Tuesday 22 May 2012

Kalah Kes Liwat, Yusof Jadi Peguam Bela Anwar


BUKAN sedikit mata yang terbeliak di hari perbicaraan Anwar dalam isu Bersih pagi tadi.
Semuanya gara-gara melihat peguam yang mewakili Anwar, Datuk Mohd Yusof  Zainal Abidin, bekas peguam cara II negara, yang juga mengetuai barisan pendakwaan kes liwat Anwar dan Saiful Bukhari.
Ia seolah-olah melihat Mahathir berpegang tangan dengan Anwar, sehari selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.
Yusof dengan rasmi melepaskan jawatan sebagai Peguam Cara II Negara, beberapa hari sebelum Anwar dibebaskan dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012.
Sementara ramai yang beranggapan, Anwar menang kes tersebut kerana hakim terkhilaf dalam penghakimannya, manun tindakan Yusof kini menimbulkan kesangsian sama ada ketua pendakwaan sendiri pun ada memainkan peranan juga dalam pembebasannya.
Bagaimana dan berapa besar peranan yang dimainkan Yusof, penulis tidak pasti, tapi penulis yakin ada dan semua ini menuntut Yusof tampil memberikan penjelasan apa sebenarnya yang berlaku.
Lagipun kita sedang cakap Yusof sebagai peguambela sekarang, bukan Yusof sebagai peguam cara, dan kebetulan golongan peguam kini ada isu kredibiliti dan integriti yang serius.
Sekarang fahamlah kita kenapa kes Anwar ini tertangguh sekian lama tanpa dicabar pasukan pendakwaan.
Fahamlah kita kenapa banyak kesilapan-kesilapan bodoh dari pihak pendakwaan dibuat dalam kes ini antaranya kegagalan mendesak Anwar mengemukakan saksi alibi yang nama-nama mereka dikemukakan kepada Mahkamah oleh Karpal Singh sebaik Anwar diarah untuk membela diri.
Begitu juga dengan tindakan menamakan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif sebagai sebagai sebahagian dari pasukan pendakwaan walaupun tahu beliau ada ‘isu’ dengan Saiful Bukhari.
Soal kebenaran di sebalik ‘isu’ yang dibangkitkan itu tidak penting, yang penting kegagalan mengenal pasti masalah yang timbul telah menyebabkan kes tersebut hampir sahaja dibuang oleh mahkamah.
Dan siapa yang patut bertanggungjawab dalam soal ini?  Penulis yakin Yusof, kerana sebagai ketua pendakwaan, dia yang bertanggungjawab memilih timbalan pendakwa raya mana yang layak untuk membantunya dalam mengendalikan kes tersebut.
Penulis yakin, semua kegagalan ini memainkan peranan penting dalam mendorong hakim membuat keputusan membebaskan Anwar daripada kesalahan meliwat Saiful.
Yusof tidak perlu menjawab kepada media (apatah lagi yang pro pembangkang) seperti yang dilakukannya sebentar tadi.
Yusof perlu menjawab kepada rakyat kerana sepanjang dia berkhidmat di Jabatan Peguam Negara, wang rakyatlah yang membayar gajinya.
Ini bukan soal kecil, ini soal serius yang membabitkan integriti pejabat Peguam Negara sebagai satu-satunya badan yang mempunyai keputusan penuh untuk meneruskan atau tidak sesuatu kes pendakwaan.
Begitu juga dengan menentukan sama ada rayuan akan dibuat ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi atau tidak.
Kita bimbang ada unsur-unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa terlibat.
Takkanlah semuanya terjadi secara kebetulan?  Kalau benar Yusof ‘dibeli’ semasa mengendalikan kes Anwar, perbicaraan semula perlu diadakan dengan barisan pendakwaan yang baru.
Silap-silap, Peguam Negara pun perlu letak jawatan.
- BERUANG BIRU

No comments:

Post a Comment