Sei Ngan Chai |
Polis
telah mengenal pasti suspek utama di sebalik pembunuhan kejam pengasas bank,
Hussain Ahmad Najadi.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki itu,
yang dikenali sebagai Sei Ngan Chai, dipercayai masih berada di bandar.
Ku
berkata polis telah mengeluarkan satu gambar CCTV suspek.
Polis
turut menahan seorang pemandu teksi berusia 44 tahun, yang memandu kenderaan
tersebut untuk suspek.
Pada
Selasa, polis berjaya mendapatkan gambar suspek dari rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) berhampiran Lorong Ceylon dan Tokong Kuan Yin.
Pada
petang Isnin, Hussain Najadi sedang berjalan ke arah kereta dengan isterinya di
Jalan Ceylon, Kuala Lumpur selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah
di tokong berkenaan.
Seorang
lelaki kemudiannya datang dari arah belakangnya dan melepaskan beberapa das
tembakan ke arah mangsa.
Mangsa
rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, rakyat
Malaysia, Cheong Mei Kuen, 49, cedera di bahagian lengan.
Lelaki
itu kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya.
No comments:
Post a Comment