Puak Rafidhah (Syiah) Jadikan Selatan Thailand Sebagai Markas Penyebaran Agama Mereka.
Kegagalan
mewujudkan sebuah kompleks penyebaran dan pendidikan Rafidhah di Gombak,
ternyata tidak mematahkan semangat musuh Allah Taala dan Rasul-Nya itu.
Sebaliknya mereka yang cukup licik menipu, memperdaya dan menyelewengkan akidah
umat Islam menerusi pengakuan bahawa mereka adalah pencinta Ahlul Bait walhal
merekalah sebenarnya yang jadi pembunuh, berusaha mencari tapak lain yang lebih
bebas dan tidak terkongkong dengan undang-undang Malaysia.
Undang-undang
Malaysia tidak membenarkan fahaman Syiah dikembang-biakkan mahupun dianuti
kerana menyalahi mazhab Sunnah Wal Jamaah.
Seringkali
kalau berhadapan, puak Syiah akan cuba menunjukkan kejantanan dengan
bertanya, adakah Syiah sesat?
Sememangnya,
kesesatan itu hak Allah Taala. Tiada sesiapa yang boleh menyatakan orang lain
sesat melainkan telah nyata kesesatannya, tetapi kaedah dan amalan yang menjadi
darah daging Syiah sememangnya adalah untuk menyesatkan umat Islam daripada
jalan kebenaran dan meletakkan diri ke kancah neraka.
Undang-undang
di Malaysia tegas menghalang Syiah daripada berkembang biak secara
terang-terangan. Walaupun ada kalangan puak Syiah yang tidak lagi berselubung
dan berselimut dengan taqiyyah mereka, mendesak agar Malaysia mengiktiraf
fahaman sesat lagi menyesatkan itu, namun sehingga setakat ini, pihak berkuasa
masih tegas mempertahankan keputusan dan peraturan yang telah dibuat
berdekad-dekad lalu.
Syiah
sebenarnya tidak boleh diberi ruang walaupun seinci. Namun, berbanding UMNO,
Syiah sebenarnya lebih tertarik dan mudah menyusup masuk ke dalam PAS. Apatah
lagi di kalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri, taqiyyah juga merupakan
pakaian mereka semenjak dahulu kala. Penipuan, pembohongan dan pemerdayaan
terutama sekali yang membabitkan ayat-ayat al Quran sudah terlalu lama berlaku
sehinggakan pada suatu ketika, para pemimpin PAS tanpa ragu-ragu mengamalkan
budaya takfir terutama terhadap pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Sudah
tentulah gelagat dan tindakan itu amat kena dengan kehendak Syiah.Dan
sekarang, apabila diberitakan bahawa PAS diserapi dan menjadi sarang puak
Syiah, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan tegas menolak
kenyataan tersebut. Bahkan dengan bangga memberitahu, PAS akan memecat
mana-mana ahli yang mengamalkan mazhab Syiah.
Temberang
yang dilakukan oleh Tuan Ibrahim ibarat menepuk air ke muka sendiri. Bagaimana
seorang Ketua Penerangan tidak boleh tahu tentang ahli-ahli dan
pemimpin-pemimpin PAS yang berfahaman Syiah sedangkan buktinya begitu jelas dan
nyata?
Barangkali
kerana itulah, Syiah mengambil keputusan untuk ‘keluar’ dari Malaysia dan
bersarang di selatan Thailand iaitu di Wilayah Satun. Dengan menggunakan modal
sebanyak RM24 juta, Syiah sedang merancang untuk membina pusat pendidikan serta
penyebaran Syiah di seluruh Semenanjung.
Wang
yang nilainya begitu besar, dilihat mampu menarik perhatian umat Islam di Satun
dan wilayah selatan Thailand yang sekarang ini sedang berhadapan dengan
pergolakan politik dan pertumpahan darah.
Syiah
memang bijak mengambil kesempatan. Asal ada peluang, mereka pasti akan
menyusup. Selama berabad-abad, Syiah telah meracuni pemikiran dan kefahaman
agama Islam. Selama berdekad-dekad juga, Sirah Nabawiyyah telah dipalsukan
untuk memberikan cerminan negatif kepada Junjungan Mulia s.a.w sehinggakan
hampir semua orang percaya bahawa Nabi s.a.w mengahwini Syaidatina Aisyah r.a,
pada usia Ummul Mukiminin itu baru menginjak 6 tahun. Kisah-kisah palsu oleh
Abu Ishak telah diterima secara terbuka oleh umat Islam sebagai sejarah Nabi.
Bahkan
terlalu ramai yang mempercayai bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh
tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala sedangkan catatan sejarah yang sama juga
membuktikan bahawa Syaidina Hussin r.a telah dibunuh oleh kaum Syiah di Karbala
sehingga kepala cucunda Rasulullah s.a.w itu dipenggal.
Bayangkanlah
apabila puak Syiah mempunyai markas terbesar di Asia Tenggara di Satun…
bayangkanlah kemusnahan yang bakal mereka lakukan, terutama apabila mereka mula
terbabit secara langsung dengan pertumpahan darah di selatan Thailand dengan
alasan, kononnya membantu umat Islam, padahal secara hakikatnya, Syiah tidak
pernah membantu umat Islam, bahkan mereka membantu Zionis dan Yahudi untuk
membunuh umat Islam sepertimana yang berlaku di Syria dan beberapa negara Timur
Tengah yang lain.
Sebab itulah keganasan semakin menjadi-jadi di Selatan Thailand. Yang banyak mati dibunuh 'puak pemberontak' adalah di kalangan guru-guru agama, pelajar-pelajar pondok dan di kalangan umat islam pattani yang berfahaman ahli sunnah wal jammah.
ReplyDeleteAdakah ini kebetulan atau konspirasi?
Cegah sebelum parah!