Thursday, 26 December 2013

Awek sekolah jadi tatapan umum ? @myberita #TURUN #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis


Malang sungguh awek cun ini, tiba-tiba muka dia keluar blog. Kisah ini bukan hendak mengaibkan sesiapa sekadar berkongsi pendang dan pendapat berkenaan dengan Himpunan 31/12/2013 ANJURAN pihak tertentu. Kononya bantahan di anjurkan bertujuan mendesakan kerajaan menurunkan harga barang selain itu juga kos sara yang semakin tinggi.

Selain daripada petrol, gula, tarif elektrik dan tol, harga ROKOK juga dinaikkan. Rokok dihisap oleh penyokong Barisan Nasional, BN dan Pakatan Rakyat, PR di semua negeri. Perokok tegar tahu, harga rokok naik mencanak dan kini harga sebilangan jenama rokok mencecah RM12 sekotak untuk 20 batang. Kenaikan harga tertinggi, RM1.50 sen.

Ramaikah perokok di Malaysia ? Jom kita baca saranan dari Blog otai berserta kupasan menari  [ Klik Disini ] 

MENGAPAKAH TIADA GERAKAN MEMBANTAH KERAS KENAIKAN HARGA ROKOK ?


PAS Semakin Maju, Orang-Orang UMNO Semakin Memperlihatkan Ciri-Ciri "LANUN" . @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @tv3malaysia


Bila berpolitik secara berlebihan beginilah jadinya,orang Islam akan pergi kemana saja tempat ibadat org bukan Islam untk memburuk-burukan org islam dari parti lain yg tidak selairan dgn mereka atau dgn kata lain musuh mereka.Org Islam juga akan membenarkan pengikut ugama lain masuk kerumaha ibadat Islam dari kumpulan yg sealiran dgn mereka, utk merendah-rendahkan org Islam dari bukan kumpulan mereka.’Sejahil-jahil Umno’( kalaupun benar) perkara begini tidak berlaku selama ini. 


Berapa ramai pemimpin Hindu, cina & Kristian yang telah menganut Agama Islam.. Hasil usaha "Tarbiyah" Penganut Agama PAS dengan Slogan "PAS 4 aLL " Malah apa yang berlaku sebaliknya.. PAS pula yang bakal "Kristianisasikan".

KK : Cuba nak habiskan tajuk kat atas  org2 UMNO bersikap seperti lanun yg bersikap keras terhadap musuh musuh Allah dan terus menerus mempertahankan islam. 

VIDEO SULIT 2 !! " BENARKAH AKU PERJUANGKAN #Syiah" @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir @tv3malaysia #HanyaDiKedah




Memang Sulit untuk aku ungkapkan atau aku mendedahkan pekara sebenar-benarnya. Belandaskan kebenarkan pasti akan menenggelam kepalsuan dan kebatilan, Kami berbangga mendedahkan Video sulit siri 2.  

Perkara ini sebenar sudah berlaku lama dalam "jemaah" yang kononya memperjuangkan Islam. pendedahan pertama   Video SULIT !! "Aku Bukan #Syiah" dan Video siri 2 menyusul :-

 ciri ciri Syiah [lihat pada minit ke 4:20] ..


Ustaz Ashiq Elahi Md Desa menceritakan pula bahawa Mat Sabu tidak mahu sujud diatas sejadah, sebaliknya memilih lantai batu marmar..


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.
Ini Dia Cara Orang Syiah Solat 5
Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.
KK : Masih ada lagi sedutan video temubual serta pendedahan Melampau...berkenaan Mat Sabu.. nantikan

Wednesday, 25 December 2013

Pelajar tingkatan empat antara tiga ditahan rosakkan kereta peronda polis. @PDRMsia @PDRMsia @Zahid_Hamidi @myberita


Makin berani !! kurang ajar dengan segelintir masyarakat yang tidak menghormati Undang-undang negara. Sikap mereka dipelapori dan di rasuk dengan ideologi yang dibawa oleh pemimpin politik "pembangkang" . ini berlaku semalam, 25 Dis Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan empat yang melakukan vandalisme terhadap kenderaan awam dan kereta peronda polis dalam kejadian di Teluk Cempedak, tengah malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Abdul Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 12.04 tengah malam itu suspek berusia antara 16 dan 23 tahun terbabit dipercayai mabuk.



