Thursday, 10 May 2012

@FRU@PDRM TAHNIAH DAN SYABAS: MEMPERTAHANKAN MALAYSIA


Teknik Menyuraikan Rusuhan Oleh FRU Malaysia

FRU sedang mara

1. Amaran
Pegawai Polis FRU akan memberikan amaran kepada perusuh dalam jarak 100 meter yang berbunyi " Bersurai serta merta atau kami ( FRU ) akan suraikan anda dengan kekerasan!” arahan ini di berikan sebanyak lebih dari 3 kali dengan pelbagai bahasa yang mudah di fahami oleh kumpulan haram itu.

Latihan Balingan Bom Asap di kawasan yang jauh dari penduduk

2.Tembakan Gas Pemedih Mata

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, maka pegawai polis FRU akan mengangkat bendera kuning iaitu bertujuan mengarahkan satu seksyen senapang gas untuk mara kehadapan dan melancarkan tembakan gas pemedih mata dalam jarak 100 meter dari kumpulan haram.
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan

3.Tindakan Semburan Air Water Cannon ( Lori Meriam Air )

Sekiranya perusuh itu enggan bersurai maka pegawai polis FRU akan mengarahkan Lori Water Cannon untuk mara ke perusuh dan melepaskan air bercampur gas. Adakalanya Lori Water Cannon akan menggunakan air berwarna dan tembak ke arah perusuh dan ini memudahkan anggota polis biasa menangkap perusuh yang telah di sembur tadi. Teknik ini pernah di gunakan semasa Reformasi Jalanan 1998.
Trak Meriam Air yang di beli ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir
adalah menjadi sokongan kepada FRU
4.Tindakan Paluan Perisai
Sekiranya perusuh itu enggan bersurai, Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen anggota infantri FRU mara beramai – ramai kehadapan sambil memukul ( Palu ) perisai dengan belantan bertujuan menakutkan perusuh. Teknik ini pernah juga diguna pakai semasa Reformasi Jalanan 1998.

5.Tindakan Balingan Bom Asap
Apabila 2 seksyen infantri FRU telah rapat dengan perusuh tersebut dan perusuh itu pula enggan bersurai, maka Pegawai Polis FRU akan menganggkat bendera hijau dan beberapa anggota FRU yang di tugaskan membawa bom asap akan melepaskan bom asap dengan cara balingan ke arah perusuh itu tadi dan kemudian 2 seksyen infantri FRU tadi akan berpecah kepada 2 kumpulan dan lari ke belakang semula.

6.Tindakan Cota ( mengunakan pukulan belantan )
Sekiranya perusuh tadi enggan bersurai maka Pegawai Polis FRU akan mengarahkan 2 seksyen infantri FRU tadi mara semula kehadapan sehingga rapat dengan perusuh dan sarjan FRU setiap seksyen akan mengarahkan anggota FRU serang perusuh mengunakan cota atau belantan dan memukul perusuh yang enggan bersurai. Tindakan ini pernah di gunakan semasa rusuhan – rusuhan sehingga era 90 an.

7.Tembak Menggunakan Peluru Hidup
Ini merupakan tindakan yang terakhir sekali sekiranya perusuh enggan bersurai dan rusuhan menjadi lebih dahsyat, maka pegawai Polis FRU berkuasa mengangkat bendera merah dan menandakan tembakan akan bermula dan 1 seksyen anggota FRU yang membawa senjata M16 akan mara kehadapan dan melakukan tindakan tembak dengan arahan dari Pegawai Polis FRU tadi.Tindakan ini pernah di guna pakai oleh FRU semasa rusuhan kaum 13 Mei 1969, Tragedi Memali 1985.

Senjata M16 single shoot yang di gunakan oleh FRU untuk menembak perusush sekiranya perlu.

Tindakan tembakan ini merupakan tindakan awal oleh pihak FRU sementara menunggu pasukan sahabat tiba untuk mengambil alih tugas FRU seperti Platun Infantri Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Komando 69 dan Unit Tindak Khas, POPO ATM dan Pasukan 10 Briged Para.
Komando 69 Pasukan Elit PDRM akan ambil alih sekiranya rusuhan menjadi tidak terkawal.
Kekuatan 1 Platun FRU

  • 1 X Pegawai Kanan berpangkat Asisten Superintendant Polis ( ASP ) ( Ketua Platun )
  • 1 X Pegawai Kanan Berpangkat Inspektor ( Penolong Pegawai Platun )
  • 1 X Sarjan Mejar ( Pentadbiran )
  • 3 X Sarjan ( Seksyen Komander )
  • 18 X Koperal ( Infantri kaki pukul )
  • 1 X Koperal ( logistik )
  • 1 X Koperal ( Pemandu / mekanik )
  • 36 X Konstabel ( Infantri kaki pukul )
  • 11 X Konstabel ( Pengawal Lori sambil mebawa M16 untuk pertahanan keliling )
  • 2 X Konstabel ( Pengawal Ketua Platun )
  • 2 X Konstabel ( Perubatan )
  • 7 X Konstabel ( Pemandu )
  • 2 X Konstabel ( Pemandu Simpanan )
  • 1 X Konstabel ( Radio Operator )
  • 1 X Konstabel ( Juru Tulis )
  • 1 X Konstabel ( Juru Bahasa )
  • 1 X Konstabel ( Juru Kamera )
  • 1 X Konstabel ( Penembak Tepat )
Jumlah keseluruhan anggota FRU dalam sesebuah platun seramai 91 orang.
Angota Pengawal Lori FRU di tugaskan untuk pertahanan keliling lori FRU dari di cerobohi.

  • Gambar sumber dari FB Perajurit Penjana Pemikiran Pertahanan


Anggota FRU sedang siap memasang topeng

Kesimpulan
Sehingga kini pasukan FRU Malaysia begitu berhemah dalam menangani rusuhan di negara ini, FRU sering menggunakan tindakan sehingga ke tahap 5 ( seperti di atas ) sahaja kerana mereka berprinsip menggunakan tindakan yang paling minima.
Anggota FRU mara ke objektif
Cayalah FRU Malaysia! FRU memang best tapi tu la... mereka hanya menjalankan tugas. Kadang-kadang bila mereka bersikap berlebihan, itu kerana faktor sekeliling juga. Provasi, kepenatan dan juga gangguan emosi.  Kalau di Mexico, tembak je pakai peluru hidup. Jangankan civilian, polis pun kena tembak oleh pedagang dadah.
Komando 69 smart habis! Tak tahulah macam mana gayanya kalau Komando 69 yang ambil alih FRU ni. Memang peserta Bersih 3.0 kena bantai kaw2.






No comments:

Post a Comment