Jumaat, 3 Januari 2014

TUN M Guru terbaik untuk @NajibRazak belajar TADBIR NEGARA bukan ikut #PEMANDU .



Kalau nak jadi penasihat begini caranya... Sekarang ini pelbagai pihak tengah dok mengulas berhubung dengan Pegawai/Punahsihat di PMO. Macam-macam kisah sebenar pegawai-pegawai di pejabat PM nie memang sesetangahnya bodoh-bodoh belaka macam aku juga... kalau penasihat-penasihat yang sedia ada, tidak berkesan, bahkan membuatkan PM Najib dan Kerajaan semakin dibenci oleh rakyat. 

Sebagai contoh, ini cara bekerja dan penasihat yang terbaik bukanya menjadi kaki "bodek" yang hanya melaporkan hasil yang "baik" sedangkan apa yang berlaku sebalik.  

Dr Mahathir Syor Cara Atasi Banjir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar tingkat satu bangunan dan rumah ditinggikan untuk mencegah dilanda banjir.
Beliau berkata tingkat satu - lobi atau dewan masuk - sesebuah bangunan perlu ditinggikan sekurang-kurangnya 12 kaki (3.6 meter) dari paras jalan raya, manakala dinding konkrit dibina di sekeliling bahagian bawah tingkat satu hingga ke tempat parkir di bahagian bawah bangunan.
Dalam tulisan terbaru beliau melalui blog www.chedet.cc, Dr Mahathir juga mencadangkan agar tanjakan dibina dari jalan raya ke pintu masuk bangunan di tingkat satu dan satu tanjakan lagi dibina untuk membolehkan kenderaan turun ke parkir bertingkat.
"Jalan raya akan bertukar menjadi seperti longkang apabila berlaku banjir akibat hujan atau air pasang. Ini akan membolehkan air banjir mengalir cepat ke dalam terusan atau sungai, sebaik sahaja air laut surut atau hujan berhenti," katanya.
Beliau berkata di kawasan pantai timur yang sering dilanda banjir pada musim monsun, penyelesaian paling mudah ialah membina bangunan bertiang seperti rumah Melayu.
"Tingkat satu sesebuah rumah perlu dibina lebih tinggi daripada paras tertinggi air banjir. Tiang yang menyokong rumah pula perlu kukuh dan ditanam dengan dalam. Konkrit perlu digunakan," katanya.
Bagi mengelak kenderaan ditenggelami air pada musim monsun, Dr Mahathir mencadangkan agar tanjakan dibina bagi membolehkan kenderaan naik hingga ke tingkat satu.
Kata beliau kerajaan perlu berbelanja besar sebagai bantuan banjir dan melalui pembinaan rumah bertiang, wang ini boleh dijimatkan.
"Sekurang-kurangnya, pada peringkat permulaan, sebahagian daripada wang yang dijimatkan ini boleh diguna untuk memberi subsidi kepada pembinaan tiang ini," katanya.
Dr Mahathir berkata sekiranya idea ini diterima, arkitek boleh mereka bentuk tiang yang kelihatan menarik dan pertandingan boleh diadakan untuk memilih reka bentuk rumah bertiang paling menarik.
"Sekiranya kita tidak berbuat sesuatu, setiap tahun, beribu-ribu orang perlu dipindahkan dan ada yang akan kehilangan nyawa. Di samping itu, banyak wang perlu dibelanjakan untuk makanan, urusan pemindahan dan membaiki kerosakan akibat banjir," katanya.
Bulan lepas, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak dilanda banjir berikutan hujan lebat berterusan dan limpahan air sungai di beberapa kawasan sehingga menyebabkan beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan dan banyak harta benda, musnah. - BERNAMA
komen  : Masa Tun Mahathir dulu tidak perlu pun penasihat. Masa Tun Mahathir, orang Islam hidup aman damai dengan bangsa lain. Masa Tun Mahathir musuh Islam pun tak berani angkat muka. Masa seluruh dunia menghadapi krisis ekonomi dan banyak negara muflis, berkat usaha dan doa pemimpin yang tulus ikhlas ini Allah telah selamatkan Malaysia. Itu pun orang Melayu masih tidak tahu berterima kasih pada pemimpin yang telah banyak berjasa. Padan muka orang Melayu !! 

1 ulasan:

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah