Monday 19 March 2012

Rahim Tamby Chik Mai Baling..APA DIA BUAT ???

PELANCARAN PROGRAM  KASIHI PEKEBUN PERINGKAT NEGERI KEDAH

Baling 18 Mac 2012_ Kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, YB. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie Bin Hj. Apdal ke Kampung Becah Sawa, Daerah Baling dalam PELANCARAN PROGRAM  KASIHI PEKEBUN PERINGKAT NEGERI KEDAH. Turut Serta dalam Program tersebut Dato' Rahim Tamby Chik, Dato' Badshah, YB Azmi Che Husin ADUN Bayu merangkap Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Kepimpinan RISDA Negeri Kedah, RISDA Daerah Baling, UMNO bahagian Baling serta Masyarakat setempat.
Dalam ucapan beliau ketika merasmikan program tersebut, beliau mengharapkan sokongan yang padu pekebun kecil terhadap kerajaan Barisan Nasional. Hanya kerajaan BN sahaja yang dapat membela nasib setiap pekebun di negeri Kedah. walaupun berlainan agama dan Bangsa kerana pekebun kecil bukan sahaja dari melayu tetapi dari semua kaum.bercakap di hadapan 1500 orang. Dalam pada itu juga, Beliau memberi sumbangan kepada anak-anak Peneroka yang dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA.



No comments:

Post a Comment