Selasa, 1 Oktober 2013

3 mati, 2 kritikal keracunan makanan kenduri kahwin. @rakyatnews



Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat. Meninggal selepas pengsan
Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan dirumahnya di Kampung Singkir Laut, 
Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari
Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH. Beliau berkata, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah
dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius. Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

"Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan
bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.


1 ulasan:

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah