Sunday, 27 May 2012

Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012 Melebihi sasaran.



Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012 Capai Target : MB Khalid



Agenda Daily - MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.
Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.
Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.
Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.
Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.
Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.
Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.
Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.
Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati  yang ada hanya petugas sahaja.
Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.

Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.
Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.
Dalam erti kata lain, rugi besar.
Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA. 
Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.
Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.
Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada  empat kaunter pendaftaran mengikut kategori  iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.
Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.
Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.
Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.
Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.  
Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.
Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.  
Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.
Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.
Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang. 
Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.
Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.
Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI - 26/5/2012



No comments:

Post a Comment