"Polis menerima aduan awam mengenai kejadian dan bergegas ke lokasi. Sebaik tiba jalan di situ sesak dengan orang ramai yang meraikan Hari Natal," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.



Menurutnya mereka yang berkumpul di situ turut menyembur buih sabun dan melontar tin serta botol air mineral ke arah kereta peronda yang dinaiki dua anggota polis berkenaan.



"Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan dua anggota polis terbabit meminta bantuan tambahan dari anggota cawangan jenayah sebelum berjaya mengawal keadaan," katanya.



Abdul Aziz berkata siasatan awal mendapati semua suspek tiada rekod jenayah.



"Dalam kejadian itu juga tiada sebarang kecederaan dilaporkan, bagaimanapun kereta peronda polis mengalami kerosakan di bahagian belakang dipercayai disepak suspek selain lampu, bonet dan cermin retak akibat dibaling objek keras," katanya.



Katanya semua suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186/427 Kanun Keseksaan. BERNAMA


Apa tidak sikap mereka seolah-olah di rasuk dengan semangat "bencikan kerajaan" ini berlaku semasa diperhimpunan bersih. Perbuatan merekan di "Halalkan" oleh pemimpin pembangkan dengan untuk menghuru-harakan negara dan merosakan kesatbilan politik. 

Ya Allah ya tuhanku... Kau beri lah kesedaran kepada yg mereka yg tidak berfikir dgn waras dgn membuat rusuhan di negara ini ya allah... Kau lindungilah pasukan2 yg mempetahankan negara ini ya allah... Kembalikan lah keamanan kepada seluruh rakyat malaysia ya allah.. Sesungguhnya hanya pada kau aku meminta dan kepada kau aku memohon perlindungan ya allah... Amin2 ya rabbal alamin.... #fb



HEBAT !! " PAS SELAMATKAN KAFIR DARI SEKSA KUBUR " #Syiah" @PDRMsia @Zahid_Hamidi @myberita


Tahniah ini semangat dan pengorbanan tulus hati kafir yang mengikut ajaran pas.



Benarlah.. ada yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat" atau agar tidak keterlauan " Parti Ajaran Syiah" .....






Sumber #FB

Video SULIT !! "Aku Bukan #Syiah" @PDRMsia @Zahid_Hamidi @myberita #HanyaDiKedah


'Sorry beb..' tidak ada orang berfahaman Syiah yang mengaku dirinya berfahaman syiah.. menipu dan berkata dusta adalah halal bagi meraka.. Video pendedahan oleh Ustaz Ashiq Elahi Md Desa merupakan pengasas Pondok Kobah Pendang dan merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS).


Pernah menjawat beberapa jawatan dalam PAS sebelum ini dan termasuklah pernah menjadi jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS Kedah. 

BUKTI KATA-KATA MAT SABU SENDIRI YANG MENYANJUNG KHOMEINI LAKNATULLAH, 

1. Pegangan saya selaras dengan pegangan Khomeini LaknatuLLAH, 

2. Saya mengajak kita meneladani Khomeini LaknatuLLAH dan meletakkan namanya sebelah nama Nabi Yusuf as, 

3. Saya mengajak kita semua mencontohi Khomeini LaknatuLLAH, 

4. Saya kagum dengan Khomeini LaknatuLLAH, 
 
5. Saya meneruskan pencarian pemikiran politik saya dengan membaca hasil-hasil tulisan Khomeini laknatuLLAH, 

6. Saya memuji Khomeini LaknatuLLAH yang memberi orang Kristian di Iran hadiah pada hari Krismas sehingga mereka terharu, 

KATA DUA 

Siapa yang banyak memuji-muji orang yang jelas dilaknat Allah swt dan RasulNya saw, dia juga akan menjadi sebahagian daripada mereka... Nabi saw bersabda, 

“Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka dia adalah bagian dari mereka.” (HR. Bukhari dan Muslim) 

Kita layan Video siri pertama ini dulu... dari apa yang di didedahkan oleh Ustaz, marilah kita sama bermuhasabah diri PERLUKAH KITA MEMPUNYAI SEORANG PEMIMPIN yang berfahaman Syiah.

KK: nantikan siri 2 beb....

Tuesday, 24 December 2013

"Hantu dan kejahatan manusia " @chedet_cc @inspirasiislami


"Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib.

"Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kepercayaan dan ketakutan masyarakat Melayu terhadap makhluk ghaib dan halus itu menyebabkan ramai berusaha untuk melindungi tempat kerja dan sebagainya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, sering memfokuskan soal politik dan isu semasa dalam penulisan beliau di blognya, chedet.cc.

Filem dan T.V. cerita yang paling popular di kalangan orang Melayu ialah berkenaan dengan hantu, pelesit, orang halus dan berbagai-bagai makhluk ghaib. Mereka bukan sahaja suka lihat dan dengar cerita-cerita berkenaan makhluk ghaib ini tetapi mereka amat mempercayai adanya makhluk ini dan kuasa luar biasa mereka ke atas manusia. Mereka diberi kuasa yang kadang-kadang menyamai Tuhan yang mereka sembah. Mereka mencari jalan supaya dilindungi dari makhluk ghaib. Dalam usaha ini mereka kerap mengguna doa dari agama Islam yang mereka anuti. Walaupun mereka percaya Allah S.W.T. boleh melindungi mereka tetapi kepercayaan bahawa makhluk ini juga memiliki kuasa ke atas mereka bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa ke atas segala-gala yang ada di dunia dan akhirat.
2. Kerana percaya akan kuasa makhluk ghaib ini mereka sering mengadakan acara yang dicampur aduk dengan agama yang kononnya boleh melindungi mereka daripada diserang oleh hantu jembalang dan orang halus.
3. Dalam Al-Quran tidak ada disebut berkenaan hantu dan orang halus. Yang disebut dalam al-Quran ialah shaitan, iblis dan jin yang suka memesongkan orang Islam daripada membuat suruhan Allah S.W.T. Iblis dan shaitan boleh disangkal dengan membaca ayat-ayat tertentu yang boleh mengukuhkan semula iman dan pegangan kepada ajaran Islam.
4. Di masa-masa yang lampau ini kita dapati ramai yang berusaha untuk melindungi pejabat dan hospital Kerajaan dari hantu dan orang halus. Acara ini termasuklah menanam telor, menyimbah air dan membaca doa-doa tertentu yang telah dikenalpasti oleh bomoh-bomoh. Ada juga yang menanam botol air di sudut-sudut tertentu bangunan berkenaan.

5. Yang anehnya Mat Saleh yang tidak percaya kepada hantu dan orang halus ini tidak dikacau oleh makhluk-makhluk ini. Mereka tidak perlu jampi dan simbah air di keliling bangunan-bangunan mereka.
6. Saya ingin tahu dari ulama-ulama akan kebenaran adanya hantu dan orang halus ini. Dari mana mereka datang. Apakah kedudukan mereka dalam agama Islam. Jika kita percaya mereka berkuasa dan kita perlu layan mereka jika ingin selamat, apakah tidak kita memperduakan Allah S.W.T. atau memberi kuasa kepada yang lain dari Allah yang kita sembah?
7. Saya percaya akan kejahatan manusia dan betapa ganasnya mereka. Tetapi saya tidak percaya dan tidak takut kepada orang halus atau lain-lain makhluk ghaib. Saya juga tidak percaya ada cara untuk jadi kebal dari tikaman dan peluru.
8. Dengan kenyataan ini akan adalah percubaan oleh orang tertentu dengan “ilmu ghaib” mereka untuk mengajar saya. Saya cuma akan menuntut pertolongan dari Allah S.W.T terhadap orang seperti ini.  Sumber