Monday 27 January 2014

Gempar !!! @anwaribrahim 'Bakal' MB baru Selangor .


Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim dengan segera menafikan spekulasibahawa beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Spekulasi...Terdapat cadangan ini sejak 2008 lagi," jawabnya ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini pada Isnin.

Menurut Anwar, beliau telah menemui Abdul Khalid seperti biasa dan kali terakhir pada Jumaat dan bukan hari Ahad sepertimana yang dilaporkan media.

"Saya bertemu beliau (Abdul Khalid) setiap minggu. Seperti biasa kami bertemu di pejabat atau di rumah," kata penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ketika ditanya berkaitan spekulasi yang dia telah mencapai persetujuan dengan Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kerusi menteri besar.

Ditanya adakah perbincangan mereka menyentuh mengenai kedudukan menteri besar Selangor, Anwar berkata, ia hanya melibatkan perkara penting berkenaan parti dan negeri tersebut sahaja.

Selain itu, beliau turut bertanya sekiranya terdapat cadangan mengenai kerusi yang 'selamat' untuk ditandingi bagi melayakkannya menjadi menteri besar.

"Kerusi selamat? Boleh anda cadangkan satu kerusi yang selamat di Selangor?" soalnya sambil sekali lagi menolak spekulasi berkenaan.

Sebelum itu, portal berita The Star Online melaporkan yang Abdul Khalid telah bersetuju untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dalam masa terdekat ini.


Laporan yang memetik sumber-sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebut yang Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini.


Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar.

Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut. 

Abdul Khalid yang kini berhadapan dengan tekanan kuat oleh partinya sendiri berhubung kemelut dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan isu serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Pertubuhan Bible Malaysia dikatakan bersetuju dengan perubahan itu selepas mengadakan mesyuarat dengan Anwar pada Ahad.

KK : APA HAL NI??-ADUN PKR Kajang,Lee Chin Cheh umum letak jawatan serta merta.Ia diumum Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dalam PC sebentar tadi-

No comments:

Post a Comment