Monday 29 July 2013

Lagi Kes Tembak : "Malaysia sudah hendak jadi macam selatan Thailand " #rakyatnews


Inilah nilai harga yang perlu dibayar, apabila kerajaan memasuhkan ISA dan akta Hasutan salah satu punca berlakunya jenayah berat. Akta yang sepatutnya menghalang pebuatan jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara dan orang awam.

Pengasas AmBank Group Ditembak Mati Di Tempat Letak Kereta.

Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta di sini pada petang Isnin

Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat.

Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon di sini.

Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.

Beliau ditembak di bahagian dada dan bahagian rusuk kiri, dan mati di tempat kejadian manakala isteri beliau menerima kecederaan di lengan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai kemeja lengan panjang dan berseluar coklat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan Hussain merupakan pengasas AmBank Group.

Walaupun kedua-dua akta terserbut telah digantikan serta penambahbaikan dilakukan namun penguatkuasaan serta masih lagi lemah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. kenapa x salahkan org india bila melayu mati dekat kuil?

    klau india mati di masjid confirm bising rasis. rasis

    ReplyDelete