Sabtu, 2 Mac 2013

Panas !!! Tudia #pas ambil kesempatan terhadap perajurit #LahatDatu.


Masih ingatkah lagi wahai Ahli PAS sekalian tentang Tabung Memali. Hampa kenal tak C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010.

Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.

Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.

Sekarang ini pulak, puak PAS mengambil kesempatan menggunakan tragedi Lahad Datu untuk kepentingan politik. Yakinkah ahli PAS sekalian dengan pengurusan tabung berkenaan.

Sedangkan ahli dan penyokong Pas punya hak untuk tahu ke manakah wang kutipan tabung itu mengalir. Siapakah yang bertanggungjawab jika berlaku penyelewengan, bagaimana pula status tabung-tabung lain membabitkan parti itu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah