugak akan mendapat syafaat junjungan Nabi Muhammad SAW.Sekian wabilahitaufik wal hidayah wa'assalamualaikum w.b.t......................

KK : Menjadi seorang Pemimpin harus bijaksana dan tidak pilih kasih serta tidak mudah percaya dengan lingkungannya dan harus mempunyai prinsip ke Imanan yang kuat.

Sunday, 28 July 2013

Gempar !! FINAS "egen" KOMUNIS Tahniah Kerajaan #1Malaysia @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @ZAHID_HAMIDI




Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya. 

Trailer filem yang wajib dibatalkan :



Bukan sahaja Astro Shaw tidak sensitif tetapi produksi filem itu juga sangat meragukan.Namanya ialah Yellow Movie Sdn Bhd. Baca seterusnya kat sini

 filem komunis

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.

Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

 
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Filem Tanda Putera  mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah  tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat.  Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka nasal usul mereka sumber kat sini

MAKIN LONGGAR DAN LALAI 
PEMIMPIN MELAYU SEKARANG !!!!!