Friday, 1 March 2013

#LahadDatu : Jenazah Anggota Komando Terkorban Tiba Di Subang Malam Ini

Gambar Hiasan


KUALA LUMPUR: Jenazah dua anggota komando polis pasukan gerakan khas 69 Komando yang terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Jumaat, diterbangkan ke ibu negara malam ini.
Penerbangan itu dijadual tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini, pada kira-kira 11.30 malam, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohamed Yusof kepada Bernama.
Anggota terkorban yang berkhidmat di Kem Ulu Kinta itu ialah Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
Allahyarham Zulkifli, yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu, meninggalkan seorang isteri, Noraziah Noor dan dua anak lelaki berusia empat dan satu tahun.
Sementara Allahyarham Sabarudin meninggalkan seorang isteri, Nurunisa AbuBakar, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Allahyarham berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor dan alamatnya kini adalah di Kem Polis Komando Ulu Kinta, Perak.
Tiga anggota komando polis yang cedera dalam kejadian itu ialah Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, Koperal Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqalZolkifli, 22.
Ramli berkata, Mohd Tarmizi cedera di tangan dan kaki manakala Azman yang cedera di paha dan punggung, kini dirawat di Hospital Lahad Datu.
Sementara Mohamad Qaiyum'aiqal yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki kini ditempatkan di Hospital Sandakan, katanya. - BERNAMA

#pru13 Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas. @AzminAli

Lawak malam minggu, kahhhh-kahhhh gelak pecah perut. Tapi itu hak dia. Negara kita kan demokrasi setiap warganya berhak untuk mngundi dan menjadi calon. Tapi kalau pakai baju ukurlah dibadan sendiri..jangan ukur kat 'perdu nyok'. Korang layanlah petikan dari Mstar. Jangan lupa sediakan tisu....

Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.
"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.
"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.
"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.
Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh," katanya.
Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Mstar

P/S : kahhhhhh....kahhhh senyum tak perlu kata.. Apa2..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YB Pas angkat 'bendera putih' .


Siapa YB berkenaan.. Bagi selalu mengikuti perkembangan pergolakan PAS dikedah tentu tahu...

Phahrolrazi Serah Nasib Kepada PAS Pusat.

ALOR SETAR: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyerahkan nasib dan masa depan politik beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kepada kepimpinan PAS Pusat.

"Ia akan menjadi saingan sengit sekiranya saya bertanding di kerusi Parlimen Jerlun, tetapi saya menyerahkan segalanya kepada parti untuk membuat keputusan," katanya pada Khamis.

Beliau mengulas laporan The Star pada Khamis bahawa Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengetepikan beliau dan dua yang lain dalam senarai calon untuk bertanding pada PRU-13.

Phahrolrazi didakwa menjadi ketua kumpulan pemberontak yang cuba menggulingkan Azizan.Phahrolrazi telah dipindahkan dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke Jerlun manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dr Ismail Salleh dan Dr Hamdan Mohamed Khalid digugurkan sebagai calon di kawasan masing-masing di Alor Mengkudu dan Tanjung Dawai.Jerlun kini dipegang oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Phahrolrazi mendakwa Azizan tidak mempunyai kata putus mengenai senarai calon itu.
Ketika dihubungi, Azizan menafikan dakwaan bahawa senarai tersebut dirancang untuk menyingkirkan beberapa pemberontak.

"Susunan senarai calon itu adalah semata-mata untuk strategi. Beberapa nama telah dihantar ke setiap bahagian pilihan raya dan calon berpotensi dinilai dari semasa ke semasa," katanya.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas Megat Dewa, Asri Ahmad yang mengetuai beberapa siri protes terhadap Azizan baru-baru ini menyifatkan Menteri Besar itu sebagai autokrat.

"Azizan cuba untuk memusnahkan karier politik Phahrolrazi. Peringkat akar umbi membantah senarai nama tersebut tetapi desakan kami tidak diendahkan," katanya.
Asri mendakwa Azizan terlebih dahulu meletakkan kepentingan peribadi beliau dengan meletakkan penyokongnya, termasuk setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Noor, di kerusi yang selamat.

Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung berkata krisis terbaru yang melanda PAS Kedah membuktikan kerajaan negeri itu gagal memenuhi harapan rakyat.

"Rakyat tidak patut memberi mandat kepada parti yang dibelenggu persengketaan politik dalaman di kalangan pemimpin."Ia akan mencetuskan keraguan mengenai keupayaan mereka untuk mentadbir Kedah dengan baik sekiranya mereka berkuasa," kata Chor yang juga Ahli Parlimen Alor Setar.

Sementara itu, kira-kira 300 kakitangan dan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi menentang pengurusan kolej tersebut dan Azizan.Kumpulan tersebut dilihat melaungkan slogan kira-kira 30 minit dalam keadaan hujan pada Khamis.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Info Terkini #LahatDatu : Polis Lepaskan Tembakan Terhadap Pemberontak Sulu. @PDRMsia @1Malaysia @NajibRazak

Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.

LAHAD DATU: Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu)."

Kumpulan pemberontak itu menceroboh Tanduo di sini sejak 9 Februari lalu dan enggan meninggalkan kawasan berkenaan walaupun kawasan tersebut telah dikepong oleh pasukan keselamatan negara tiga hari kemudian.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Gempar !! PAS Felda Teloi Kanan galakkan 'iblis' buat kacau. @BeritaHarian


Kelihatan warga Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil menanti kunjungan Mazlan Aliman (Anak) untuk memberikan 'Buah Tangan' yang pasti di ingati sepanjang hayat. Tetapi penantian mereka di hampakan apabila Mazlan Aliman tidak berani hadir bak cakap orang kedah 'tak dak teloq'.

Semalam KK di beritahu oleh seorang sahabat warga Felda Teloi kanan, berkenaan 'macai pakatan haram' yang begitu berhajat sekali untuk membuat 'onak' di kawasan Felda Teloi kanan ini.

Dalam satu siri ceramah berasingan di sungai Limau, Pulai penceramah PAS menuduh warga Felda Teloi Kanan menjadi 'kuda' tugangan UMNO. Sememangnya dakwaan berkenan benar dan betul. Kerana Felda di asaskan oleh UMNO.

Apa ke 'jadah' nya ? Si macai PR yang menjadi 'duri dalam daging' di dalam Felda ini yang ini membawa Mazlan Aliman masuk ke Felda ini. Malahan puak PAS di Felda mengutuk tindakan warga felda yang menentang dan menghalang kehadiran untuk masuk ke kawasan felda.Sedangkan warga felda sekarang ini, begitu di anak emaskan oleh kerajaan. Pelbagai 'buah tangan' di berikan untuk warganya.

Hakikatnya kini warga Felda sudah jauh meninggalkan Mazlan Aliman dan ANAK. Bukan saja dari sudut ekonomi yang sudah melangkah ke persada antarabangsa, malah anak-anak Felda sudah menongkah dari benua ke benua mengharumkan nama Felda.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Misteri !!! Lori begerak tanpa pemandu terbalik di Kampung sadek, Kupang. @BeritaHarian


Sebuah Lori treler (16 tayar ) Muatan siling kapur yang di pakir di bahu jalan Kupang/Grik bergerak sendiri sejauh 100 meter sebelum tebalik di bahu jalan. Menurut pemandu lori berkenaan beliau yang dalam pejalanan untuk menghatar muatan siling kapur ke Terangganu singgah di kediamanya untuk mandi. Seperti kebiasaan, apabila membuat penghataran barang ke pantai timur beliau akan pakir kenderaan tersebut di tepi jalan berkenaan. Kerana rumahnya terletak di kawasan itu.

Kira-kira jam 12.00 am 1/3/2013 beliau di beritahu salah seorang penduduk kampung, lori berkenaan terbalik. Beliau yang nyata dalam kebingungan begegas ketempat kejadian. struktur jalan yang sedikit cerun serta di percayai 'handbreak' lori yang mengalami masaalah menyebabkan kejadian itu berlaku. Mujurlah semasa kejadian berkenaan tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut. Tiada kecerderaan yang berlaku.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit/Ditindih Ketika Tidur -




Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit/Ditindih Ketika Tidur | Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur. Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.

Dihempap Ketika Tidur

Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik. Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.

Satu soalan yang selalu dikemukakan kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”

Ini ialah satu persoalan yang mudah penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab soalan mudah seperti ini.

Didalam istilah sains, dihimpit atau dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu, kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?

Akan tetapi sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?

Percayalah pada saat itu kita sebenarnya masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja.. sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta, kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak

Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri! Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz ataupun Ustazah.

Cara Mengelakkan Daripada Dihimpit Ketika Tidur

Kaedah Islam

Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ

Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan. Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan, dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring kanan atau pindah ke tempat lain.

Rasulullah juga mengajar kita agar mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring. Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan, merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.

Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu, ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.

Setelah itu barulah membaca ayat al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar).

Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Perbanyakkan istighfar ketika di tempat pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran pantai.

Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap serius gangguan yang dialami.

Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.