Ahad, 5 Mei 2013

#PRU13 : Suara rakyat suara keramat penentu mandat. g #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


LAMA sebelum Parlimen dibubarkan, Pilihan Raya Umum ke-13 ini sudah dibayangkan sebagai sebuah pilihan raya yang cukup menarik dan sememangnya ia bersejarah.

Inilah pilihan raya yang pada hari penamaan calonnya saja sudah menempa sejarah. Ia mencatatkan rekod kerana melibatkan 1,900 calon dengan 270 daripadanya bertanding sebagai calon bebas. Selebihnya, buat pertama kali dalam sejarah juga tidak ada kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. Tiga fakta itu adalah rekod baru, sejarah baru.

Tetapi pilihan raya ini juga jadi bersejarah kerana ia meletakkan rakyat di simpang jalan untuk membuat penentuan; memilih satu antara dua — Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Inilah pilihan raya yang dari satu sisi dilihat akan memberikan mandat yang sah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sekaligus mengiktiraf dan mengesahkan program transformasi pentadbirannya sejak beliau mengambil alih tampuk pemerintahan negara sebelum ini.

Di banyak kawasan di serata negara, Barisan Nasional menggerakkan kempen dengan memasang poster potret Najib di kiri kanan jalan yang terpampang slogan "Undilah Perdana Menteri". BN juga menampilkan satu pertiga muka baru dalam barisan calonnya untuk ke Dewan Rakyat yang diberi julukan sebagai pasukan transformasi.


Najib mengharapkan mandat yang besar untuk meneruskan pelan transformasinya tetapi pada masa sama beliau yakin bahawa BN mempunyai peluang yang baik untuk menang majoriti dua pertiga. 

Keyakinan sama juga dikongsi oleh pemimpin BN yang lain.Tetapi dari sisi lain, Pakatan Rakyat juga menyuarakan keyakinan bahawa mereka juga akan menang dan akan ke Putrajaya, sekaligus menamatkan era pemerintahan BN sejak merdeka. Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas percaya inilah masanya untuk membuka lembaran baru sejarah negara.

Dalam semua pilihan raya umum sebelum ini, parti pembangkang ikut bertanding dengan harapan untuk membentuk barisan pembangkang yang kuat di Dewan Rakyat. Itu saja. Tetapi kali ini mereka yakin akan diberi mandat oleh rakyat untuk jadi kerajaan. Keyakinan itu diulang-ulang di setiap pentas ceramah sepanjang tempoh kempen sejak dua minggu lalu.

Penganalisis politik secara umumnya berpendapat persaingan dalam pilihan raya umum kali ini agak sengit. Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dalam tinjauan pendapatnya merumuskan Pakatan Rakyat berada sedikit di depan berbanding BN. Merdeka Center pula mendapati BN dan Pakatan Rakyat hanya dibezakan oleh satu peratus sokongan.

Hanya kajian Universiti Utara Malaysia yang dibuat bersama Majlis Profesor Negara saja yang meletakkan BN jelas mendapat 55 peratus sokongan berbanding Pakatan Rakyat 41 peratus.

Apabila keputusan pilihan raya ini diketahui malam nanti, segala keyakinan parti politik yang bertanding dan semua bacaan penganalisis itu akan jadi nota kaki saja. Ia tidak lagi jadi penting. Apa yang penting sesungguhnya adalah suara 13.2 juta pengundi yang akan membuat keputusan.

Inilah suara rakyat, suara yang keramat; suara penentu mandat.


Sumber : Berita Awani

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah