Semua
sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka
pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan
sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk
berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan
sekitar minggu lalu.
Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak
tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan
Thailand sebagai jalan mudah.
“Ya saya
bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah
di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah,” ujar Abby Abadi
berterus terang kepada Harian Metro.
Dalam
pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat
naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya
dengan caption berbunyi :
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.
Abby juga menyagkal dakwaan beberapa blog PRO UMNO yang menyatakan suami beliau merupakan dari kalangan pemuda UMNO.
Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di
Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin
negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar
rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.
Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?
Ulama kan pewaris Nabi, apa salahnya saya mohon doa dan keberkatan dari mereka? Jauh beza TGNA dengan Pimpinan kerajaan yang korg agung2 kan tu..
No comments:
Post a Comment