“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.
Selebriti
dan pelakon yang sedang giat menyertai ceramah di atas pentas Pakatan Rakyat
(PR), Abby Abadi, menyelar golongan artis yang menyokong Umno yang disifatkan
sebagai hanya menjaga periuk nasi semata-mata.
Berceramah di Permas Jaya, di sini, malam
kelmarin, beliau turut menyifatkan artis pada masa kini sebagai kurang peka
terhadap perkembangan politik negara.
Dakwanya, golongan artis terpaksa
menyokong Umno kerana percaya rezeki berada di tangan parti yang dianggap
keramat itu.
“Artis dipanggil ke program Umno sekadar
untuk menarik orang ramai dan menghiburkan rakyat. Sedangkan tidak pernah
diberi peluang bercakap mengenai politik di atas pentas kerana tidak diberi
pendedahan.
“Situasi ini menjadi cabaran kepada saya
untuk mentarbiah kawan-kawan kerana mereka menyokong Umno.
"Pada mereka kalau tak sokong Umno
mereka tak ada ‘job’,” katanya yang mengakui tidak pernah mengundi dan percaya
ramai rakan artis juga gagal berbuat demikian kerana tidak diberi pendedahan.
Agak korang layakah si polan ini nak menasihat ataupun nak mentarbiahkan orang ?????
No comments:
Post a Comment