Thursday, 10 May 2012

VIDEO ISU ASMIN: KHALID PASIR SETUJU???



SUBANG JAYA: Setelah dibidas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas sikap sambil lewanya membabitkan isu pemimpin kanan PKR yang dibelit kontroversi gambar aksi seks Rabu lalu, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memberikan reaksi agak berbeza.

"Saya setuju dengan tindakan Azmin (saman). Saya tak ada komen lagi,"katanya ketika ditanya AntaraPos.com pada sidang media selepas upacara pecah tanah jambatan pejalan kaki di Persiaran Kewajipan, di sini.
GAMBAR YANG DIKATAKAN MIRIP AZMIN ALI
Zuraida semalam melahirkan kekecewaannya di atas sikap yang dipamerkan oleh Menteri Besar Selangor itu apabila beliau sekadar menjawab 'tiada komen' berhubung isu imej lucah mirip Azmin yang tersebar di blog-blog awal minggu ini.

Menurut Zuraida, jawapan seumpama itu seolah-olah menunjukkan Khalid bersikap lepas tangan.

Malah katanya, ulasan ringkas Khalid itu hanya memberi ruang kepada masyarakat untuk membuat tafsiran negatif terutama apabila membabitkan dakwaan isu moral terhadap pimpinan parti berkenaan.

"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin agak mengecewakan bagi pihak kami.

"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Azmin kemudiannya memulakan tuntutan undang-undang ke atas Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB) berhubung penyiaran berita dan gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama wanita terbabit.

Bagaimanapun setakat ini, beliau tidak membuat sebarang laporan polis seperti yang dicabar adiknya, Ummi Hafilda dan mengambil tindakan saman ke atas blogger-blogger yang mula mencetuskan isu ini_Sumber AP

No comments:

Post a Comment