Wednesday, 2 October 2013

Gempar!! KFA "kejam" Pecat Jurulatih Pasukan KEDAH hanya melalui panggilan telefon. @mukhrizMahathir @RTM_Malaysia @tv3_Malaysia. KEDAHAMANMAKMUR #BeraniBerubah


Apa sebenarnya yang berlaku dalam Pengrusan KFA ni... jika dibaca pada status yang dikeluarkan oleh admin HijauKuning.com di Facebook milik kelab peminat Pasukan Kedah. Dakwaan yang kononya tindakan yang tidak profesional lansung dengan memecat jurulatih dengan melalui panggilan telefon.

Apa-apapun kepada peminat pasukan bola sepak Kedah, kita tunggulah sehingga kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh pihak pengurusan KFA nanti. Baru kita tau..apa sebenarnya yang beralaku....

Jangan kerana kita berpihak di sebelah sana...kita menghentam pihak yang kita tak suka.. teraju baharu KFA pun baru nak nak mula menlangkah... so harap korang faham lah... sebelum ini kita melihat pasukan Kedah merudum jatuh..insyaallah pasukan Kedah akan bangkit semula..pulun Kedah Pulun.

KK: Dalam Pengrusan jangan ada pula nak jadi musang berbulu ayam..yang ingin merosakan dan memburukan imej KFA dan Kerajaan negeri..macam kat INSANIAH

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, 1 October 2013

TERKINI !! Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri MAUT. @rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR


Maklumat terkini, sehingga Petang tadi, seorang lagi mangsa keracunan disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menjadikan mangsa keempat meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mangsa, seorang nelayan, Wan Razali Wan Yaacob, 56, dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya. Adik mangsa, Roslinda Ibrahim, 35, berkata, pada mulanya keluarga menjangkakan ia hanya sakit perut biasa dan tidak menyangka akan membawa mudarat.


"Abang dibawa ke hospital jam 4 petang Ahad setelah mendapati keadaannya yang agak serius, ketika itu kami belum tahu dia sakit akibat dari makanan itu kerana belum ramai yang dikesan," katanya kepada pemberita.


Menurutnya, keadaan mangsa semakin teruk apabila dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama. "Ketika itu doktor mengesahkan organ dalaman termasuk buah pinggang, hati dan paru-paru sudah mengalami kesan akibat jangkitan bakteria yang merebak dengan cepat," katanya.


Menurutnya, selepas itu, keluarga dimaklumkan doctor bahawa keadaan jantung mangsa semakin lemah dan tekanan darah pula tidak stabil sehinggalah Wan Razali
disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi. Roslinda berkata, abangnya turut mempunyai majlis kenduri di lokasi lain pada hari kejadian menyebabkan dia agak terlewat ke rumah kawannya itu di Kampung Huma pada lewat petang.


Mengikut kajian doktor yang merawat semua pesakit yang keracunan makan. Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak
merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.


Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma,Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
"Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,"


katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Semalam. Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.

"Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella," katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.


"Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya.


Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).


Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakitmendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang. Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal
dunia jam 7.15 malam semalam.


Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.


Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan
mereka.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Panas !! Gosip @MukhrizMahathir @teresakok menjelang #pemilihanUMNO Kuatkan team #BeraniBerubah . #KEDAHAMANMAKMUR @rakyatnews @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan


Semakin dekat dengan pemilihan UMNO 2013.. Tiba-tiba bakal Calon Naib Presiden UMNO Datuk Mukhriz Mahathir tiba-tiba menjadi Panas apabila di hentam oleh Cina DAPig..


Ahli Parlimen Seputeh itu mengatakan Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan beliau tidak akan melayan permintaan dari sekolah Cina di Kedah.


"Mukhriz perlu menerima pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai,” kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.


"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.




PERINGTAN DARI SEORANG TEMAN..
Selama ini kaum Cina mendesak dan meminta itu dan ini daripada Kerajaan BN. Banyak yang sudah diberikan dan sudah banyak yang dinikmati. Namun, mereka tetap memilih DAP. Itulah hakikat masyarakat Cina kini yang lebih memilih untuk menjadi chuavinis dan menolak perpaduan kaum yang sekian lama terbina.

Mukhriz Mahathir

Pada penulis, Kerajaan BN tidak perlu lagi melayan kerenah dan kehendak masyarakat Cina yang mengada-ngada itu dan ini. Sebaiknya mereka perlu membuktikan komitmen dan sokongan mereka terlebih dahulu terhadap budi baik Kerajaan dengan memberikan undi setimpal dengan apa yang telah mereka nikmati selama ini.

Harap BN ajar masyarakat Cina yang seolah-olah ‘mengajar’ Kerajaan BN selama ini.

KK : HIDUP MELAYU...HIDUP UMNO

Panas !! @RafidahIbrahim "makan hati" di Baling, Kedah #KEDAHAMANMAKMUR @tv3malaysia @rakyatnews #MeleTOP


WoW... Memamng gempaqlah.. Fida Mai berlakon kat Baling.. Cayalah orang Daerah Baling dah makin terkenal... KK difahamkan Lokasi pengambaran telefilem "Kampungku dan Aidiladha" tersebut di sekitar Mukim Bongor, Baling. Adalah juga beberapa teman KK yang menjadi Pelakon Tambahan sebagai "pak Pacak" dan "tukang angguk" .. tak susah payah nak hafal Dialog pun... dah boleh masuk tv.. Tahniah geng'.. biarpun sekadar melukut ditepi gantang tapi pengalaman tu penting... 

Heboh sana sini.. ramailah orang berduyun nak p "SNAP" gampaq ngan pelakon-pelakon drama tersebut.. tetapi mulut orang mana nak boleh tutup.. dia orang melahirkan rasa kekecewaan dengan terajui utama drama tersebut..Fida dikatakan tak Mesra Peminat. Betulkah !! 

Biarlah lah fida  oi' .. bukan senang nak memuaskan hati semua pihak....kan, cik Fida... Isu kecil sahaja lama-lama sejuklah tu... Cik Fida dah pun selamat berangkat ke ibu kota.. tak payah nak susah fikir... tetapi apa yang meninggalkan paling " hangat" di Baling... ialah Isu Saman yang bakal dihadapi Fida.

Produser Mahu Saman, Sekat Bayaran Jika Fida Ibrahim Enggan Mohon Maaf : 

Konflik di antara produser drama Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar dengan Fida Ibrahim masih belum reda apabila penerbit itu menuntut pelakon berkenaan memohon maaf jika ingin masalah yang berlaku dapat diselesaikan.

Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek,
Shuhaimi Lua (pengarah),
Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.
Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, sekiranya pelakon itu tidak berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah selain akan menyekat baki 50 peratus bayaran lakonannya.

"Pihak kami memberikan tempoh kepada Fida untuk membuat permohonan maaf. Tidak kisahlah dengan cara apa sekali pun, bertulis mahupun dalam bentuk lisan.

"Jika tiada respons atau dia enggan berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan undang-undang dan menahan baki wang gajinya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

mStar Online pada Khamis lalu melaporkan penerbit drama berkenaan kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada 22 September lalu.

Pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya selain kegagalan pihak produksi memastikan aspek keselamatan ketika penggambaran di hutan.
Kontroversi yang berlaku itu menyebabkan Fida membuat laporan kepada Biro Pengaduan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi menjelaskan perkara sebenar.

Dalam pada itu Hazmimi berkata, pihak Seniman sudah berjumpa dengannya pada Ahad lalu yang turut disertai oleh pengarah Shuhaimi Lua Abdullah untuk mendapatkan gambaran mengenai kes berkenaan.

Katanya, persatuan tersebut mahu pihaknya dan Fida menyelesaikan masalah berkenaan dengan baik tanpa melibatkan saman-menyaman.

"Saya telah berjumpa dengan pihak Seniman dan mereka mahu kami menyelesaikan masalah dengan cara baik. Sebab itu kami beri tempoh masa pada Fida untuk memohon maaf kepada kami.

"Lebih-lebih lagi banyak fakta yang tidak benar dia nyatakan kepada pihak media dan ia tidak adil buat kami. Saya telah pun menunjukkan bukti-bukti kepada Seniman sebagai rujukan mengenai sikap Fida," tuturnya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran sempena Hari Raya Aidiladha di TV3.


Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

KK : Apa-pun yang berlaku marilah kita menghayti erti sebenar disebalik Aldiladha.

3 mati, 2 kritikal keracunan makanan kenduri kahwin. @rakyatnews



Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. Meninggal selepas pengsan
Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan dirumahnya di Kampung Singkir Laut, 
Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari
Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH. Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah
dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius. Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

"Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan
bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.


Mengamuk Pasal #BR1M dinaikan & bagi 2 kali Setahun .... Itulah "Aku Janji' #BNBagus.#DEMIRAKYAT #OhMalaysiaku #rakyatnews #ManifestoBN #PRU13 #GE13


Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang bagi menangani kos sara hidup, jika parti komponen itu terus diberi mandat memerintah.


APA PENDAPATA Korang !!!!



BN dalam manifestonya yang bertajuk 'Menepati Janji, Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Rabu, turutberjanji untuk mempertingkatkan bantuan Baucer Buku 1Malaysia kepada RM300 daripada RM250 pada masa ini, dan juga Bantuan Persekolahan daripada RM100 kepada RM150.


Pok Nik yang menyamakan mereka yang menerima BR1M sebagai Binatang.!!! 



KK agak terkejut bila ada kain rentang yang dipasang dibeberapa lokasi berhampiran pusat penyerahan BR1M bagi menunjukkan bantahan "rakyat" Baling kepada Kenyataan Nik Abdul Aziz. 

Kain rentang dipasang ekoran, kenyataan Ulamak PAS yang juga mursirdul am PIS menegeluarkan kenyataan seperti dibawah.

Pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. “Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. “Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil). “Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.


Pengakuan Wanita yang Dipaksa 'Jihad Seks'. @rakyatnews @MyMeletop


Rawan Qadah, wanita dari Syria ini membuatkenyataan di television berkenaan'jihad seks' yangpernah beliau lakukan.

Perempuan yang belum genap usianya 18 tahun ini mengaku diculik oleh kelompok bersenjata. Dirinya diperkosa oleh kaum pemberontak dan dipaksa bergabung dengan kelompok afiliasi Al Qaeda untuk memenuhi keperluan seks para pejuang.

"Ayah saya menyuruh saya pergi dan mandi. Ketika mandi, seorang lelaki datang. Dia kelihatan berusia lebih dari 50 tahun. Dia hanya mengenakan pakaian dalam. Dia menarik rambut saya dan membawa saya ke bilik. Saya menjerit dan ayah saya mendengar, tapi dia tidak melakukan apa-apa," ungkap Rawan Qadah seperti dikutip dari Al Arabiya, Sabtu (28/9).

Dalam video pernyataan tersebut, Rawan Qadah kelihatan diarahkan oleh seorang lelaki yang berada dibelakangnya untuk membacakan pernyataan tersebut. Namun, keluarga Rawan Qadah mengatakan anak perempuan mereka telah diculik oleh tentara Syria ketika pulang dari sekolah pada November 2012 diutara tempat tinggal mereka di Deraa.

Selain Rawan Qadah, Sarah Khaled al-Alawo dari daerah timur Deir al-Zour juga disebut sebagai anggota kelompok al-Nusra Front, afiliasi Al Qaeda. Beliau mengaku telah melakukan 'jihad seks' atau melayani keperluan seksual kelompok pemberontak. Namun, keluarga Alawo mengaku anak perempuan mereka ditahan dari kampus Universiti Damaskus setelah menyertai tunjuk perasaan menentang rejim Presiden
Bashar al-Assad.

'Jihad seks' atau 'jihad al-nikah' adalah pernikahandalam jangka pendek yang memungkinkan seorang lelaki atau wanita berhubungan seks dengan banyak pasangan.

[Baca : Gadis Tunisia Jihad Seks di Syria HinggaHamil]

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tunisia, Lotfi ben Jeddou mendakwa banyak wanita Tunisia pergi ke Syria dan pulang dalam keadaan hamil. Kumpulan wanita ini
telah melakukan hubungan seks dengan puluhan hingga ratusan pasukan pemberontak.

"Setelah melakukan hubungan seks yang disebut sebagai "jihad al-nikah" mereka pulang dalam keadaan hamil," tutur Jeddou beberapa ketika lalu.

Sumber.