Sunday 18 March 2012

Kupang.. Kejadian angin kencang menlanda Baling.

Lebih 100 rumah di lima kampung di Mukim Kupang di sini musnah, termasuk mengalami kerosakan teruk pada bumbung selepas dilanda ribut dalam kejadian petang semalam. Kampung terbabit ialah Masjid Kuala Kuang, Kampung Bukit, Padang Lengkuas, Kemangi dan Seniyek.
Kesemua agensi yang terbabit seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Baling, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Risda, Felcra turut membantu mangsa bagi membolehkan mereka mendapat bantuan segera. Kebanyakan rumah yang terbabit mengalami kerosakan teruk selain dihempap pokok, bumbung dan atap rumah diterbangkan angin sehingga perkakas di dalam rumah rosak teruk seperti tikar, peti sejuk, televisyen dan perabot. 

Gambar yang sempat di "SNAP" Oleh Sukarewan DUN Kupang semasa menyertai membersihkan kawasan kejadian. di ambil dari FB Noofakarurazi.

Penduduk bekerjasama membersihkan  jalan
masuk ke kampung Charok Landak, Mukim Kupang.


Penunjuk arah ke Alor Setar,Sik,Jeniang,K.Ketil,Asam Jawa,
Baling 500 meter ke bulatan parit panjang,dipukul ribut )


Laluan dari Kupang ke Kuala Pegang 500 meter dari simpang Kilang MARDEC.
Kedai Jual baju Bunder (terpakai) Rebah kampung caruk landak
 dilanda ribut,kos kerugian belum dapat dikenalpasti lagi
.
 
Terima kasih kepada anggota JPAM Daerah Baling serta
 Bomba Dan Penyelamat  Daerah Baling, membantu penduduk yg terkena ribut 


No comments:

Post a Comment