Ahad, 5 Januari 2014

ADA KER #HardRockCafe BERCIRIKAN ISLAM ? KONSEP PEMBINAAN PUTRAJAYA TERSASAR. @NajibRazak @ustazfathulbari #noentryhardrock"


JOM kita telesuri idea paling 'bangang' dari siapa ntah' haha dengan nada yang mengada2... rasa muai plak aku nak taip nama dia ni.. apa pun jom kita baca alasan si 'polan' tu nak mewujudkan pusat hiburan di Putrajaya...

Hard Rock Cafe Putrajaya bakal dibuka.

Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

"Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Aseh yakin dengan adanya Hard Rock Cafe berkenaan, ia mampu menjadi tarikan baharu bagi Putrajaya. - UTUSANOnline


Kenapa aku kata idea paling 'bangang'.. di tengah2 suasana sekarang ini.. Perasaan amarah masyarakat terhadap kerajaan.. isu penggunaan kalimah yang kerajaan UMNO cuba hendak menjadi "Juara Rakyat" TIBA-TIBA timbul plak idea 'bangang' nak mengadakan pusat hiburan di Putrajaya.



TAHUKAKAH KITA suatu ketika Kewujudan dan pembinaan  PUTRAJAYA aalah sebagai mercu kebangkitan syiar Islam di alaf baru.

ARKIB : 17/07/1999 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya akan menempa era baru dalam perkembangan dan kebangkitan Islam negara pada alaf baru, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman.

Sehubungan itu, beliau berkata, Putrajaya akan dijadikan model dan mercu tanda kebangkitan syiar Islam ke peringkat yang lebih tinggi.

Dr. Abdul Hamid berkata, langkah itu adalah antara perkara yang diputuskan pada mesyuarat ke-40 Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Jabatan Perdana Menteri, di sini hari ini.

Dr. Abdul Hamid menambah ia selaras dengan desakan agar umat Islam maju dalam mengecapi kemajuan dalam bidang pembangunan dan ilmu pengetahuan.

''Ini merupakan pendekatan baru kebangkitan syiar Islam di negara ini menepati sunah Rasulullah selain untuk memperkukuhkan fardu kifayah,'' katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau lagi, pembangunan pesat Putrajaya termasuk kegiatan di Masjid Putra amat bersesuaian ia menjadi medan perkembangan Islam di negara ini.

Kebangkitan Islam memberi tumpuan dalam pelbagai aspek termasuk kekuatan umat, ekonomi, agama dan pendidikan, tambahnya.

Mengenai Masjid Putra, beliau menjelaskan ia sebenarnya menjadi simbol ke arah kebangkitan dan pembangunan Islam.

Katanya, pelantikan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Tan Sri Abdul Kader Talib sebagai Imam Besar masjid itu secara tidak langsung akan membantu memudahkan usaha kerajaan menjadikan Putrajaya sebagai pusat perkembangan syiar Islam.



KK : HARAPAN SAYA melalui keperihatinan pak2 menteri moga dapat memikirkan semula idea paling 'Bangang' ini. APA yang di jamu dalam tu... ada muzuk 'keras' atau tidak... yang pasti ia pusat hiburan bertaraf lima bintang.. faham-faham je lah.... nanti bagi 1 akan jadi 2 lepas 2 maka Penuh lah Putrajaya dengan produk Maksiat.. dah macam 'Hollywood' Malaysia.


1 ulasan:

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah