Saturday, 28 December 2013

GEMPAR !! " #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Bakal di Gegarkan dengan BOM " @PDRMsia @KBAB51 @myberita #TURUN


Jika ini pilihan Rakyat Malaysia... Nasib lah kita semua yang cintakan keamanan dan kemakmurkan APAKAH KITA BAKAL SENASIB DENGAN MEREKA DI SELATAN THAI... MESIR ataupun menderita seperti Rakyat di Negara PLASTEIN.. berfikirlah secara waras dan logiknya.... gambar diatas sekadar hiasan jika situasi ini benar2 berlaku.

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

"
Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Sama ada email ini benar atau tidak , pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.

sumber: theunspinners 

" Cakap jer nak Dengar Denyut Nadi Rakyat " @NajibRazak @chedet_cc



kabinet

Tu dia....apabila penasihat bertauliah memberi nasihat secara free jer. Tak payah membazirkan berbilion ringgit pun.

Sepatutnya PM Menggunakan khidmat nasihat Tun M sebagai rujukan berhubung dengan Hal Ehwa Negara di samping menggunakan PEMANDU "lesen terbang" . Jika dilihatkan seolah-olah PM begitu mengikut telunjuk Punahsihat/PEMANDU sehinggakan sampai tak ambil tau langsung keresahan rakyat.

Apa yang lebih "menterujakan" sehinggalah bekas PM, Tun M memberikan "kata dua" berkenaan isu yang sedang hangat kini.


Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.


Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa Tun M memiliki otak yang genius. Otak Tun M seorang sebenarnya boleh menggantikan berpuluh-puluh otak penasihat yang dilantik Najib. Free jer, boleh jimat duit kerajaan. Idea pun boleh diterima pakai dan sudah tentu rakyat akan terima dengan senang hati. Sekarang ni, idea penasihat Najib @ PEMANDU kebanyakannya semua tak boleh pakai. Makin menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan adalah. {Copy dari komen pembacaca }

Friday, 27 December 2013

#TSUNAMI SEMAKIN PARAH !! PENYEBARAN FITNAH DAN BERITA TIDAK SAHIH DI #FB @myberita


Dua keping gambar diperoleh dari laman sosial Facebook yang menyaksikan seekor ikan paus telah terdampar di pantai.

Kelihatan anggota Bomba sedang membasahkan haiwan mamalia terbesar di dunia itu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.



Apa yang menarik mengenai penyebaran berita-berita sensasi sebegini adalah ianya bersumberkan entah dari mana hingga sukar menentukan kesahihan penceritaannya. Contoh adalah foto ini disebarkan oleh dua pihak dan kedua-duanya menyatakan kejadian ini berlaku di dua tempat yang berbeza. Seorang lapor di Kelantan, seorang lagi di Melaka.


Dan akhirnya persoalan ini terjawab apabila ini adalah gambar lama yang berlaku sekitar Ogos 2012 yang telah dilaporkan oleh laman blog Melvister.com

Imam Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi dipecat Dari Universiti Al-Azhar . @InspirasiIslami @myberita


Akademi Kajian Islam Universiti Al-Azhar Rabu lalu telah memecat seorang ulama terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. 

Dalam satu kenyataannya, akademi tersebut berkata Sheikh Yusuf Qaradhawi telah dipecat kerana beliau "telah dirujuk ke sebuah mahkamah jenayah, melanggar ideologi Al-Azhar dan mengeluarkan fatwa menghasut terhadap institusi-institusi negara". 

Minggu lalu, pihak berkuasa Mesir telah mengarahkan Sheikh Qaradhawi, bersama dengan 129 orang lain, termasuk presiden negara itu yang telah digulingkan, Encik Mohamed Mursi, dihadapkan ke sebuah mahkamah jenayah atas dakwaan kejadian lari dari penjara. 

Anggota akademi itu, Sheikh Mohamed al-Shahat, berkata keputusan untuk memecat Sheikh Yusuf Qaradhawi itu telah dibuat "sebulat suara" kerana pendirian ulama itu terhadap Al-Azhar dan Mesir, tanpa memberikan butir lanjut. - Agensi


Gambar #Meletop !! Selebriti Islam yang meraikan Krismas. BUDAYA @ HIBURAN. @BeritaHarian @abuaqifstudio

Hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka" - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

PERINGATAN yang diutarakan oleh Ustaz Fathul seperti yang telah KK siarkan paa minggu lepas. Umat Islam perlu berhati-hati dalam keghairahan untuk bersama-sama meraikan sambutan Krismas kerana dikhuatiri tindakan yang dilakukan bercanggah dengan adab dan etika Islam.

