Friday 19 July 2013

Gempar !! Guru Dalam Perjalanan Ke Sekolah Maut Ditembak Di Kulim. @PDRMsia @Zahid_Hamidi #parlimen @NajibRazak


Inilah yang disuarakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah. polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Tindakan penjenayah yang semakin berani umpama 'kebal' dari undang-undang. Kini kita sering di dendangkan serta ditontonkan aksi ganas penjenayah. Semalam satu lagi kes tembakan berlaku di Kulim.

KULIM: Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.
Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.


"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya. -BERNAMA

Sebelum ini dilapor, susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah.

KDN jga turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa.
"Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh,"

Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baharu menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkansenjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjata api. Sumber


KK : Member aku cakap 'Baik tak payah ada POLIS kat Malaysia.. Kalau POLIS tak diberikan KUASA. Kalau setakat disuruh buat kerja saman menyaman jer kot.....baik tak payah!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Tengku Bapa Kemerdekaaan.Tun M bapa Permordenan.Ah jib gor.Bapa Perbapokan&Pemansuhan.

    ReplyDelete