Kita sudah lihat kesan dan akibatnya semasa
paska PRU13 dimana akibat takut kehilangan sokongan politik bukan Islam ada
pemimpin Islam sanggup mengadaikan akidah yg penting. Jangan hairanlah jika
pihak Vatican boleh memihak dgn puak DAP didalam hal ini. Bukan kah Lim guan
Eng sendiri berazam utk mengkeristiankan bangsa Cina dari ugama Buddhist
mereka?
Baru beberapa hari umat Islam di negara ini
melaksanakan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam yang ke-4, kita dikejutkan
dengan kenyataan wakil kedutaan Vatican di Malaysia yang menyokong penuh
langkah Gereja Katolik menggunakan kalimah “Allah”.
Uskup Agung Joseph Marino
dalam kenyataannya itu berkata, pihaknya bersetuju dan menyokong penggunaan
kalimah “Allah” di dalam kitab Bible di Semenanjung Malaysia sebagaimana yang
diperjuangkan oleh golongan Katolik dan Pakatan Haram sebelum ini.
Wah! Wakil Vatican sudah
bersuara di bumi Malaysia? Lagaknya bagaikan “Mursyidul Am” Pakatan Haram yang
sebelum ini begitu konsisten menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam
Bible? Tidak cukupkah perkara itu dibenarkan di Sabah dan Sarawak? Kini di Semenanjung
pula?
Sebagaimana yang kita tahu,
isu penggunaan kalimah “Allah” itu cukup sensitif dan sangat mengguris hati
seluruh umat Islam di negara ini.
PAS yang pada mulanya
menyokong penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible sebelum ini pun terpaksa
membuat “U-turn” di saat-saat akhir di ambang PRU ke-13 akibat takut kehilangan
undi umat Islam yang marah terhadap tuntutan yang dipelopori DAP dan Kristian
itu.
Tidakkah Marino tahu
tentang perlembagaan Malaysia sebelum bersuara?
Apa haknya untuk bersuara dan
mencabar perlembagaan negara kita?
Dia fikir Malaysia ini sebahagian dari
Vatican City, kah?
Saya tidak faham sama ada
ada mana-mana pihak yang sengaja “menjolok sarang tebuan” di sini. Siapa yang
gatal mulut untuk meminta Uskup dari Vatican itu untuk bersuara?
Pada saya, jika Marino mahu
bersuara sekalipun bagi pihak Kristian, dia patut bersikap adil dan sedar diri.
Dia tidak wajar untuk mencampuri urusan hal ehwal agama Islam dan perlembagaan
negara ini, khususnya tentang hal keistimewaan Islam di Malaysia.
Isu ini sangat sensitif.
Khabarnya sebuah gereja pernah dibakar akibat isu yang diperjuang oleh Ambiga,
Majlis Peguam dan beberapa pemimpin politik tertinggi DAP ini. Dan kini Marino
mahu menjadi sebahagian dari mereka?
Sedarkah Marino di mana dia
sedang bertapak sekarang?
Tahukah dia bahawa Malaysia ini majoriti penduduknya
beragama Islam, khususnya di Semenanjung Malaysia?
Tahukah Marino bahawa umat
Islam di negara ini sudah bertolak ansur berkenaan isu ini di Sabah dan
Sarawak?
Suku dari rakyat Sabah dan separuh dari masyarakat Sarawak beragama
Kristian, tapi umat Islam mampu bertoleransi di sana demi menjaga keharmonian
beragama di negeri-negeri itu.
Kini Marino mahu ia
dilaksanakan di Malaysia pula?
Sudah diberi betis, Marino mahu paha?
Apa Marino
fikir Kristian itu agama rasmi di negara ini?
Pada hemat saya, Marino
tahu tentang sensitiviti mengenai isu ini. Sudah tentu dia diberitahu
mengenainya.
Namun mengapa dia masih lagi mahu mencabar perasaan umat Islam dan
keistimewaan Islam di Malaysia?
Dia mahu bermain dengan “api”, kah?
Saya ingin mengingatkan
Marino bahawa dia bebas untuk mengamalkan Kristian di Malaysia. Itu haknya
sebagai penganut Kristian. Tiada halangan untuk itu. Tapi jangan sesekali
mencabar keistimewaan Islam dan mencetus api kemarahan umat Islam. Buruk
padahnya nanti.
Saya mahukan penjelasan
dari kedutaan Vatican itu bagi kenyataannya yang biadap itu. Jelaskan dan minta
maaf segera. Jika gagal, tak kiralah dia Uskup atau Pope sekalipun, dia wajar
dihalau pulang ke Vatican serta merta sebelum umat Islam di Malaysia “naik
angin”.
“Lakum dinukum waliyadin”.
Kristian boleh diamalkan di Malaysia, tapi jangan sesekali usik Islam dan
keistimewaannya di bumi Tanah Melayu ini. Noktah!
KK : Inilah akibatnya bila parti politik PAS bersama DAPigs dan PKR yang terang-terang
menyokong , malah pemimpin PAS sendiri yang menyokong orang kafir menggunakan
kalimah Allah.
No comments:
Post a Comment