Kejadian menghina Islam semakin menjadi-jadi dan semuanya seperti tersusun satu persatu selepas Alvin dan Vivian timbul pula perkara ini.
Kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan ia seperti tersusun dan dari satu episod ke satu episod umpama penghinaan bersiri.
Kali ini video kontroversi seorang lelaki meraikan Aidilftiri bersama tiga ekor anjing dengan berlatarbelakangkan audio Takbir Raya. Kat sini :-
Ia dikongsikan kepada saya oleh melalui mesej di Facebook oleh Kaz Kazukage juga seorang pengamal media sosial.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya kepada Bernama.
Apa-apapun tindakan paling 'kejam' harus dilaksanakan agar 'dajal' yang merosakan pepaduan kaum di Malaysia menerima pengajaran yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah hidupnya.
KK : 'biarkan sejarah hitam' menghantui pelaku dalam video ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment