Pasangan Persenda Ramadan Tiba Di SKMM Beri Keterangan.
Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan
Vivian Lee, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Alivi' tiba di pejabat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul
Samad, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi Isnin untuk memberi keterangan
mengenai tindakan mereka memuat naik gambar yang mempersenda bulan Ramadan dan
umat Islam di negara ini.
Pasangan
yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di pejabat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul
Samad pada pagi Isnin bagi memberi keterangan.
Mereka
yang dikenali sebagai 'Alvivi' sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM
pada pukul 10 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi.
Pasangan
itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut
dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai.
Pada Khamis,
mereka memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat
Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan
menyelerakan' di laman Facebook mereka.
Tidak
cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Tindakan
itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana sikap mereka yang tidak peka
terhadap sensitiviti masyarakat Islam dan diberi amaran oleh SKMM.
Mereka
turut memadamkan posting tersebut selepas dikecam hebat dan memuat naik gambar
terbaharu mereka sedang menikmati ketupat, rendang dan karipap. [mstar]
[Komen Pembaca] Puak PR ni buta agama dan buta iman...sebab tu Allah tak izinkan mereka memerintah Malaysia. Satu kerja pun tak buat hanya menghasut dan menfitnah siang malam. Sengaja Allah nak bagi mereka menang sikit agar lebih banyak keburukan puak-puak songsang ni diperlihatkan. Jihad tetap jihad menghapuskan penipuan dan kejahatan fuckatan!!!
percayalaaa..cina sundal ni hanya akan di ambil keterangan kemudian di bebas kan...
ReplyDelete