Tuesday 23 July 2013

@ShamKamikaze tak perlu jadi macam @ustazharidrus #UAI bila berbicara. @TVALHIJRAH1


Seorang bekas artis berkumpulan yang merupakan pemain gitar terkenal Sham Kamikaze mula dihujani kata cacian oleh ramai pelayar siber yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut di dalam laman Facebook beliau.

Beliau dihentam kerana slot ceramahnya di TV Al-Hijrah yang dilihat langsung tidak sependapat dengan pandangan penonton setia rancang tersebut.

Sham Kamikaze yang mengisi slot tazkirah yang bertajuk "Hadiah Kepada Si Mati" telah mengemukakan hujjah bahawa amalan membaca Al-Fatihah atau bacaan Al-quran tidak sampai kepada Si mati.

"Tidak ada nas atau dalil pun yang menceritakan bahawa bacaan Al-Quran itu akan sampai pahalanya kepada si mati, jadi janganlah kita membuat kerja yang nabi tidak buat. Persoalan apabila kita mendapat berita kematian apa yang nabi buat? Nabi apabila mendapat berita kematian nabi mendoakan almarhum.."


KK : Berguru kepadang Datar, dapat rusa berkaki belang, Beguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment