KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Lesen bagi syarikat pemprosesan nadir bumi dari Australia, Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Kuantan boleh ditarik balik dan operasinya diberhentikan serta merta jika syarikat itu melanggar mana-mana syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan, Persidangan Dewan Negara diberitahu Rabu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Muhkriz Tun Dr Mahathir berkata kelulusan dan operasi syarikat itu adalah tertakluk kepada dua akta iaitu Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1970.
“Pelaksanaan projek nadir bumi juga berdasarkan fakta saintifik dan teknikal bahawa ia adalah ditentukan dari segi keselamatan dan tidak membahayakan kesihatan orang awam serta tidak menjejaskan alam sekitar.” katanya ketika menjawab Senator Dr S. Ramakrishan.
Mukhriz berkata projek pemprosesan nadir bumi merupakan industri strategik dan memberi faedah kepada negara.
“Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menghasilkan bahan mentah serta input yang penting bagi keluaran berteknologi tinggi seperti ‘compact florescent lamp, auto catalytic converter, disk drives dan flat panel displat’, disk drives dan super magnets’ untuk industri tenaga yang boleh diperbaharui.
– BERNAMA
No comments:
Post a Comment