Thursday 23 January 2014

Gempar !! Nasib BEKAS ADUN Kupang Johari ABDULLAH !! @MukhrizMahathir @UMonline #HanyaDiKedah


Jawapan kepada "macai-macai PAS yang masih dan cuba memutar belitkan fakta dengan membuat auta... Kesian aku puak-puak ini diperdajalkan oleh "macai upahan"... So kalau setakat "melalak" n tak keluarkan bukti sahih tak payah... gi nagji dulu lah yer... 

n' selepas habis baca petikan dari benama yang dikeluarkan oleh sinar ni.... aku cuma nak minta tolong sikit.. Pasai janji bekas YB Hampa tu.. Ingat lagi TAK mantan YB Kupang... Yang Hampa tendang selepas PRU 13...


Baca dulu petikan ini...

 
Hanya pembalakan terpilih masih dijalankan di Kedah manakala pembalakan jenis  'cuci mangkuk' sudah dihentikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir. Beliau berkata tiada lesen pembalakan baharu dikeluarkan selepas 19 Mei 2013 iaitu seminggu selepas beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.
"Lesen yang dikeluarkan sebelum Barisan Nasional (BN) ambil alih (pentadbiran) Kedah terpaksa diteruskan, kerana kalau tarik balik lesen, boleh bayangkan apa jenis kes-kes mahkamah yang akan kita hadapi daripada syarikat-syarikat yang mendapat konsesi tersebut.

"Jadi kita tak patut terkejut melihat lori-lori balakyang masih keluar membawa balak kerana ini datang daripada konsesi pembalakan terpilih, maksudnya 'tagging" dah dibuat beberapa bulan atau setahun lebih dan pembalakan berlaku pada pokok-pokok terpilih.


"Saya tak pernah mengharamkan sepenuhnya (pembalakan) sebab pembalakan terpilih masih berlaku dan lesen keluar sebelum BN ambil alih," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negero di sini hari ini. Mukhriz mengulas dakwaan berlaku aktiviti  pembalakan haram baru-baru ini di beberapa kawasan di Kedah hingga menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.

Sementara itu, katanya sekiranya terdapat lori-lori balak membawa muatan kayu-kayu yang bersaiz kecil, ia adalah daripada tanah persendirian dan bukannya membabitkan tanah kerajaan negeri.


"Mungkin orang persendirian ini nak buat pembangunan... walaupun (kayu) kecil, ada yang  beli biasanya kilang yang buat cip, dia tak kira saiz pokok, dia potong kecik-kecil buat cip untuk pasaran tempatan dan eksport," katanya.
 

Selain itu, Mukhriz beliau berkata kerajaan negeri juga tidak bercadang untuk meningkatkan pendapatan negeri melalui hasil pembalakan, sebaliknya akan melihat sumber alternatif yang lain.

"Kita perlu kreatif dan inovatif untuk mencari ini (sumber alternatif) dan saya percaya satu daripada yang berpotensi besar ialah pelancong...pulangannya sentiasa ada, ia bukan sesuatu yang anda labur sekali dan anda dapat pulangannya sekali sahaja, ia (pulangan) dating sepanjang tahun," katanya. - Bernama

ok... dah baca kan, kisah ni pun ada kena mengena ngan balak dan tanah juga.... psstttt pasal YB Johari Abadullah kesian kat dia... semua kesalahan dan kekalahan PAS di Baling HAMPA CAMPAK kat dia... sampaikan satu jawatan pun hampa tak bagi, Malah terus di abaikan.. YB pun adan anak bini dan tanggungjawab. Dia tinggalkan kerjaya guru demi untuk berkhidmat ... selepas Kalah terus tak dipedulikan.... arghhhhhh nantilah aku sambung kisah YB JOHARI yang semakin dihantui dengan "janji" PRU nya...

No comments:

Post a Comment