Wednesday, 29 January 2014
Rakyat bertarung untuk hidup, PKR bertarung rebut jawatan - PAS
Tetiba jer ada pilihanraya kecil. Tidak ada kematian dan tidak ada keuzuran. Sesaja jer letak jawatan untuk membolehkan pilihan- raya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain. Macam main – main jerr !
Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.
Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda.
Malang bagi ADUN Kajang yang mengabaikan amanah dan mempersiakan kepercayaan rakyat kepada beliau. Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untukmengkangkung-kan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung , kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.
Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang.
Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.
Lebih parah apabila tindakan yang dibuat langsung tidak dirundingi dan dibincang terlebih dahulu dengan rakan – rakan kompenan Pakatan Rakyat.
Langkah diambil bukan sahaja tiada keberkatan kerana mengenepi prinsip muafakat tetapi juga ia satu tindakan memudharatkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.
YB Nasarudin Hassan Al- Tantawi
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
Perlu peka dengan masalah penduduk, YB EXCO Negeri Kedah. @MukhrizMahathir -

Pengusaha kuari yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan seharusnya diambil tindakan tegas demi memastikan keselamatan dan ekosistem kampung terjamin.
Tuesday, 28 January 2014
Empat Cedera Lantai Rumah RuntuhKetika Angkat Mayat.
Empat orang cedera selepas lantai beranda sebuah rumah runtuh ketika sedang mengangkat jenazah di Kampung Karamunting, Sandakan dekat sini Selasa. (Gambar Hiasan)
Kesemua mangsa adalah lelaki berusia lingkungan 60-an dan terpaksa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Seorang penduduk kampung, Abdul Ghani Amat, 49, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mereka sedang mengangkat jenazah abang sepupunya yang meninggal dunia semalam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim.
Katanya ketika kejadian dia bersama beberapa lelaki lain yang mengangkat jenazah sudah melalui beranda rumah itu dan berada di tangga.
"Tiba-tiba lantai beranda rumah runtuh dan mereka yang masih berdiri di atas lantai itu dianggarkan 20 orang jatuh ke tanah," katanya kepada Bernama .
Abdul Ghani berkata empat orang mengalami luka setelah terkena serpihan kayu lantai yang patah dengan tiga daripada mereka dihantar oleh penduduk kampung ke hospital dan seorang lagi oleh ambulans.
Lantai beranda rumah itu runtuh disebabkan tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atas lantai dalam satu masa, katanya.
MEMANG LICIK MUSLIHAT "ABANG NON" @anwaribrahim #PRKDUNKajang @bn4prk
Sebelum ini alamat kediaman Anwar Ibrahim adalah di Bukit Segambut. Masa PRU, alamatnya di Cerok Tok Kun. Untuk PRK DUN Kajang pula, alamat Anwar Ibrahim berubah lagi.
Menurut sumber, petang semalam, Anwar Ibrahim telah menukar alamat kad pengenalannya ke alamat berikut:
Pertukaran alamat tersebut telah dibuat di JPN pada jam 2:00 petang 27 Januari 2014.
Alamat berkenaan merupakan alamat rumah bapanya yang juga merupakan Pengerusi IOI dan merupakan antara pemegang saham Bumiputera yang memperolehi kemudahan tersebut ketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan.
Siapa kata Anwar Ibrahim dipilih untuk menjadi calon, sebaliknya dia yang memilih dirinya sendiri dengan mengorbankan salah seorang ADUN PKR yang sekarang ini sudah pun berada di luar negara dengan jumlah upah yang tidak diketahui.
[ VIDEO ] EXCO Agama Negeri Kedah Buat Laporan Polis KES Sekolah Tahfiz AMAL / Raja Sakti Eksplotasi Kanak-Kanak. @PDRMsia @KBAB51 @MukhirizMahatfir @myberita
Exco Negeri Kedah mengadakan sidang media semalam dan berikutan itu
satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor
Setar, Kedah.
EXCO Agama Negeri Kedah, Dato' MD Rawi Abd
Hamid bersama Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy membuat laporan
terhadap Pusat Tahfiz Amal di Kedah kerana mengeksploitasi kanak-kanak.
Laporan itu memohon pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyiasat kegiatan pihak pengurusan Pusat Tahfiz Amal. Kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja pelajar PTA dipercayai berkait rapat dengan bekas ketua ajaran sesat SM Amin.
Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membuat kenyataan akhbar akan mengambil tindakan terhadap PTA
Selama ini pihak berkuasa dilihat saling menuding jari untuk menangani kes perhambaan terbesar di Malaysia ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)