Perkara itu termasuk dari segi memakai pakaian Santa Claus dan ucapan Merry Christmas.
Pemahaman umat Islam berhubung perkara itu perlu ditangani dengan bijaksana memandangkan ada umat Islam berpendapat memakai pakaian Santa Claus atau memberi ucapan Merry Christmas tidak akan menyebabkan mereka menjadi kafir atau merosakkan akidah. Ini kerana ramai berpendapat tindakan itu sekadar untuk meraikan perayaan tersebut.

Bagaimanapun, Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, pandangan umum itu tidak betul kerana Islam mempunyai etika dalam pemakaian, sebab itu ada pakaian yang boleh dipakai dan sebaliknya.

"Memanglah memakai pakaian Santa Claus tidak akan membuat kita jadi kafir atau akidah Islam tergugat tetapi Islam mempunyai tatacara berpakaian.

"Sebab itu ada hadis nabi menyuruh lelaki Islam membela janggut bagi membezakan dengan Yahudi dan Majusi.

"Jadi, mengapa kita perlu menonjolkan pakaian yang bercanggah dengan etika Islam," katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sambutan Krismas yang diraikan secara besar-besaran di pusat membeli-belah sehingga ada dalam kalangan pekerja di kedai-kedai memakai pakaian Santa Claus atas alasan untuk memeriahkan sambutan perayaan itu.

Jelas beliau, walaupun umat Islam mempunyai niat yang baik untuk bersama-sama meraikan Krismas namun jika niat tidak selari dengan tindakan, lebih baik tidak melakukannya.

Nasihatnya, dalam apa-apa perkara pun, umat Islam mesti mendahulukan agama berbanding lain-lain.

"Jagalah nilai dan etika Islam, kalau sesuatu perkara bercanggah dan tidak diizinkan, janganlah melakukannya," tambah beliau.












VIDEO SULIT 3 Yang Haram Di Halalkan !! "Mengapa #Syiah tetapi tidak Agama Lain" @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @tv3malaysia #HanyaDiKedah

Syiah yang Disia-siakan

Bukan niatku untuk mengeji malah untuk mencaci sekadar melukut ditepi ganjang, menyebarkan kebenaran. Perkara ini sebenar sudah berlaku lama dalam "jemaah" yang kononya memperjuangkan Islam. pendedahan pertama   Video SULIT !! "Aku Bukan #Syiah" dan Video SULIT 2 !! " Benarkan Aku Perjuangkan Syiah " kini menyusul pulak video pendedahan mengenai Mat Sabu yang dikatakan tidak menunaikan solah jumaat semasa kempen PRK 13 Di Pendang, Kedah. Tidak menunaikan solat juamaat satu hal lah.... tetapi ini berkaitan dengan kepercayaan yang diamalkan olehnya.. 




Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

 

Ustaz Ashiq Elahi Md Desa merupakan pengasas Pondok Kobah Pendang dan merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS). Pernah menjawat beberapa jawatan dalam PAS sebelum ini dan termasuklah pernah menjadi jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS Kedah.

Bagai Mana untuk kita mengenai mereka :- 




Agama Islam adalah agama al-Haq, yakni agama yang benar. Umat yang menerima dan patuh kepada agama Islam adalah umat yang mulia dan diredhai Allah. Sebaliknya, jika mereka meragukan kebenaran Allah, mengubah peraturan dan hukum-Nya serta membantah firman-Nya, maka mereka adalah di dalam golongan orang-orang yang batil dan kebatilan itu pasti akan lenyap.

Akhir kalam untuk pendedahan siri 3 ini, nantikan Video 18Pl untuk tatapan penganut agama PAS....


Kecoh !! Laman Sosial Sebar Bakal Berlaku 'TSUNAMI' #FB @myberita


Sekeping foto sedang tersebar di laman Facebook yang mendakwa foto tersebut adalah gambar laut yang sedang bergelora di lautan Brunei.

Penyebar gambar tersebut juga mendakwa gambar tersebut diambil oleh kru helikopter.


Beliau turut mendakwa kerajaan Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami akan melanda dalam masa 36 jam.


Tiada Amaran Tsunami Dikeluarkan Agensi Jepun-Jabatan Meteorologi

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.


Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.


"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam Khamis.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami. "Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannyamenerusi media sosial. Lapor Bernama.